Rabu, Jun 24, 2009

Muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan Kali Ke-87


Bismillah...

Bermula 23 - 25 Jun 2009 sedang berlangsungnya Muzakarah Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia Kali ke - 87 di LE Meredian Hotel, Kota Kinabalu.

Sabah menjadi tuan rumah di bawah penyelarasan Pejabat Mufti Negeri Sabah dan JAKIM Cawangan Sabah. Kelmarin kebanyakkan staf pejabat Mufti berada di aiport KKIA bagi menyambut ketibaan para Ashabus Samahah dan ahli - ahli majlis fatwa yang lain. Bermula jam 11 pagi dan berakhir pada jam 8 malam.

Perlaksanaan Muzakarah ini memang diadakan di beberapa tempat dan kali ini di negeri Sabah. Sudah pastinya mereka akan membahaskan beberapa isu. Alhamdulillah, segala-galanya berjalan lancar dan insyaAllah malam 24 Jun para ahli muzakarah akan diraikan oleh kerajaan negeri dalam satu majlis makan malam.

Selamat bermuzakarah di bumi Sabah ini mudah-mudahan kehadiran para ashabus samahah dan ahli ilmu ke negeri ini diiringi bersama dengan rahmat Allah SWT.

0 ulasan:

Catat Komen