Khamis, September 01, 2011

01 Syawal 1432H

Bismillah...

01 Syawal 1432H jatuh pada 30 Ogos 2011 ( selasa ) ianya telah diishtiharkan oleh penyimpan mohor raja - raja Malaysia. Negara Brunei, sebahagian Indonesia dan kebanyakkan negara-negara di Timur Tengah berhari raya pada tarikh yang sama. Isu berkaitan tarikh hari raya yang pernah heboh di internit baru-baru ini rasanya telah terjawab.

Tetapi bukan itu yang saya hendak fokuskan intri kali ini. Apa yang hendak dikongsikan bersama adalah mengenai sambutan 01 Syawal. Rasa gumbira (gembira), seronok dan ada juga yang sedih serta berbagai perasaan lagi ketika ketibaan awal syawal.

Sudah tentu bagi mereka yang berpuasa dalam erti kata yang sebenar yang mengharapkan ramadhan itu sebagai medan tarbiyyah yang menatijahkan TAQWA pada akhirnya menjadikan 01 Syawal merupakan hari kemenangannya yang amat berharga. Perasaan sedih juga terasa kerana ramadhan telah meninggalkannya dan akan terus berharap agar ramadhan akan datang akan dapat dirasai kembali.

Tidak kurang hebatnya mereka yang sememangnya menghadapi ramadhan tiada punyai perasaan gembira bagi meraikan ganjaran pahala yang Allah SWT tabur kepada hamba-hambaNya apatah lagi hendak mengharapkan TAQWA menonjolkan diri mereka sebenarnya seawal 01 Syawal. Tabiat lama kembali ditambah pula rantai-rantai yang membelenggu syaitan turut dilepaskan.

Saya, bersolat aidilfitri di Masjid Nurul Iman Kg. Pasir Putih Putatan. Imam dan Khatib dipimpin oleh sahabat saya al-Fadhil Ust. Mohd. Ariffin Ali, Pejabat Mufti Negeri Sabah. Antara isi kandungan khutbah yang disampaikan adalah menyentuh mengenai cara menyambut aidilfitri agar tidak meraikannya yang boleh mendatangkan murka Allah. Di samping itu, dalam keghairahan dan keseronokkan di 01 Syawal jangan dilupa kepada mereka yang memerlukan.


Seusai solat aidilfitri berkunjung pula ke rumah salah seorang jemaah masjid dan selepas dari itu bergegas balik ambil dua orang anak untuk ke rumah seorang lagi jemaah masjid. Kesuntukkan masa membataskan pergerakan untuk berziarah ke rumah lain kerana saya perlu ke klinik membawa anak baru lahir untuk didaftarkan dan pemeriksaan tahap KUNINGnya.

Raya kali ini kami sekeluarga hanya menyediakan keperluan yang patut sahaja sekadar tetamu datang berkunjung dapat merasa sedikit hidangan kerana 27 Ramadhan lepas kami menerima kehadiran orang baru dalam keluarga kami menyebabkan tumpuan lebih untuk baby yang baru lahir ini.


Dua orang anak pula sangat seronok dengan kelahirannya, sering hendak menunjukkan kasih sayang. Dapatlah juga merakamkan beberapa keping gambar mereka bertiga. Alhamdulillah, 01 Syawal juga kami telah dikunjungi oleh keluarga abg. bashir yang banyak membantu ketika kelahiran anak kedua saya sebelum ini. Mereka jugalah yang terawal berziarah ke rumah saya di satu syawal.

Semoga 01 Syawal kali ini benar - benar melahirkan rasa kegembiraan kepada kita sebagai tanda kemenangan dan sebagai menerima ijazah TAQWA daripada Rabbul Jalil setelah kita berjaya melepasi Universiti Ramadhan yang berbagai ujian dan dugaan selayaknya bagi mereka yang mengharapkan REDHA Allah SWT.

Salam aidilfitri....






0 ulasan:

Catat Komen