Sabtu, Februari 27, 2010

Misi Bantuan - YAM

Bismillah...

Misi bantuan pertama kepada mangsa kebakaran di Kg. Pandan Putatan Sabah telah dihantar selepas waktu asar kelmarin di hari waktu kebakaran.

Setelah hebahan dibuat oleh anggota Yayasan Amal Malaysia Cawangan Sabah ( YAM ) bagi memohon bantuan daripada orang ramai melalui khutbah , sms, hebahan di internet alhamdulillah bantuan berbentuk kewangan dan pakaian terpakai daripada orang ramai terus diterima untuk disampaikan kepada mangsa kebakaran.

Mengikut maklumat daripada ketua kampung Tn. Hj Matlan, sehingga petang kelmarin sebanyak 72 ketua keluarga telah mendaftar sebagai mangsa kebakaran. Menurut beliau, bentuk bantuan yang diperlukan ketika ini adalah berbentuk makanan kerana rumah beliau adalah tempat tumpuan mangsa kebakaran untuk mendapatkan makanan.

3 penempatan bagi mangsa kebakaran iaitu di Surau al-Hidayah, Tabika dan surau Firdaus. Selepas asar kelmarin pihak YAM telah menghantar bantuan berbentuk bahan mentah seperti Beras, Air mineral, susu tin, biskut, kopi dan makanan malam untuk mangsa kebakaran. Sehingga pagi tadi bantuan makanan bagi sarapan pagi telah dihantar oleh YAM.

Menurut Tn. Hj. Matlan setakat ini bantuan terawal yang telah diterima adalah daripada YAM di samping itu daripada Jabatan Kebajikan dan satu Syarikat Tekstail di Putatan.

Jika anda ingin menyumbang bantuan terutama dalam bentuk kewangan bolehlah salurkan melalui akaun BIMB YAYASAN AMAL SABAH -10016010054313 atau datang ke pejabat Yayasan Amal Sabah di Blok Kedai Taman Pasir Putih di atas AL-Amin Mini Market.

Setiausaha YAM cuba mendapatkan maklumat daripada Tn. Hj Matlan, Ketua Kampung


Petugas YAM tengah mengatur strategik bantuan kepada mangsa kebakaran

Bantuan Pertama :
Selepas Asar 26/02/2010


Meninjau tapak kebakaran sambil mendengar salah satu penduduk kampung menceritakan detik-detik kebakaran

Bantuan Kedua :

Makanan Sarapan Pagi 27 /02/2010





0 ulasan:

Catat Komen