Khamis, September 17, 2009

QIAMULLAIL Bersama Dr. Badrul Amin

Bismillah...

Ust. Dr. Hj Badrul Amin Hj. Baharon

Sepertimana diiklankan di dalam blog ini kelmarin bahawa program Qiamullail Perdana Sempena 27 Ramadhan 1430H berlangsung di Masjid Al-Hilal Tg. Dumpil,Putatan alhamdulillah berjalan seperti yang dirancang.

Walaupun mesej melalui sms saya terima pada tengahari kelmarin dan saya forwardkan kepada kenalan seberapa ramai yang mungkin dan ianya memberi kesan. Setibanya saya ke masjid tersebut jam 1.30 pagi, orang dah mula berpusu-pusu datang dan saya perhatikan ada yang datang dari Inanam dan bukit padang lebih kurang jaraknya dalam 30KM ke masjid ini. Itu pun yang saya kenal mungkin ada lagi yang datangnya dari jauh.

Kehadiran Ust Dr. Badrul Amin dijadualkan jam 3 pagi memandangkan beliau singgah mengisi qiam di Masjid Negeri dan saya pula diminta oleh salah seorang sahabat untuk memulakan qiam sementara menunggu Ust. Dr. Badrul Amin. Saya mulakan dengan solat sunat taubat kemudian 4 rakaat solat sunat tahajjud diselangi dengan zikir munajat dan akhirnya saya sampaikan sedikit tazkirah.

Tepat 2.45 pagi Ust Dr. Badrul Amin tiba dan beliau memulakan dengan zikir munajat seterusnya solat sunat tasbih 4 rakaat 2 salam. Alhamdulillah, malam ini adalah sejarah bagi diri saya dapat mengikuti qiamullail pimpinannya dan melihat Ust Dr. Badrul Amin secara live.

Alunan zikir munajat beliau memang telah lama berkumandang di seluruh Malaysia. Semenjak saya belajar di peringkat menengah di negeri Kedah, alunan zikir munajat beliaulah menjadi rujukan dan budaya kami dalam setiap penganjuran majlis dan program terutamanya ketika memimpin qiamullail. Saya yakin semua yang pernah belajar agama sama ada di peringkat rendah, menengah malah di IPT sekalipun pernah mendengar zikir munajat yang dialunkan oleh beliau dan kedengaran ketika itu juga beliau sering memimpin qiamullail.

Bukan setakat kekuatannya dalam mengalunkan zikir munajat bahkan kehebatan beliau dalam memimpin qiamullail. Allahuakbar, memang memberi kesan qiamullail yang dipimpinnya semalam. Membuatkan kita khusyuk di hadapan Allah SWT. Mengadu, mendamba dan berdoa sepenuh hati. Saya yakin rata - rata para jamaah yang hadir menitiskan air mata. Semoga titisan air mata itu hanya kerana Allah SWT yang akan menjadi saksi bila berhadapan dengan Allah SWT untuk dijauhkan kita daripada azab neraka. Terasa sungguh nikmat dalam beribadah kepada Allah yang maha Agong.

" kepadaMu Ya Allah, terimalah taubat,doa dan amal ibadah kami "

Jam 4.15 pagi qiam berakhir dan pihak penganjur juga ada menyediakan sahur. Syabas kepada AJK Masjid Al-Hilal, Tg. Dumpil, Putatan di atas penganjuran majlis ini terutamanya pengerusinya Tn. Hj Jeffry. Memang besar manfaatnya, moga Masjid Al-Hilal terus diserikan lagi dengan majlis - majlis ilmu dan program yang dapat mendidik dan mentarbiyyah para jamaahnya. Ameenn...

Wallahu 'alam.

* Ust Dr. Badrul Amin juga menyampaikan tazkirah selepas beliau mengimami solat subuh. InsyaAllah sedikit intipati daripada tazkirah beliau akan saya coretkan pada Intry akan datang.

0 ulasan:

Catat Komen