Sabtu, Julai 17, 2010

PEMBENTANGAN PROSEDUR ARAH KIBLAT SETIAP NEGERI

Bismillah....


Jam 6.00 petang tibanya saya di ILIM Wilayah Timur, Besut Terngganu. Para urusetia sibuk mendaftarkan para peserta bengkel yang terdiri daripada pegawai – pegawai Falak seluruh Jabatan Mufti negeri – negeri di Malaysia.

No. 30 itulah bilik saya ditempatkan bersama seorang pegawai falak dari Jabatan Mufti Pahang Ust. Zaidi. Kedudukan biliknya amat strategic kerana berhampiran dengan masjid memudahkan untuk bersolat jemaah.

Slot bengkel pertama adalah pembentangan prosedur dan pengalaman serta pengamalan mengenai dengan penentuan arah kiblat di negeri masing – masing. Jika diperhatikan pembentangan yang telah disampaikan dari sudut prosedur terdapat kesamaan dan mungkin wujud perbezaan hanya beberapa perkara sahaja.

Ini akan memudahkan lagi proses penyeragaman yang menjadi objektif bengkel ini diadakan walaupun mungkin tidak dapat secara keseluruhannya kerana hambatan masa yang singkat.

Pengalaman dan pengamalan dalam pembentangan tersebut merupakan salah satu cara bagi ahli – ahli falak yang hadir bertukar – tukar maklumat yang sudah pasti ada manfaatnya untuk dilaksanakan di negeri masing – masing.

Pelbagai kaedah, perisian, isu – isu berbangkit yang pernah dihadapi dan bentuk penyelesaiannya juga turut dikongsikan bersama.

Alhamdulillah, slot ini memberikan lagi ilmu tambahan dalam mengorak langkah bagi memperkemaskan lagi gerak kerja falak khususnya yang berkaitan dengan arah kiblat untuk direalisasikan di negeri Sabah.

Syukran Jazilan wa jazakumullah khairal jaza’ kepada sahabat – sahabat yang hadir, mudah – mudahkan kalian dipermudahkan urusan dan senantiasa bersama rahmah Allah SWT.



0 ulasan:

Catat Ulasan