Isnin, September 12, 2011

Planet Zuhal



Bismillah...

Biasanya kita hanya melihat apa yang dihadapan, kiri dan kanan serta di bawah kita sahaja. Sesekali pandanglah ke atas kerana masih banyak lagi rahsia kejadian Allah SWT untuk tatapan manusia agar bangkitnya rasa kehambaan dalam jiwa kita.

Kecerahan langit menonjolkan keindahan di waktu malam. Oleh itu, ternampaklah salah satu ciptaanNYA iaitu Planet Zuhal yang merupakan salah satu solar sistem di angkasa. Imej Zuhal telah dapat dirakam dan kelihatan sungguh mengkagumkan...

Sumber : http://www.harian-metro-online.com/gambar-mengagumkan-planet-zuhal

Gambar mengagumkan planet Zuhal


IMEJ planet Zuhal yang dirakamkan dari kapal angkasa Cassini-Huygens didedahkan media Barat kelmarin.


WASHINGTON – Satu imej planet Zuhal yang mengagumkan berjaya dirakamkan oleh kapal angkasa lepas Cassini-Huygens, lapor sebuah akhbar kelmarin.

Menurut seorang ahli astronomi, Robin Canup di Institut Penyelidikan Barat Daya di Boulder, Colorado, imej tersebut mengagumkan kerana bahagian malam Zuhal kelihatan bercahaya akibat lantunan cahaya gelang yang terdapat di sekelilingnya.

***************************************************************

SUBHANAALLAH, ALHAMDULILLAH, ALLAHUAKBAR.


0 ulasan:

Catat Ulasan