Selasa, September 01, 2009

Merdeka!


Bismillah...

Merdeka!!... kalimah itulah yang dilaungkan ketika jam menunjukkan 12.00 tengah malam (pagi) pada 31 Ogos 2009 ahad lepas. Tiap - tiap tahun kita menyambutnya dan tahun ini adalah merdeka kali ke - 52.

Alhamdulillah, syukur Allah SWT masih lagi mengharmonikan dan mengamankan lagi negara Malaysia ini. Kita masih lagi boleh solat berjemaah, jalan - jalan tanpa ada perasaan takut dan sebagainya. Dari segi satu sudut, YES kita merdeka daripada taklukan penjajah dan tertubuhnya Malaysia. Namun penjajah yang telah meninggalkan negara kita pada 52 tahun dahulu sebenarnya masih bersama masyarakat Malaysia.

Apa tidaknya, seperti sedia maklum bahawa pihak penjajah terutama musuh Islam akan sentiasa menyerang umat Islam dari setiap sudut samada kita sedar ataupun tidak . Kekadang dan hakikatnya di rumah - rumah kita pun penjajah dah masuk (TV) bagi menyuntik perasaan dan hati kita agar umat Islam lalai dalam mengamalkan Islam.

Selepas solat tarawih, saya ke pekan Putatan mencari sediki keperluan. Kelihatan segerombolan remaja bermotor sambil membunyi-bunyikan hon. Kemudian ternampak pula sekumpulan budak - budak menaiki basikal sambil membawa bendera dengan berpakaian seluar pendek. Ish... ish... terdetik di dalam hati, dorang tak solat tarawih ke? tak rasa hormat dan malu ke berada dalam bulan ramadhan ni? macam - macam lagi la. Apa - apa pun saya cuba untuk berbaik sangka.

Merdeka macam mana kita hendakkan sebenarnya? Sambutan macam mana yang selayaknya kita lakukan? persoalan itu akan di jawab oleh seluruh rakyat Malaysia. Ada yang menjawab.. sambutan mesti ada konsert jemput artis luar negara datang (tak sedar.. puak-puak ni lah yang menjajah mereka, tiba - tiba jemput datang sebagai orang yang disanjung-sanjung), sambut dengan dentuman bunga api yang kosnya entah berapa, silap-silap boleh buat beratus - ratus rumah PPRT. Semuanya jadi celaru dan tidak menentu. Buat tahlil dan doa kesyukuran tapi dalam masa yang sama buat juga apa yang Allah SWT murka.

Ala kau bersyukurlah negara kita ni dah merdeka, boleh hidup senang, negara aman dan damai?... antara hujjah yang sering dilemparkan oleh pihak - pihak tidak memandang serius dengan tuntutan agama. Sebaiknya, biarlah kita menyambut merdeka dengan sederhana dan mengikut saranan agama tambahan pula kita berada di bulan Ramadhan. Kesian saya perhatikan bagi mereka yang terlibat dengan sambutan kemerdekaan baru ni, confirm memang ramainya orang - orang Islam yang sedang berpuasa. Harap - harap mereka tidak jadikan alasan sambutan ini untuk tidak berpuasa. Sepatutnya, berdoa dan solat hajat banyak - banyak di bulan ramadhan ini agar Allah SWT kekalkan nikmat kemerdekaan kepada kita.

Allah SWT mengharmoni dan mengamankan negara kita jangan kita mendabik dada dengan hasil kecekapan, kemantapan dan sebagainya oleh pihak - pihak tertentu. Mungkin itu juga menjadi salah satu faktor tetapi bukan utama. Pada pandangan saya, faktor utama adalah kerana negara kita ini masih ada lagi di kalangan umat Islam yang mengambil berat tentang soal-soal agama. Golongan ini perihatin kepada umat Islam di negara ini di semua peringkat, pemimpin atau rakyat biasa. Keperihatinan mereka ini diterjemah dengan teguran dan peringatan dalam gerak kerja mereka agar umat Islam yang lalai kembali ke jalan sebenarnya. Mereka ini jugalah yang mendoakan dengan hati yang khusyuk dan ikhlas agar negara ini diberikan keberkatan oleh Allah SWT.

Oleh itu, jaga dan hormatilah golongan ini jangan sampai kita tidak menghormati dan tidak mengendahkan peringatan mereka. Mungkin dengan adanya mereka Allah SWT mengekalkan nikmat kemerdekaan itu kepada kita. Jangan jadi macam firaun, menolak ajaran yang di bawa oleh nabi Musa A.S dan akhirnya firaun dibinasakan, Qarun pula ditenggelamkan. Sirah dan sejarah telah membuktikan kesemuanya, cukuplah sirah dan sejarah itu menjadi peringatan kepada kita. Yang sedihnya rakyat Malaysia telah dihadiahkan kenaikkan harga minyak sempena hari kemerdekaan tahun ini... (sabar je la...)

Wallahu'alam.

0 ulasan:

Catat Ulasan