Selasa, April 05, 2011

Tilawah Al-Quran Peringkat Jabatan Ketua Menteri

Bismillah...


Baru sebentar tadi saya telah menghadiri majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Jabatan Ketua Menteri. Saya diundang sebagai salah seorang hakim yang mengadili di bahagian tajwid, bahagian Fasohah dihakimi oleh Ust. Abd. Rahman Talipudin merangkap ketua hakim, bahagian Tarannum dihakimi oleh Ust. Haji Ghazali Sulaiman dan Ust Mohd. Taif Kassim di bahagian Suara.

Barisan hakim...

Majlis ini diadakan di Dewan Kecil MAKSAK, Likas, Kota Kinabalu. Setiausaha Kerajaan Negeri turut merasmikan majlis ini yang diwakili oleh Datuk Nordin Seman, Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri. Turut hadir di majlis ini ialah Datuk Maznah Ghani, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri ( Pentadbiran ), Mufti Kerajaan Negeri Sabah dan ketua - ketua jabatan serta pegawai - pegawai kanan.


Tujuh Qari dan tujuh Qariah telah memperdengarkan bacaan masing - masing yang mewakili jabatan - jabatan yang terlibat seperti berikut :

1. Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri
2. Dewan Bandaraya Kota Kinabalu
3. JHEAINS
4. UPKR
5. Jabatan Cetak Kerajaan
6. Jabatan Tanah dan Ukur
7. Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri
8. Jabatan Perhutanan.

Para jemaah hakim telah memuktamadkan keputusan pada majlis kali ini dengan keputusan seperti berikut :

Qari:

Johan : En. Rahman Majamal ( JHEAINS )
Kedua : En. Edris Patra ( Jabatan Perhutanan )
Ketiga : En. Mohd. Khairul Anuar Jamil ( Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri )

Qariah :

Johan : Pn. Sinam Haji Sarin ( JHEAINS )
Kedua : Pn. Janaiah @ Saimah Rangab ( Dewan Bandaraya Kota Kinabalu )
Ketiga : Pn. Afsah Matjin ( Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri )

Hadiah - hadiah bagi qari telah disampaikan oleh SS. Mufti Kerajaan Negeri Sabah dan bagi qariah pula disampaikan Y.Bhg Datuk Maznah Ghani, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri ( Pentadbiran ).

ALhamdulillah, mengikut pemerhatian saya bahawa perjalanan majlis bolehlah dibanggakan. Namun kualiti bacaan setiap peserta hendaklah ditingkatkan pada masa akan datang kerana terdapat di kalangan para qari dan qariah yang mengambil bahagian mutu bacaannya terutama di bahagian tajwid yang terlalu rendah sehingga tahap "0" markah. Sebaiknya diadakan saringan di peringkat jabatan.

Walau bagaimanapun, majlis seperti ini amat wajar diadakan kerana ianya salah satu kaedah untuk memartabatkan al-Quran terutama di sudut bacaan. Namun setiap diri muslim hendaklah mempertingkatkan bacaan al - Quran, membongkar rahsia al-Quran sebagai khazanah peninggalan Rasul SAW dan melaksanakan serta beramal segala isi kandungannya.

Jangan hanya hebat pada bacaan tapi untuk beramal segala isinya sebagaimana yang dituntut oleh Islam disisihkan. Maka malanglah orang yang sedemikian.

Waallahua'lam.

Qari : Johan

Kedua

Ketiga

* Gambar untuk Qariah tak sempat ambil..

0 ulasan:

Catat Ulasan