Khamis, Julai 02, 2009

Budak Remaja Bukan Umur 5 Tahun

BAHIA yang terselamat dalam nahas pesawat Yaman dirawat di hospital Comoros, semalam.

Bismillah...

Seperti laporan nahas kapal terbang di Monori yang saya catatkan sebelum ini bahawa budak umur 5 tahun terselamat sebenarnya seorang budak remaja perempuan yang dikenali sebagai Bahia Bakari, 14, berpaut kepada serpihan pesawat selama 13 jam sebelum penyelamat menemuinya.

Dia menaiki pesawat nahas itu bersama ibunya. Apabila bapanya menghubungi dia maka dia mencerita kejadian tersebut dengan berkata : "Kami melihat pesawat jatuh ke dalam air. Saya dapati diri saya terapung. Saya terdengar suara orang, tetapi tidak nampak sesiapa. Saya berada dalam kegelapan. Saya tidak nampak apa-apa pun. Saya tidak boleh berenang dengan baik. Saya berpaut pada sesuatu, tetapi tidak tahu apa yang saya pegang".

Berita penuh sila klik di sini...

0 ulasan:

Catat Komen