Jumaat, Julai 03, 2009

Gambar Sukaneka PASTI 09

Bismillah...

Alhamdulillah setelah berusaha akhirnya gambar yang sempat saya rakamkan dengan menggunakan telefon bimbit HTC TyTn II hanya power kameranya 3.0 megapixel boleh untuk dipaparkan dan diuploadkan ke blog ini dan kamera sebenar pula tertinggal.

Sebelum ini, saya cuba untuk edit dalam komputer tapi ada masalah tak boleh buka. Dengan bantuan sahabat - sahabat yang pakar bab - bab gambar ini akhirnya boleh la buka. Di sini saya paparkan gambar - gambar tersebut :

Kontijen Murid - murid PASTI..

Kehadiran para Ibu - Bapa dan orang awam... dikhabarkan mencecah sehingga 1200 orang lebih.

aaa... yang ni Ameen dan Sakinah umur mereka tak sampai 2 tahun lagi tapi datang nak tinjau dan tengok keadaan untuk persediaan 3 tahun akan datang bakal menjadi murid PASTI.. insyaAllah.

Acara siapa cepat mengenakan pakaian seragam pasti.. dari sini dah dapat tengok siapa yang lambat dialah yang lambat ke sekolah.. he.. he..

3 orang kuat semasa sukan tersebut.

Acara lari dalam karung sedia untuk dimulakan...

Ish... ish... adik ni khusyuk dalam pertandingan mewarna...

AJK keselamatan daripada Unit Amal Malaysia

Murid - murid PASTI sentiasa ceria, jalan mereka sambil berzikir...

0 ulasan:

Catat Ulasan