Isnin, Februari 01, 2010

KETUAT - petua

Bismillah..

Mengikut sumber di sini Ketuat merupakan sejenis penyakit kulit yang mana kawasan yang dijangkiti akan timbul dan menjadi keras. Ketuat adalah disebabkan virus dan mampu menjangkiti orang lain sekiranya dibiarkan berlarutan.

Ketuat adalah disebabkan oleh virus Human Papilloma (HPV). Ketuat boleh merebak melalui sentuhan. Mana-mana bahagian kulit yang dijangkiti akan bengkak, menjadi kasar dan keras. Kawasan yang sering dijangkiti adalah tangan, jari,dan kaki. Mereka yang mempunyai masalah kurang daya tahan diri seperti mengidap HIV atau sistem pertahanan kulit yang lemah seperti ekzema, atau tidak menjaga kebersihan diri lebih mudah dijangkiti jangkitan ketuat.

Jika mengikut pengalaman saya dan mungkin juga boleh diistilahkan sebagai cara rawatan tradisional adalah :

1. Ambil seulas bawang putih sederhana besarnya dan hiris ditengahnya.

2. kemudian gosokkan di tempat tumbuhnya ketuat. Digosokkan sehingga keluar darah dan jangan berhenti sehinggahlah ia tertanggal. kalau takut darah, gosokklah sambil tutup mata.

3. InsyaAllah, ketuat itu tertanggal sekali dengan akarnya dan ia tidak akan tumbuh semula. Kalau tumbuh pun di tempat lain.

Hebatnya bawang putih yang Allah SWT jadikan. Bukan setakat digunakan untuk dimakan bahkan ia juga boleh digunakan sebagai penawar.

Cubalah, itupun bagi mereka yang ditumbuhi ketuat, kalau tak ada sampai-sampaikan kepada mereka yang berkenaan. oooo... mereka yang ditumbuhi bisul pun boleh cuba kaedah ini.

Selamat mencuba moga bermanfaat.

0 ulasan:

Catat Komen