Ahad, Jun 07, 2009

Isu Palestin

Bismillah...

Alhamdulillah seperti mana yang telah dirancang ceramah Isu Palestin oleh Dr. Zainur Rashid dari aman Palestin di Masjid Nurul Iman Pasir Putih Putatan dianjurkan bersama Aman Palestin dan AJK Masjid Nurul Iman Pasir Putih , Putatan berjalan lancar walaupun berlaku kelewatan disebabkan rombongan penceramah tersekat dengan kesesakan jalan raya.


Saya diamanahkan sebagai perantara program ini dan moderator majlis pada malam tersebut menganggarkan kehadiran jamaah dalam 50 orang ke atas dan jumlah ini amat sukar diperolehi pada majlis ceramah seperti ini di Sabah ini melainkan kehadiran dengan kerahan bukan dengan keikhlasan.



Ahli jamaah masjid dapat juga mendengar isu Palestin ini daripada penceramah yang memang cukup berpengalaman kerana beliau sendiri pernah mengikuti misi kemanusiaan ke Palestin. Malam tersebut penceramah memfokuskan mengenai masjid al-Aqso dengan bantuan paparan power point yang membolehkan para jamaah melihat sendiri gambaran sebenar mengenai masjid al-Aqso di Palestin. Ceramah jenis ini jarang - jarang sekali diadakan di masjid ini.


Alhamdulillah dengan komitmen yang diberikan oleh pihak AJK masjid maka ini merupakan salah satu bentuk ceramah yang cukup bermanfaat kepada ahli jamaah yang mempunyai kelainan. Ini merupakan sebagai muqaddimah siri - siri ceramah yang akan datang yang menampilkan penceramah - penceramah yang berkelayakan untuk dikongsi bersama ilmunya bersama dengan ahli jamaah masjid ini agar dapat dihidupkan ruh Islam yang sebenar dalam diri mereka.

Wallahu 'alam.

0 ulasan:

Catat Ulasan