Ahad, Ogos 01, 2010

Kesalahan Penutupan Aurat

Bismillah...

Kesilapan dalam penutupan aurat wanita hari ini. Antaranya ada 10 perkara. Baca dan hayati :

1. Aurat itu adalah hanya memakai tudung sahaja.

2. Bertudung, tetapi berkemeja -T- lengen pendek.

3. Bertudung, tetapi baju kebarungnya terbelah kainnya.

4. Bertudung, tetapi bajunya sendat, sempit dan nipis lalu memaparkan bentuk kawasan - kawasan mudah 'menggoda'.

5. Bertudung, tetapi amat longgar dan menayangkan jambul dan hujung rambutnya.

6. Bertudung, tetapi hanya memakainya di pejabat sahaja. Tidak di sekitar rumah, pasaraya dan sebagainya.

7. Bertudung, tetapi tudungnya dilempar ke belakang leher, maka terdedahlah bahagian dada daripada tertutup.

8. Bertudung, tetapi tudungnya amat nipis sehingga boleh dilihat sanggul, leher, tengkuk dan dadanya. Sebahagian wanita menyangka bahawa tutup aurat itu adalah tutup rambut sahaja. Ini tidak tepat sama sekali.

9. Bertudung, tetapi menaiki motosikal sambil menayangkan betis sepanjang jalan.

10. Bertudung dan sempurna penutupan aurat tubuhnya, tetapi memanja - manjakan suaranya ketika berinteraksi dengan lelaki.

( klik gambar untuk lebih besar )

Tinta albelurani :

Sumber di atas saya telah petik daripada buku UNTUKMU WANITA (soal jawab isu-isu kontemporari kaum wanita yang harus diketahui oleh semua wanita, isteri dan ibu ), karangan Ust. Zaharuddin Abd. rahman.

Buku ini amat wajar dimiliki dan dibaca oleh para wanita, isteri dan ibu hatta remaja kerana ianya menjawab persoalan mengenai isu - isu yang berlaku di sekeliling kita. Begitu juga kaum bapa, lelaki dan suami wajib membacanya agar dapat dijadikan sebagai garis panduan dalam mentarbiyyah isteri, anak - anak, keluarga, para remaja dan masyarakat. Dikuatkan dengan dalil serta hujjah yang kukuh amat sesuai juga untuk para pendakwah.

Selamat memiliki, membaca dan mempratikkannya. Boleh didapati di Pustaka Aslam, Kingfisher Likas, Kota Kinabalu atau di kedai - kedai buku yang berhampiran.

3 ulasan:

huda a.k.a airy~~ berkata...

buku ni kalu nk memiliki tp dgn cara 'pnjam'dgn org tu, blh ka???hehhee...
nk bg th ni,huda br je kn buat 1 tgasan pasal: Implikasi fatwa kabangsaan mengenai selisih arah kiblat dr segi praktik (kptusan jawatankuasa kbgsaan kali ke 79 thn 2007)...

ade sbrg mklumat x yg blh dkgsi?hehe.
cikgu Bahar yg ngajo..

ssgghnya bntu-mmbntu itu satu amalan yg mulia...sekian trm kasih..=D
kirim salam kakakku...

albelurani berkata...

huda... rasanya bahan mengenai tu ada tapi abe jumat kena dapatkan dahulu daripada kawan... bagus tajuk tu...

mungkin point yang kena cari..

1. Sejauh mana selisih kiblat dibenarkan, cari pandangan ulama mengenainya.
2. Selisih dengan menggunakan kiraan teknikal dan bandingkan dengan kiraan atau ijtihad para ulama.
3. Cuba bincangkan dalam beberapa keadaan iaitu PENGESAHAN DAN PENENTUAN ARAH KIBLAT BAGI PEMBINAAN MASJID ATAU SURAU BARU dan SEMAKAN ARAH KIBLAT.
4. Confirmkan sasaran sesuatu bering arah kiblat, adakah ianya benar - benar mengarah ke kaabah, boleh guna perisian google earth.

sekian.

niyalahuda~~ berkata...

okkay..trm ksh..
nnt andai kt la ade ape2 mklmt yg blh dkgsi,kalau dan n xmnysahkan bgtw huda yer??
email pn xpe andai xmnysahkan...niyalahuda@yahoo.com

p/s:jgn smpai mgggu tgs abe jumat sdh..buat mcm biasa2 aje bah...=D
wassalam...

Catat Ulasan