Jumaat, Februari 26, 2010

Kebakaran di Kg. Pandan Putatan

Bismillah...

Satu kebakaran telah berlaku di Kg. Pandan, Putatan kira-kira 13KM dari bandar Kota Kinabalu.
Kesibukan umat Islam menyambut hari kelahiran Rasulullah SAW, rata - rata penduduk Kg. Pandan adalah umat Islam telah menerima musibah ini.

Kebakaran bermula sekitar jam 8 pagi. Semasa ketibaan saya lebih kurang jam 11 pagi daripada menghadiri sambutan maulid Rasul SAW peringkat negeri Sabah ke lokasi didapati hampir 30 buah rumah hangus dijilat api (sumber : mengikut cakap - cakap orang kampung ketika itu ).

Punca kebakaran, berapa buah rumah yang terlibat dan jumlah kerugian masih dalam siasatan polis.

Sempena itu Yayasan Amal Malaysia Cawangan Sabah telah menggerakkan ahli-ahlinya bagi misi bantuan kepada mangsa-mangsa kebakaran. Alhamdulillah, saya bersama setiausaha YAM telah mendapatkan maklumat mengenai segala keperluan yang diperlukan dan bentuk bantuan yang diperlukan daripada ketua kampung. Bantuan pertama akan dihantar selepas asar hari ini.

Gambar sekitar suasana kebakaran :









1 ulasan:

Firdaus Bin Abd Rahman berkata...

moga Allah kuatkan hati mereka dengan ujianNya

Catat Komen