Selasa, Ogos 31, 2010

Himpunan Perdana Ramadhan

Bismillah...

Alhamdulillah pada 29 Ogos 2010 bersamaan 19 Ramadhan 1431 telah berlangsungnya satu himpunan perdana ramadhan yang telah dianjurkan oleh CONCERN iaitu gabungan NGO'S Islam Sabah bertempat di Wisma MUIS Kota Kinabalu.

Tujuannya adalah memfokuskan tentang pewakafan dalam rangka membina sebuah masjid di Penampang Sabah. Jawatankuasa pembinaan masjid Penampang telah lama dibentuk dan berusaha mencari dana untuk merealisasikan terbinanya masjid di daerah Penampang.

Setahu saya, sehingga kini jawatankuasa tersebut berusaha mendapatkan dana daripada pelbagai pihak termasuklah dengan kaedah WAKAF yang dibuka kepada umat Islam. Ini merupakan ruang dan peluang umat Islam menambah saham akhirat.

Ketika ini tapak masjid telah dikenal pasti dan dalam urusan untuk membeli tapak tersebut. Jawatankuasa ini juga telah membuka wakaf bagi satu lot tapak dengan harga RM100.

Menerusi program ini juga, beberapa pembentang kertas kerja berkaitan dengan wakaf telah disampaikan oleh pembentang. Istimewanya, himpunan ini telah menampilkan En. Jamaludin (pak Jamal), Timbalan Pengerusi Yayasan Amal Malaysia salah seorang sukarelawan yang telah mengikuti misi kemanusiaan ke Gaza dengan kapal Mavi Marmara yang telah diserang oleh pihak Israel laknatullah.



Semangat mendengar pangalaman pak jamal sehinggalah saya bertemu dengan nasyid ini...
(dengar nasyid ini mudah-mudahan ia menaikkan semangat kita dalam meneruskan jihad semua segi )

Pengalamannya dikongsi bersama dalam misi - misi kemanusiaan yang beliau pernah sertai termasuklah ke Gaza. Memang bermanfaat dan menginsafi sesiapa yang mendengarnya.


Sampai juga beliau menjejak kaki ke Sabah ini bagi berkongsi pengalamannya. Sebelum ini pihak Yayasan Amal Malaysia Cawangan Sabah cuba untuk membawa beliau ke Sabah tetapi masa beliau telah penuh berceramah di seluruh semenanjung. Namun, apabila saya terserempak dengan beliau di KLIA ketika saya dalam perjalanan balik ke Kota Kinabalu selepas selesai bengkel kiblat di Terengganu bahawa beliau akan ke Sabah pada bulan Ramadhan. Alhamdulillah termakbul.

Beliau telah melancarkan tabung wakaf masjid penampang dan jawatankuasa tersebut aktif menggerakkan tabung ini. Sesiapa yang hendak mewakafkan kewangan untuk tujuan pembinaan masjid penampang sila klik gambar pamplet yang terpampang di tepi sebelah kanan blog albelurani ini.

Saya menyeru marilah kita berlumba - lumba ke arah kebaikan dan inilah saham akhirat kita yang akan kita persembahkan di hadapan Allah SWT.

Barakallahu fikum....

0 ulasan:

Catat Ulasan