Sabtu, April 02, 2011

Kiblat : Sandakan & Kudat

Bismillah...


22 dan 23 Mac lalu saya bermusafir ke Sandakan atas urusan menentusahkan arah kiblat di 3 lokasi.

Lapangan Terbang Sandakan

Flight terawal dari Kota Kinabalu jam 7 pagi dan tiba di airport Sandakan jam 7.50 pagi. Saya telah dijemput oleh 2 orang staf Airport dan membawa ke lokasi surau.

Tanpa melengahkan masa, kerja - kerja menentusahkan arah kiblat dilaksanakan. Alhamdulillah selesai.

Timbul permohonan untuk mengesahkan arah kiblat di airport tersebut kerana adanya individu yang perihatin mengenai arah kiblat di airport seluruh sabah yang telah mengemailkan surat mengenai pandangan beliau iaitu ada baiknya surau - surau seluruh airport di Sabah ini ditentusahkan kiblatnya oleh Pejabat Mufti Negeri Sabah. Surat tersebut ditujukan kepada Pengurus Airport di Kuala Lumpur salinan kepada saya.

Alhamdulillah, pandangan itu diterima baik oleh pihak airport dan mereka telah memohon secara rasmi kepada pihak kami untuk tindakan. Saya ke airport Sandakan dan keesokan harinya 2 orang staf di Unit Falak Syarie pula ke airport Lahad Datu.

Surau Jalan Leila ( Vista Idaman )


Lokasi surau terletak di jalan Lelila dalam kawasan Batu Sapi. Merupakan kawasan pembinaan perumahan. Saya turut dimaklumkan bahawa keluasan surau ini dianggarkan dapat menampung para jemaah sekitar 400 sehingga 500 orang.

Juruukur bertauliah telah melakukan kerja - kerja trabas berdasarkan azimuth kiblat yang telah saya berikan kepada mereka sebelum lawatan ini. Sudah menjadi syarat bahawa setiap pembinaan Masjid atau Surau baru, pihak kontraktor wajib menyediakan juruukur bertauliah bagi kerja - kerja trabas ukur.

Hotel Sabah Sandakan

Lokasi terakhir, saya meneruskan kerja - kerja arah kiblat di hotel ini yang berbaki 24 buah bilik. Ini merupakan lawatan kali ke 3. Alhamdulillah bermula jam 3 petang dan sebelum jam 5 petang 24 buah bilik tersebut telah ditentusahkan kiblatnya.

Seawal 23hb Mac setelah bermalam di Sabah Hotel, saya balik ke kota Kinabalu menaiki pesawat penerbangan pertama.

Musafir diteruskan ke Menggatal dan Kudat pada 28 - 29 Mac bagi menentusahkan kiblat dua surau di stesen Petronas jalan Tuaran Menggatal dan Kudat.



Saya dimaklumkan oleh staf Petronas yang mengiringi saya bahawa pihak Petronas sedang menaik taraf seluruh stesen - stesen minyaknya dan antaranya mengwujudkan surau - surau yang kiblatnya mendapat pengiktirafan oleh Pejabat Mufti di seluruh negeri.

Rata - ratanya, saya telah menggunakan kaedah kedudukan layout bangunan bagi mendapatkan bacaan bering yang sedia ada bagi memudahkan saya mendapatkan kedudukan bering arah kiblat. Kecuali bagi pembinaan surau yang baru mengikut prosedur ukur yang telah ditetapkan.

Sekian.

0 ulasan:

Catat Ulasan