Rabu, September 09, 2009

Kita Adalah Hamba dan Kuli Allah SWT

Bismillah...

Tazkirah Ramadhan :

" Setelah manusia diberitahu oleh nabi SAW mengenai kedudukan mereka dalam peta Tuhan, Nabi SAW juga mengajar manusia agar mengenali batas - batas yang perlu dipatuhi. Di samping itu Nabi SAW juga mengajar manusia bahawa mereka tidak mempunyai hak untuk menokok tambah serta mengurang dan menukar ganti kandungan risalah Allah SWT (al-Quran).

Manusia tidak mempunyai pilihan tentang risalah Allah SWT (al-Quran), manusia berhadapan dengan suatu ketetapan yang terpaksa menerimanya sama ada dalam keadaan mempersetujui ataupun sebaliknya. Manusia berada dalam kedudukan terpaksa menerima risalah Allah SWT kerana mereka telah diberitahu taraf mereka hanyalah sebagai "HAMBA" Allah atau "KULI" Tuhan.

Kuli tidak mempunyai hak untuk merombak dasar yang ditetapkan oleh majikannya. Jika kuli menukar ganti atau menokok tambah dasar - dasar yang ditetapkan, bererti mereka sudah lawan taukeh. Begitu juga jika seorang hamba Allah SWT menukar ganti dan menokok tambah "risalah Allah", bererti mereka sudah lupa kedudukan dirinya sebagai hamba dan seolah-olah merasa dirinya sebagai Tuhan".

Dipetik daripada : Kitab Sirah Nabawiyyah Insan Teladan Sepanjang Zaman karangan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Moralnya :

1. Siapalah kita untuk mendabik dada ke atas keagungan yang maha pencipta?

2. Siapalah kita yang menolak risalah Allah SAW, hanya mengambil risalahNYA sekadar untuk kepentingan dan meninggalkanNYA jika ianya tidak mendatang kepentingan kepada diri kita.

3. Bongkak, takabbur, sombong, 'ujub, riak di hadapan manusia tapi realiti dan hakikatnya kita hanya HAMBA dan KULI di sisi Allah SWT.

4. Siapa kita yang pandai - pandai menolak dan menokok tambah risalahNYA bahkan kita amat memerlukan risalah itu.

5. Suka tidak suka, terpaksa atau sebaliknya, Risalah Allah SWT itu pilihan utama dalam semua hal, dunia mahupun akhirat.

Ayuh, fikir-fikirkanlah moga terketuk hati kita untuk terus hidup di bawah naungan hidayah, 'inayah dan maghfirah Allah SWT.

"RAMADHAN YANG SAMA NAMUN NATIJAH YANG BERLAINAN, SEBAIK-BAIK NATIJAH ADALAH TAQWA"

Wallahua'alam.

0 ulasan:

Catat Ulasan