Sabtu, Julai 24, 2010

SOTONG GORENG TEPUNG

Bismillah...


Setelah memerah otak berfikir bersama – sama dengan sahabat – sahabat falak yang lain bagi memastikan ada sesuatu yang terbaik dihasilkan melalui bengkel piawaian standard arah kiblat, saya bersama sahabat falak dari Kedah dan Sarawak keluar mencari sedikit ketenangan di Jeti Kuala Besut.

Jeti Kuala Besut merupakan jeti bagi sesiapa yang hendak ke Pulau Perhentian. Di sekitar jeti ini terdapat gerai – gerai jualan cenderahati dan juga gerai – gerai makanan.

Sesiapa yang biasa berkunjung ke Terengganu, sotong goreng tepung pasti akan dicari. Terengganu memang lubuk sotong goreng tepung, bak kata Ust. Mohammad Falak Sarawak “ sotong digoreng dengan tepung, jika dibuat di Sarawak tak melekat tepungnya di sotong itu “.

Ust. Mohammad order 2 pinggan sotong goreng tepung dan seekor ikan kerapu masak stim. Memang nyaman dan mubles memakannya, ikan kerapu tu pula fresh. Ust. Mohammad kata kalau kat Sarawak ikan seperti ini mencecah harga RM90 tetapi disini hanya RM60 sahaja.

Petang yang mengenyangkan itu, saya dan sahabat falak Kedah dibelanja oleh Ust. Mohammad, Allhamdulillah, Mudah-mudahan Ust. Mohammad dimurahkan rezeki dipermudahkan urusan dalam bisnes seperti yang diceritakan kepada kami.

Alhamdulillah, petang itu kami tidak menjamah makanan yang disediakan di ILIM kerana kenyang makan sotong goreng tepung dan ikan kerapu masak stim.


0 ulasan:

Catat Ulasan