Isnin, Ogos 02, 2010

Kenduri

Bismillah..

Kelmarin 01 Ogos 2010, saya telah menghadiri tiga majlis kenduri doa selamat dan kesyukuran. Destinasi pertama jam 10 pagi ke rumah salah seorang staf pejabat iaitu Cik Mestika Gelip.

Saya agak terkejut dengan jemputan tersebut yang mana beliau mempelawa malam sebelumnya untuk datang ke rumah makciknya di perumahan Kepayan Redge. Rupa - rupanya makcik dan pakciknya kenal saya sekeluarga cuma saya saja yang tidak perasaan.


Majlis dipimpin oleh Imam Saidin yang bertugas di Masjid Negeri Sabah. Menu jamuan yang bermacam - macam. Cuma saya tertarik dengan beberapa kuih terdasional. Tapai pun ada dan sudah lama saya tidak memakannya. Ketika majlis itu dapat juga menjamah tapai yang berbalut daun nipah.


Destinasi kedua pula ke rumah Ust. Abu Nuha. Undangan dibuat melalui Facebook rasanya dalam 2 minggu sebelum majlis. Bermula jam 4 petang tapi saya agak terlambat sedikit kerana menghantar 2 orang adik masuk asrama SMA Toh Puan. Kelihatan beberapa orang sahabat yang turut hadir.


Destinasi ke tiga pula iaitu di Masjid As-Salam Kg. Contoh Petagas selepas solat Isyak. Kebetulan kuliah maghrib mingguan saya di sana. Saya usaikan dahulu kuliah maghrib yang menyentuh berkaitan dengan ketibaan ramadhan dan puasa.

Kenduri di sini dilaksanakan secara gotong royong dimana setiap keluarga akan membawa juadah masing - masing. Kelihatan semasa jamuan memang banyak makanan dan setiap orang berpeluang pula membawa balik beberapa tapau yang berisi makanan termasuklah saya yang diberikan tapau.

Demikianlah suasana beberapa hari lagi kita bertemu dengan ramadhan. Ada segelintir umat Islam berlumba - lumba bersedekah dengan mengadakan kenduri arwah, kesyukuran dan doa selamat.

Ketika saya bermusafir ke Tawau minggu lepas, salah seorang ahli qaryah ketika kami menentukan arah kiblat masjid mereka mengatakan bahawa di Tawau bulan sya'aban diistilahkan sebagai bulan arwah kerana terlalu ramai yang akan mengadakan kenduri kendara. Syukur alhamdulillah, bermanfaat kepada mereka yang faqir dan mudah-mudahan Allah memaqbulkan doa - doa kita.

0 ulasan:

Catat Ulasan