Jumaat, April 02, 2010

Gotong Royong PASTI Putatan

Bismillah...


Alhamdulillah, dikesempatan cuti umum pada hari ini saya berserta sahabat - sahabat lain telah mengadakan gotong royong di PASTI AL-FATHONAH, Taman Pasir Putih, Putatan.

SMS telah dikirimkan kepada sahabat - sahabat mengenai gotong royong ini. Walaupun tidak dapat hadir kesemuanya di atas sebab yang telah dimaklumkan, namun gotong royong ini dapat dilaksanakan.


Kawasan hadapan dan belakang PASTI dibersihkan. Rumput yang menjalar dipotong, reban ayam yang ditinggalkan pula dirobohkan. Semuanya adalah untuk kemudahan dan keselesaan guru - guru yang tinggal di sini dan pelajar - pelajarnya yang mencecah 25 orang untuk belajar.


Alhamdulillah, hari yang berkat iaitu hari jumaat (saiidul ayyam ) dapat juga mencurahkan tenaga untuk PASTI.


Terima kasih kepada sahabat - sahabat yang hadir moga ianya Allah berikan ganjaran yang setimpal...amin.

0 ulasan:

Catat Ulasan