Jumaat, Ogos 06, 2010

Pelancaran Taqwim Berbuka Puasa 1431H / 2010M

Bismillah...


Majlis Pelancaran Taqwim Berbuka Puasa dan imsak 1431H / 2010 Bagi Negeri Sabah untuk Edaran Pesawat Malaysia Airlines dan Maswings Sdn. Bhd telah diadakan pada 06 Ogos 2010 di Chek In Island C, Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu (terminal 1) dianjurkan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Cawangan Sabah dengan Kerjasama Pejabat Mufti Negeri Sabah, JHEAINS, Malaysia Airlines, Maswings Sdn. Bhd dan Malaysia Airport Sdn. Bhd Kota kinabalu.

Replika Taqwim

Ini merupakan majlis tahun yang kedua diadakan yang telah dilancarkan oleh YB Datuk Seri Panglima Haji Yahya Husin, Timbalan Ketua Menteri Sabah.


Melalui ucapan oleh Encik Shauqi Ahmad, Pengurus wilayah Sabah MASwings Sdn Bhd berkata bahawa sambutan mengenai usaha ini amat menggalakkan hasil maklum balas yang diterima daripada pihak kakitangan dan para penumpang. Oleh itu, pada tahun ini cetakan taqwim tersebut telah ditambah daripada 5000 buah tahun lepas ke 6500 buah pada tahun ini dengan peningkatan sebanyak 1500 buah.

Persembahan nasyid E-Man

Taqwim tersebut yang berbentuk kecil dan sangat praktikal untuk dibawa ke mana - mana mengandungi beberapa pengisian mengenai ramadhan (puasa) seperti lafaz niat, syarat sah puasa, pekara - perkara yang membatalkan puasa, waktu solat, waktu dhuha, waktu berbuka dan imsak yang akan diedarkan kepada penumpang - penumpang pesawat MAS dan Maswings penerbangan domestik seluruh sabah dan penerbangan dari Sabah ke Kuala Lumpur. Selain itu, JAKIM Cawangan Sabah turut mencetak taqwim tersebut bersaiz A4 untuk diedarkan kepada orang awam.

Pameran

Alhamdulillah, sudah masuk tahun ke dua majlis seperti ini diadakan oleh pihak JAKIM Cawangan Sabah. Usaha yang baik walaupun nampak ianya kecil tetapi impaknya amat besar dalam meninggikan lagi syiar Islam di samping menghidupkan ramadhan yang akan datang dengan amal kebajikan. Syabas saya ucapkan kepada sahabat - sahabat di JAKIM, moga ianya berterusan dan insyaAllah sedikit yang diusahakan secara bersama akan mendapat ganjaran yang sewajarnya di sisi Allah SWT, insyaAllah sama - sama kita nikmati di akhirat kelak.

Edaran taqwim di pesawat MASwings

بارك الله فيكم

0 ulasan:

Catat Komen