Jumaat, April 08, 2011

Ambuyat

Bismillah...


Hari jumaat rutinya warga di pejabat saya akan bertadarus al-Quran dan mendengar sesi tazkirah yang disampaikan secara bergilir - gilir di kalangan ustaz- ustaz.

Hari ini agak istimewa kerana ada beberapa orang warga pejabat yang berhajat untuk mengadakan jamuan selepas sesi tadarus. Cumanya hari ini kami membaca surah yasin dan doa kesyukuran yang dipimpin oleh SS Mufti Kerajaan Negeri Sabah.


Menu jamuan juga beraneka macam, sup ikan, sayur labu + sayur manis, ikan masak taucu dan ampap ( masakan versi Sabah ), kuih muih dan berbagai lagi.

Satu menu yang agak istimewa yang tidak pernah lagi dihidangkan di pejabat selama mana saya berkhidmat iaitu ambuyat. Ambuyat diperbuat daripada sagu dan cicahnya pula diperbuat daripada ikan dimasak secara berkuah. Senonimnya, ambuyat ini adalah makanan bagi suku Brunei dan suku Bisaya. Suku Brunei memanggilnya ambuyat dan suku Bisaya pula dipanggilnya ambolong. Tetapi diera globalisasi ini semua suku dan 1 Malaysia sama - sama memakannya, maknanya ambuyat ini pun telah dikenali ramai.


Seingat saya, pada tahun 2003 ketika saya berkhidmat di Pusat Latihan Dakwah Kudat pengetuanya telah menjemput para tenaga pengajar datang kerumahnya dan menu jamuan ketika itu adalah ambuyat yang pertama kali saya menjamahnya. Sehinggalah ke hari ini, ini adalah kali kedua saya menjamahnya. Waduh sodap juga rasanya.


Alhamdulillah, rezeki Allah telah berikan kepada warga pejabat untuk sama - sama dinikmati. Biasanya kalau tidak warga pejabat sendiri yang menyediakan jamuan ada juga pihak luar turut bersedekah dan minta untuk didoakan. Alhamdulillah... terima kasih yang telah membuat kebaikan.



Rabu, April 06, 2011

Cerapan Hilal Jamadilawwal 1432H

Bismillah...


30 Rabi'ulakhir 1432 bersamaan 04 April 2011 hari Isnin lalu seperti lazimnya kami turun mencerap anak bulan dan kali ini adalah untuk hilal Jamadilawwal 1432H sebagai aktiviti bulanan di Balai Cerap al-Biruni Negeri Sabah, Tg. Dumpil, Putatan Sabah.

Jika bulan lepas kami menerima tetamu daripada Pusat Latihan Khidmat Negara Kota Belud dan kali ini kami menerima seramai 20 orang yang dijemput khas di kalangan ahli jawatankuasa masjid sekitar Balai Cerap ini.

Masjid al-hilal, Masjid Nurul Jannah Kg. Petagas, Masjid Nurul Iman Kg. Pasir Putih Putatan dan Masjid As-Sobirin Kg. Sipanggil yang telah bersama dengan kami.




Taklimat dimulakan kemudian jamuan dan tepat jam 6.10 petang para tetamu mengambil posisi untuk sedia merukyah hilal. 5 buah tedeolit ( peralatan rukyah ) telah disediakan dan setiap peralatan dikawal oleh ahli - ahli teknikal di samping itu mereka turut menyampaikan maklumat mengenai cerapan hilal.


Aktiviti ini berjalan secara santai dan serba sedikit kami juga dapat memberikan sedikit ilmu falak berkaitan dengan rukyah hilal. Keputusan rukyah kali ini ialah hilal tidak kelihatan disebabkan awan tebal.

Alhamdulillah, rukyah hilal jamadilakhir akan datang pada 04 Mei 2011 ( rabu ) kami masih menunggu permohonan sesiapa yang ingin turut serta dalam aktiviti rukyah ini... sesiapa yang berminat bolehlah hubungi Unit Falak Syarie, Pejabat Mufti Negeri Sabah di talian 088218322.

Sekian.







Kepimpinan YAM Cawangan Sabah 2011 - 2013

Bismillah...


02 April 2011 lalu telah diadakan mesyuarat pertama Yayasan Amal Malaysia Cawangan Sabah setelah mesyuarat agong sebelum ini. Mesyuarat tersebut diadakan di bilik mesyuarat Masjid Negeri Sabah.


Mesyuarat kali ini adalah untuk membentuk kepimpinan baru bagi sesi 2011 - 2013. Tuan Haji Khairan Untoh kekal sebagai peneraju YAM Cawangan Sabah. Beberapa orang muka baru juga telah dilantik bersama dalam kepimpinan YAM Cawangan Sabah. Senarai lengkap akan dimuatkan dalam blog ini kemudian... insyaAllah.

YAM Cawangan Sabah sememangnya salah satu NGO yang aktif menjalankan kerja - kerja amal dan kebajikan di bumi Sabah ini kerana wujudnya kerjasama yang erat dengan beberapa agensi agama serta rakan - rakan NGO'S yang bernaung di bawah CONCERN.

InsyaAllah dengan kepimpinan baru ini YAM Cawangan Sabah akan terus menabur amal dalam kerja - kerja kebajikan agar mereka yang memerlukan terbela dan mendapat haknya yang sebenar.

Saya yakin dan percaya bahawa semua sahabat - sahabat dalam kepimpinan baru ini dengan berat hati menerima amanah dan bersedia untuk membuat yang terbaik dan yang lebih penting bersedia MEWAKAFKAN DIRI untuk agama melalui amanah yang dipikul.

" BERAMAL KERANA ALLAH "

Waallahua'alam.

Antara wajah - wajah kepimpinan YAM Cawangan Sabah 2011-2013:





Akhi Saiful ( kalau dia masak sedap ni... kini sebagai Timb. SU YAM )

Akhi Fidaus ( Ahlan wa sahlan antara muka baru... kini bendahari YAM )


Ust. Rafihi

Ust. Fawwas

Akhi Azman

Ir. Azmih ( Macam YB. Ir. Nizar... sikit2 la )

Kiblat : Bilik Bedah

Bismillah...


Pernah satu ketika saya pergi menentusahkan arah kiblat di beberapa tempat Hospital Duchess Kent Sandakan.

Seperti yang pernah saya katakan bahawa, pihak Jabatan Kesihatan telah memohon secara rasmi kepada pihak Pejabat Mufti Negeri Sabah agar semua Hospital seluruh Sabah di tentukan arah kiblatnya.

Setakat ini hospital yang telah ditentusahkan kiblatnya berdasarkan permohonan adalah Hospital Daerah Tambunan dan Hospital Duchess Kent Sandakan.

Beberapa lokasi di Hospital Duchess Kent Sandakan ditentukan kiblatnya saya amat teruja apabila dapat memasuki bilik bedah yang terdapat surau di dalamnya untuk ditentusahkan kiblatnya.

Masuk ke dalam tersebut kena melalui beberapa prosedur antaranya memakai pakaian yang telah mereka sediakan.



Ada 2 keadaan yang saya rasai, pertama merasa sedikit teruja kerana dapat memasuki tempat yang bukan mudah untuk dimasuki oleh orang - orang biasa. Kedua, masuk ke dalam bilik bedah rasa nikmat sihat itu sungguh bermakna kerana melihat ruang bedah walaupun tak sampai melihat orang yang dibedah cukup untuk mengingatkan diri yang sihat sebagai satu nikmat sebelum datangnya sakit.

Hikmah juga dapat kerja sebagai seorang alfalaki ini, dapat juga menimbah pengalaman bagi memperbaiki kehidupan di masa - masa akan datang.

Sekian.

Selasa, April 05, 2011

Tilawah Al-Quran Peringkat Jabatan Ketua Menteri

Bismillah...


Baru sebentar tadi saya telah menghadiri majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Jabatan Ketua Menteri. Saya diundang sebagai salah seorang hakim yang mengadili di bahagian tajwid, bahagian Fasohah dihakimi oleh Ust. Abd. Rahman Talipudin merangkap ketua hakim, bahagian Tarannum dihakimi oleh Ust. Haji Ghazali Sulaiman dan Ust Mohd. Taif Kassim di bahagian Suara.

Barisan hakim...

Majlis ini diadakan di Dewan Kecil MAKSAK, Likas, Kota Kinabalu. Setiausaha Kerajaan Negeri turut merasmikan majlis ini yang diwakili oleh Datuk Nordin Seman, Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri. Turut hadir di majlis ini ialah Datuk Maznah Ghani, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri ( Pentadbiran ), Mufti Kerajaan Negeri Sabah dan ketua - ketua jabatan serta pegawai - pegawai kanan.


Tujuh Qari dan tujuh Qariah telah memperdengarkan bacaan masing - masing yang mewakili jabatan - jabatan yang terlibat seperti berikut :

1. Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri
2. Dewan Bandaraya Kota Kinabalu
3. JHEAINS
4. UPKR
5. Jabatan Cetak Kerajaan
6. Jabatan Tanah dan Ukur
7. Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri
8. Jabatan Perhutanan.

Para jemaah hakim telah memuktamadkan keputusan pada majlis kali ini dengan keputusan seperti berikut :

Qari:

Johan : En. Rahman Majamal ( JHEAINS )
Kedua : En. Edris Patra ( Jabatan Perhutanan )
Ketiga : En. Mohd. Khairul Anuar Jamil ( Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri )

Qariah :

Johan : Pn. Sinam Haji Sarin ( JHEAINS )
Kedua : Pn. Janaiah @ Saimah Rangab ( Dewan Bandaraya Kota Kinabalu )
Ketiga : Pn. Afsah Matjin ( Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri )

Hadiah - hadiah bagi qari telah disampaikan oleh SS. Mufti Kerajaan Negeri Sabah dan bagi qariah pula disampaikan Y.Bhg Datuk Maznah Ghani, Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri ( Pentadbiran ).

ALhamdulillah, mengikut pemerhatian saya bahawa perjalanan majlis bolehlah dibanggakan. Namun kualiti bacaan setiap peserta hendaklah ditingkatkan pada masa akan datang kerana terdapat di kalangan para qari dan qariah yang mengambil bahagian mutu bacaannya terutama di bahagian tajwid yang terlalu rendah sehingga tahap "0" markah. Sebaiknya diadakan saringan di peringkat jabatan.

Walau bagaimanapun, majlis seperti ini amat wajar diadakan kerana ianya salah satu kaedah untuk memartabatkan al-Quran terutama di sudut bacaan. Namun setiap diri muslim hendaklah mempertingkatkan bacaan al - Quran, membongkar rahsia al-Quran sebagai khazanah peninggalan Rasul SAW dan melaksanakan serta beramal segala isi kandungannya.

Jangan hanya hebat pada bacaan tapi untuk beramal segala isinya sebagaimana yang dituntut oleh Islam disisihkan. Maka malanglah orang yang sedemikian.

Waallahua'lam.

Qari : Johan

Kedua

Ketiga

* Gambar untuk Qariah tak sempat ambil..

Isnin, April 04, 2011

Sinopsis Anak Bulan Jamadilawal 1432H

Bismillah...

Hari ini cerapan hilal ( anak bulan ) Jamadilawal 1432H bakal dicerap di Balai Cerap al-Biruni Negeri Sabah, Tg. Dumpil, Putatan Sabah dan begitu juga di lokasi - lokasi cerapan oleh anggota falak di Unit Falak Syarie seluruh Jabatan Mufti setiap negeri.

Sinopsis hilal Jamadilawwal 1432H di Balai Cerap al-Biruni Negeri Sabah, Tg. Dumpil, Putatan Sabah seperti berikut :


InsyaAllah, cerapan kali ini kami menjemput ahli jawatankuasa Masjid di sekitar Balai Cerap untuk sama - sama mencerap dan kami turut memberikan taklimat mengenai ilmu falak berkaitan dengan cerapan hilal. Ahli jawatankuasa masjid yang dijemput adalah :

1. Masjid Al-Hilal
2. Masjid Nurul Iman, Kg. Pasir Putih
3. Masjid As-Sobirin
4. Masjid Nurul Jannah, Kg. Petagas.

Selamat mencerap kepada seluruh rakan - rakan falak di negeri - negeri lain.

Sekian.

Sabtu, April 02, 2011

Ikan Bakar Sambal Malatop

Bismillah...


Siapa - siapa yang nak makan ikan bakar sambal malatop silalah ke Food Court Tg. Aru Plaza, Kota Kinabalu.

Diusahakan oleh sahabat seusrah Saudara Azman. Menunya beraneka macam dan sememangnya sodap - sodap belaka dan menu yang menjadi keutamaannya ialah Ikan Bakar Sambal Malatop. Istilah malatop adalah istilah orang Sabah dan perkataan standardnya ialah "meletop".

Kami berusrah bersama ahli keluarga sebagai pembukaan kedai ini dengan hidangan ikan bakar sambal malatop, sayur sayuran, sup dan bermacam - macam lagi. Alhamdulillah, semua merasa nikmatnya.

Seorang sahabat dari Darul Quran Saudara Nazri lebih dikenali sebagai Tok Ban dan seorang joniur di SMA Nahdhah Bukit Besar Kedah Darul Aman. Mereka ini juga saya raikan dengan Ikan Bakar Sambal Malatop semasa mereka bermusafir ke Sabah.

Pastinya Malatop... hubungi suadara azman jika anda berminat ditalian 010-9302006 dan insyaAllah potongan harga juga akan dipertimbangkan...





Kiblat : Sandakan & Kudat

Bismillah...


22 dan 23 Mac lalu saya bermusafir ke Sandakan atas urusan menentusahkan arah kiblat di 3 lokasi.

Lapangan Terbang Sandakan

Flight terawal dari Kota Kinabalu jam 7 pagi dan tiba di airport Sandakan jam 7.50 pagi. Saya telah dijemput oleh 2 orang staf Airport dan membawa ke lokasi surau.

Tanpa melengahkan masa, kerja - kerja menentusahkan arah kiblat dilaksanakan. Alhamdulillah selesai.

Timbul permohonan untuk mengesahkan arah kiblat di airport tersebut kerana adanya individu yang perihatin mengenai arah kiblat di airport seluruh sabah yang telah mengemailkan surat mengenai pandangan beliau iaitu ada baiknya surau - surau seluruh airport di Sabah ini ditentusahkan kiblatnya oleh Pejabat Mufti Negeri Sabah. Surat tersebut ditujukan kepada Pengurus Airport di Kuala Lumpur salinan kepada saya.

Alhamdulillah, pandangan itu diterima baik oleh pihak airport dan mereka telah memohon secara rasmi kepada pihak kami untuk tindakan. Saya ke airport Sandakan dan keesokan harinya 2 orang staf di Unit Falak Syarie pula ke airport Lahad Datu.

Surau Jalan Leila ( Vista Idaman )


Lokasi surau terletak di jalan Lelila dalam kawasan Batu Sapi. Merupakan kawasan pembinaan perumahan. Saya turut dimaklumkan bahawa keluasan surau ini dianggarkan dapat menampung para jemaah sekitar 400 sehingga 500 orang.

Juruukur bertauliah telah melakukan kerja - kerja trabas berdasarkan azimuth kiblat yang telah saya berikan kepada mereka sebelum lawatan ini. Sudah menjadi syarat bahawa setiap pembinaan Masjid atau Surau baru, pihak kontraktor wajib menyediakan juruukur bertauliah bagi kerja - kerja trabas ukur.

Hotel Sabah Sandakan

Lokasi terakhir, saya meneruskan kerja - kerja arah kiblat di hotel ini yang berbaki 24 buah bilik. Ini merupakan lawatan kali ke 3. Alhamdulillah bermula jam 3 petang dan sebelum jam 5 petang 24 buah bilik tersebut telah ditentusahkan kiblatnya.

Seawal 23hb Mac setelah bermalam di Sabah Hotel, saya balik ke kota Kinabalu menaiki pesawat penerbangan pertama.

Musafir diteruskan ke Menggatal dan Kudat pada 28 - 29 Mac bagi menentusahkan kiblat dua surau di stesen Petronas jalan Tuaran Menggatal dan Kudat.



Saya dimaklumkan oleh staf Petronas yang mengiringi saya bahawa pihak Petronas sedang menaik taraf seluruh stesen - stesen minyaknya dan antaranya mengwujudkan surau - surau yang kiblatnya mendapat pengiktirafan oleh Pejabat Mufti di seluruh negeri.

Rata - ratanya, saya telah menggunakan kaedah kedudukan layout bangunan bagi mendapatkan bacaan bering yang sedia ada bagi memudahkan saya mendapatkan kedudukan bering arah kiblat. Kecuali bagi pembinaan surau yang baru mengikut prosedur ukur yang telah ditetapkan.

Sekian.