Rabu, Februari 24, 2010

Mencerap di MRSM Kinarut

Bismillah...

22 Februari 2010 bersamaan 08 Rabi'ulawwal 1431 ( Isnin ) saya bersama seorang kru daripada Unit Falak Syarie (UFS), Pejabat Mufti Negeri Sabah telah dijemput bagi mengisi ruang minggu aktiviti para pelajar MRSM Kinarut, Sabah.



Cikgu Yazid sedang memerhati gelagat para pelajar....

Sebenarnya, pihak MRSM pernah menjemput menjemput bagi menyampaikan ceramah berkaitan falak pada tahun lepas. Memandangkan tarikh yang dirancang bertembung dengan aktiviti lain maka pada tahun ini barulah berpeluang untuk bersama - sama dengan mereka.

Barisan tenaga pengajar...

Masa yang diperuntukkan adalah selama 2 jam bermula jam 8 sehingga 10 malam. Namun majlis hanya bermula pada jam 9 malam. Dalam tempoh sejam saya menyampaikan ceramah mengenai perkembangan ilmu falak, teori tatacara pencerapan dan simulasi mengenai planet dan sistem suria di hadapan 400 lebih pelajar.

Sebelum bermula cerapan taklimat mengenai penggunaan alat amat penting...

Kesungguhan dan minat pelajar untuk mencerap...

ALhamdulillah, sesudah itu kami mengadakan demontrasi pencerapan. Asalnya kami ingin mencerap bintang namun langit ditutupi awan. Alhamdulillah, bulan dapat dicerap dan kebetulan ketika itu bulan berada pada fasa suku bulan dan kekadang bulan kelihatan disebalik awan.

Imej bulan yang sempat dirakam melalui teleskop made 8"...

Ketika pencerapan dibuat, para pelajar telah diarahkan untuk beratur mengikut kelas masing - masing. Peralatan yang kami bawa hanya sebuah teleskop sahaja. Para pelajar hanya dibenarkan melihat tidak lebih dari 3 saat. Namun cuaca kurang mengizinkan untuk terus mencerap bulan dan bintang tetapi saya kagum dengan kesabaran para pelajar yang sabar menunggu agar cuaca beransur pulih.

Dari Kanan... Ust. Salam(UFS), Pengetua Mrsm, Ust. Shahriman dan Cikgu Yazid

Kena ikut giliran...

Di Samping itu juga para pelajar disarankan untuk berzikir agar Allah SWT mengizinkan untuk melihat tanda - tanda kebesaranNYA di kaki langit. Alhamdulillah, bulan mula kelihatan dan teleskop mula memokuskan ke arah bulan. Para pelajar dapatlah melihat bulan.

Imej bulan malam tersebut...

Saya perhatikan gelagat mereka, walaupun hanya 3 saat dibenarkan melihat imej bulan melalui teleskop kelihatan wajah mereka menunjukkan raut wajah teruja dan taa'jub. Ada yang sampai terlompat - lompat tanda seronok. Kekadang nak tergelak juga tengok gelagat mereka.


Itulah pengalaman pertama mereka melihat bulan secara dekat dengan menggunakan teleskop. Mulanya demontrasi diperuntukkan dalam tempoh sejam sahaja tetapi oleh kerana para pelajar sangat - sangat seronok maka tempoh mencerap ketika itu lebih sejam.

Ikutlah skill macam mana pun tetap mau tengok juga...

Alhamdulillah, MRSM adalah sekolah pertama bagi Unit Falak Syarie turun untuk menerangkan ilmu falak. Memang Misi dan Visi Unit Falak Syarie melalui Pejabat Mufti Negeri Sabah untuk menyebar luaskan ilmu falak syarie di seluruh negeri Sabah. Kami sedang menanti undangan - undangan dari sekolah lain....

Bersama tuan pengetua MRSM Tn. Hj. Ibrahim Osman...

Sekalung penghargaan dan terima kasih kepada MRSM terutama kepada pengetua di atas undangan ini. Moga kita berjumpa lagi...

Waallahua'lam.


2 ulasan:

Firdaus Bin Abd Rahman berkata...

ana teruja tengok gambar bulan tu. belum pernah ana tengok gambar bulan sedekat tu (melainkan dalam buku).

albelurani berkata...

itulah bulan, Nabi SAW banyak ceritanya yang bersangkutan dengan bulan.
Bulan bercahaya menereangi kegelapan waktu malam.

maka beruntung mereka yang bersama bulan menerangi mereka yang berada di dalam kegelapan.

Catat Komen