Rabu, Julai 01, 2009

Budak 5 Tahun Terselamat


Bismillah...

Tengah membelek - belek surat khabar Berita Harian hari ini, terkejut saya apabila seorang budak berumur 5 tahun diselamatkan dari Lautan Hindi di luar pesisir pulau Comoros selepas sebuah pesawat Airbus A310-300 Yemenia dengan membawa 153 orang terhempas berhampiran kawasan berkenaan awal pagi semalam.

Seramai 153 orang, termasuk 11 anak kapal berada di dalam pesawat berkenaan yang dalam perjalanan dari ibu negara Yaman, Sanaa ke Moroni sebelum hilang dari pemantauan radar pagi semalam. Pesawat Yemenia milik kerajaan Yaman itu hampir mendarat di kepulauan Comoros ketika terhempas mengikut laporan berita harian. Berita penuh di sini...


Ajaib apabila seorang budak berumur 5 tahun terselamat. Ini adalah kebesaran dan kekuasaan Allah SWT. Apa yang berlaku semuanya dengan izin Allah SWT. Begitu juga ketika kejadian thunami yang melanda Acheh dan kesannya sehingga di Pulau Pinang. Dalam kejadian tersebut seorang bayi turut terselamat dalam tragedi itu.

Ini menunjukkan bahawa AJAL, JODOH DAN REZEKI itu milik mutlak Allah SWT. Kita sebagai hambanya berdoa la agar KEMATIAN (ajal) berkesudahan dengan baik atau dikurniakan kita sebagai SYAHID, diJODOHkan dengan sebaik-sebaik manusia dan dikurniakan REZEKI dari sumber yang halal.

Wallahu'alam.

0 ulasan:

Catat Ulasan