Khamis, Jun 04, 2009

Ceramah Isu Palestin



Bismillah...

Sempena kedatangan Prof Madya Dr Zainur Rashid Bin Zainuddin yang merupakan aktivis aman Palestin ke Sabah sesi ceramahnya telah di atur di surau sekitar Kota Kinabalu. Saya telah diamanahkan untuk menyelaraskan sesi ceramah beliau di Masjid Nurul Hidayah Pasir Putih Putatan.

Prof Madya Dr Zainur Rashid Bin Zainuddin

Alhamdulillah pihak ajk masjid telah bersetuju agar ceramah Isu Palestin diadakan seperti berikut :

Tarikh : 05 Jun 2009 / 11 Jamadilakhir 1430H
Masa : Selepas Maghrib
Tempat : Masjid Nurul Hidayah, Pasir Putih Putatan

Di samping itu, beliau juga akan berceramah di lokas beriku :

1. Tarikh : 04 Jun 2009 / 10 Jamadilakhir 2009
Tempat : Surau Austral

2. Tarikh : 06 Jun 2009 / 12 Jamadilakhir 2009
Tempat : Surau Olivia.

Misi kemanusiaan ke Palestin

bagi mereka yang tinggal di sekitar Kota Kinabalu jangan lepaskan peluang ini kerana beliau telah pernah mengikuti misi kemanusiaan ke Palestin dan mengetahui akan situasi sebenar di sana untuk kita dengari agar kita terus istiqomah memberikan pertolongan kepada Palestin apa cara sekalipun yang mana isu Palestin ini semakin pudar di hati kita sejak kebelakangan ini. Boikot barangan Israel pun mula pudar dan dah tak hirau dah.... Jom meriahkan ceramah ini.

0 ulasan:

Catat Ulasan