Sabtu, Julai 04, 2009

Majlis Makan Malam Bersama Azhan Atan

(Sila 'Klik' pada Poster untuk melihat dengan jelas)

Bismillah...

Alhamdulillah baru semalam 03 Julai 2009 bersamaan 10 Rejab 1430H barisan AJK Yayasan Amal Malaysia Cawangan Sabah telah bermesyuarat kali ke - 2 bagi tahun ini bagi membincangkan beberapa gerak kerja dan program kemasyarakatan yang akan dilaksanakan dalam tempoh terdekat ini.

Antara program terdekat adalah Majlis Makan Malam Bersama Azhan Atan Juara Akademi Nasyid TV9 yang akan diadakan pada 24 Julai 2009 (Jumaat), Jam 8.30 malam di Restoran Sinar Mustika Putatan, Kota Kinabalu. Yuran bagi satu kepala adalah RM50.

Majlis ini diadakan bertujuan untuk mendapatkan dana bagi projek membeli 3 buah Water Gravity untuk 3 buah kampung di sekitar Keningau Sabah. Tengok yuran tu memang rasa mahal tapi tujuannya adalah bagi membantu kampung - kampung yang penduduknya susah. Oleh sebab itu pihak Yayasan Amal Malaysia Cawangan Sabah tampil untuk membantu sedaya yang mampu untuk maslahat penduduk di kampung tersebut.

Boleh saya katakan Yayasan Amal Malaysia Cawangan Sabah hanya tempat transit atau pemegang amanah bagi pihak - pihak yang ingin menyumbangkan sesuatu untuk di sampaikan kepada mereka yang berhak. Yayasan Amal Malaysia Cawangan Sabah adalah badan sukarelawan, anggotanya hanya memohon dan mencari keredaan Allah SWT dan doa - doa kalian supaya mereka ini diberikan keafiatan dan kesihatan untuk beramal bukan untuk mendapatkan balasan dunia.

Harapan, agar majlis ini dapat dilaksanakan dengan jayanya dan sesiapa yang hendak mengikuti ataupun nak berikan sumbangan bolehlah menghubungi nama yang tertera di poster tersebut atau di talian 019-5367902.

" BERAMAL KERANA ALLAH"

Wallahu'alam.

0 ulasan:

Catat Ulasan