Ahad, Ogos 22, 2010

Rukyah Hilal Ramadhan 1431/2010

Bismillah...

Lama tidak membuat catatan di dalam blog ini. Ramadhan sibuk dengan kerja rasmi dan kerja tak rasmi disulam dengan malas membuka laptop. Rasanya hampir seminggu menyepi.

Sebagai muqaddimahnya, saya nak mengkhabarkan mengenai Majlis Melihat Anak Bulan Ramadhan 1431 seterusnya pelancaran Majlis Melihat Anak Bulan Rasmi (Ramadhan, Syawal dan Zulhijjah ) bagi negeri Sabah 1431H / 2010 yang telah diadakan pada 10 Ogos 2010 bersamaan 29 Syaaban 1431 lalu bertempat di Balai Cerap Al-Biruni, Tg. Dum
pil, Putatan.

Telah disempurnakan oleh YB Datuk Haji Yahya Husin, Timbalan Ketua Menteri yang mewakili Ketua Menteri Sabah. Alhamdulillah telah dihadiri juga oleh beberapa orang VIP, penduduk kampung di sekitar Balai Cerap dan kakitangan jabatan kerajaan negeri & persekutuan serta pusat pengajian.

Rasanya penganjuran majlis ini yang lazimnya dilaksanakan pada tiap - tiap tahun dan kali ini jemputan disasarkan seramai 200 orang. Nampak ianya tercapai.

Secara kesimpulannya, majlis ini semakin mendapat perhatian samada daripada kepimpinan negeri hingga rakyat Sabah yang datang ketika majlis atau mendengar secara langsung di Radio Sabah FM.

Alhamdulillah, ketika ini kami sedang membuat persiapan pula untuk majlis cerapan hilal Syawal pula yang dijadualkan pada 08 September 2010.






0 ulasan:

Catat Komen