Rabu, Julai 08, 2009

PPSMI di MANSUHKAN?

Kaarton lawok..
Bismillah...

" KUALA LUMPUR: Isu Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang mendapat bantahan beberapa pihak, terutama pejuang bahasa dijangka berakhir berikutan keputusan kerajaan memansuhkan dasar itu ".. berita lanjut di sini.

itu merupakan sedutan akhbar mengenai pemansuhan PPSMI walaupun ianya belum rasmi lagi dan dijangka akan diumumkan pada hari ini. Namun pihak kerajaan juga akan mengumumkan strategi untuk meningkat pengajaran bahasa melayu di samping tidak mengenepikan bahasa inggeris.

Demontrasi suatu masa dahulu bagi menunjukkan penentangan terhadap dasar PPSMI, sudah pasti ini menjadi satu kenangan kepada negara.

Nampaknya, tidak sia - sia ahli pejuang bahasa dan rakyat dalam memperjuangkan bahasa melayu dan memansuhkan PPSMI sehingga mereka ini menganjurkan perhimpunan 100 ribu rakyat bagi membantah PPSMI dengan dihidangkan air dan asap yang memedihkan mata, bersusah payah dan sanggup di tarik balik gelaran yang telah dianugerahkan kepada mereka sebagai ahli sasterawan negara.Ish... ish memang hebat.

Pak Samad, Sasterawan pertama yang memperjuangkan PPSMI dimansuhkan

Alhamdulillah, semoga pemansuhan PPSMI ini akan memberikan manfaat kepada rakyat Malaysia, 1 Malaysia katakan jadi rakyat didahulukan maknanya kehendak rakyat untuk PPSMI dimansuhkan kena didahulukan. Jangan ambil berat bahasa inggeris sahaja bahkan kerajaan perlu mengambil berat untuk memperkasakan bahasa arab yang merupakan bahasa al-Quran dan bahasa Syurga dan dikhuatiri ketika ini ramai yang buta al-Quran dan jika golongan buta al-Quran ini yang memimpin masyarakat maka mereka ini jugalah yang akan membutakan masyarakat kepada al-Quran yang merupakan dustur (panduan) utama bagi umat Islam.

Oleh itu, kepada semua lapisan masyarakat, pemimpin sehingga rakyat biasa biarlah anda buta bahasa inggeris jangan buta al-Quran kerana jika buta al-Quran maka golongan ini memiliki hati tetapi tidak digunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah SWT), memiliki mata tapi tidak dapat melihat (kebesaran Allah SWT) dan memiliki telinga tidak dapat mendengar (ayat-ayat Allah SWT). Jika itulah keadaan mereka maka mereka ini ibaratkan binatang dan sesat lagi menyesatkan.

Wallahu'alam.

0 ulasan:

Catat Komen