Rabu, Julai 21, 2010

STANDARD STIKER ARAH KIBLAT

Bismillah....


Prosedur penentuan arah kiblat memang telah ada di Jabatan Mufti seluruh Malaysia hasil daripada siri – siri mesyuarat, persidangan dan bengkel – bengkel seblum ini sebagai dasar bagi memantapkan lagi gerak kerja penentuan arah kiblat.

Dalam posedur tersebut terdapat kaedah penentuan arah kiblat, cara memohon, dokumen – dokumen yang diperlukan dan sebagainya. Melalui bengkel ini, garis panduan tersebut diteliti dan dikemaskan lagi agar perlaksanaannya lebih teratur dan memenuhi kepuasan pelanggan.

Antara hasil bengkel ini ialah semua ahli falak telah dapat menghasilkan PELEKAT ARAH KIBLAT yang standard bakal digunakan oleh seluruh Jabatan Mufti masa terdekat nanti. Jika logo halal telah diseragamkan seluruh Malaysia, maka pelekat arah kiblat ini juga turut diseragamkan agar pihak pelanggan dan masyarakat tidak terkeliru dengan berbagai pelekat arah kiblat di hotel – hotel, surau di dalam bangunan dan sebagainya yang belum tentu ada pengesahannya daripada pihak berwajib.

Ini kerana telah timbul kesedaran umat Islam terhadap ilmu falak ini terutamanya yang berkaitan dengan arah kiblat. Pengusaha – pengusaha hotel mula mencelikkan mata apabila terdapat pelanggan – pelanggan mereka yang mempersoalkan tanda arah kiblat yang terdapat di hotel mereka.

Jika sebelum ini Logo Halal menjadi satu keperluan di hotel – hotel dan resort – resort, kini arah kiblat akan menjadi keperluan seiring dengan logo halal. Oleh itu, pelekat arah kiblat yang standard wajib diwujudkan sebagai tanda pengesahan daripada pihak berwajib untuk kemaslahatan umat Islam.

Bengkel ini telah menghasilkannya, insyaAllah pihak JAKIM akan memanjangkan perkara ini kepada Jabatan Mufti seluruh Malaysia untuk dikuatkuasakan dan dilaksanakan.





0 ulasan:

Catat Ulasan