Sabtu, Februari 13, 2010

Kiblat - Masjid Kg. Tenambak, Kuala Penyu



Bismillah...


Pada 02 Februari 2010 /17 Safar 1431H (selasa) yang lalu saya telah bermusafir ke daerah Kuala Penyu yang jaraknya tidak kurang 100KM dari Kota Kinabalu.

Tujuan adalah menentusahkan arah kiblat Masjid baru yang dibina di Kg. Tenambak mungkin jaraknya dalam 4KM dari pekan Kuala Penyu.

Kehadiran kami disambut oleh imam Qariah di sana dan pihak pemohon pula hadir setelah hampir sejam setengah menunggu. Kelihatan masjid yang baru dibina hampir 70% telah siap.

Lokasi masjid yang baru dibina ini adalah berhampiran dengan masjid yang sedia ada dan juga sebuah sekolah Kebangsaan dikampung tersebut.

Masjid lama

Seperti yang dimaklumkan oleh imam qariah bahawa mojiriti penduduk di sini adalah beragama Islam. Aktiviti yang dijalankan di masjid tersebut juga aktif namun ada juga rungutan daripada imam qariah bahawa kehadiran untuk solat fardhu kurang memuaskan.


Arah kiblat bagi masjid baru tersebut didapati tepat sepertimana pihak pemohon telah mengikuti garis panduan yang telah sediakan.

Koordinat masjid tersebut adalah Latitud : 36' 9.3" dan Longitud : 115˚ 35' 5.22". Azimut arah kiblat ke mekah adalah 290˚ 42' 31.9".

Dikhabarkan juga kos pembinaan masjid tersebut sebanyak RM 401,298.00 yang dibangunkan oleh Kontraktor ZR Enterprise.

Mudah-mudahan masjid yang dibina dengan kos sebanyak itu berbaloi dengan kemantapan aktiviti yang bakal dilaksanakan oleh AJK Masjid dan kehadiran jemaah ke masjid tersebut.

0 ulasan:

Catat Ulasan