Rabu, Oktober 14, 2009

Lawatan Kerja Penentuan Arah Kiblat

Bismillah...

Sejak minggu lepas saya outstation di beberapa destinasi di bahagian Kudat, Pantai Barat Sabah dan Pedalaman bagi kerja - kerja penentuan arah kiblat bagi pembinaan masjid baru dan semakan arah kiblat bagi masjid yang telah didirikan.
Destinasi tersebut adalah :

1. Pembinaan Masjid Baru Daerah Putatan.



Jaraknya lebih kurang 13KM dari pusat bandar Kota Kinabalu. Saya dimaklumkan kos pembinaan masjid baru Daerah Putatan 2 tingkat ini menelan belanja 5 Juta lebih. Lokasi tapak masjid ini adalah di tepi jalan menuju ke JKR Putatan dan juga jalan menuju ke Taman Teluk Villa serta di belakang apartment SPNB yang baru siap.

Teodolit, Peralatan yang digunakan untuk menentukan arah kiblat

Masjid ini dijangkakan siap dalam tempoh dua tahun atau kurang daripada itu yang dibangunkan oleh Kontraktor daripada syarikat Pembangunan Sulaiman. Alhamdulillah, arah kiblat telah disahkan dengan azimuth kiblatnya 290° 38' 16″ berdasarkan koordinat lokasi tersebut Latitud : 5 ° 53' 34.38” U dan Longitud:116° 02' 25.83 T pada 05 September 2009 lalu.

2. Masjid Kg. Pomonsukan, Matunggong.

Semakan sedang dibuat bagi kerja - kerja pengukuran yang telah dibuat oleh juruukur

Masjid ini juga adalah pembinaan baru. Lokasinya terletak lebih kurang 3KM daripada pekan baru Matunggong. Daerah Matunggong pula terletak kira - kira 120KM menuju ke utara Sabah daripada Kota Kinabalu. Kos pembinaan masjid ini adalah RM170 ribu lebih sepertimana yang telah dimaklumkan oleh pihak kontraktor.

Pek yang telah ditanam sebagai tanda arah kiblat yang telah ditentukan azimuthnya

Arah kiblatnya juga telah ditentusahkan dengan azimuth arah kiblat 290° 26' 18″ berdasarkan koordinat lokasi tersebut Latitud : 6 ° 45' 12.7” U dan Longitud:116° 45' 40.4 T pada 07 September 2009 lalu.


3. Masjid Al-Hikmah Kg. Pintasan, Kota Belud.

Dalam perjalanan balik dari Matunggong kami singgah di Masjid tersebut bagi menyemak arah kiblat . Masjid ini terletak di Kg. Pintasan , Kota Belud bersebelahan dengan Kg. Tamau yang merupakan lokasi program ihya' ramadhan lalu daripada Yayasan Amal Malaysia Cawangan Sabah.

Kerja - kerja semakan dan penandaan arah kiblat

Masjid ini telah dibina sekitar tahun 1980an. Antara aktiviti yang dijalankan pula ialah setiap hari jumaat setengah jam sebelum solat jumaat diadakan tazkirah. Imam qariahnya pula ialah Ust. Sidin Saibin. Menurut imam tersebut mojiriti penduduk di sini beragama Islam berbangsa Iranun, bugis dan bajau laut.

Masjid al-Hikamh Kg. Pintasan, Kota Belud

Apabila kami menyemak arah kiblat masjid ini didapati arahnya tersasar ke kanan daripada azimuth kiblat asal masjid ini sebanyak 21° 46' 32″. Azimuth kiblat asal masjid ini adalah 268° 45' 00″ dan azimuth kiblat sebenar adalah 290° 31' 32″. Jauh juga arah kiblatnya masjid ini tersasar.

4. Masjid Baru Kg. Manggis dan Kg. Sarap Siampak, Menumbuk.

Masjid ini terletak kira - kira 7KM sebelum pekan Menumbuk. Pembinaan Masjid baru ini menelan kos RM400 ribu lebih. Khabarnya akan disiapkan secepat mungkin oleh kontraktor yang berpengalaman.

Sedia untuk diperiksa arah kiblatnya

Arah kiblatnya juga telah disahkan dengan azimuth kiblat 290° 31' 32 berdasarkan koordinat lokasi tersebut Latitud : 5° 22' 43.4” U dan Longitud:115° 24' 36.3 T pada 09 September 2009 lalu.

Tapak Masjid baru di Kg. Sarap Siampak Menumbuk yang masih belum dibersihkan

Manakala bagi Masjid Baru Kg. Sarap Siampak pula arah kiblatnya masih belum dapat disahkan kerana pengukuran layout di tapak masjid tersebut tidak mengikut prosedur yang telah ditetapkan.

Kerja - kerja pengukuran arah kiblat di tapak setiap lokasi masjid atau surau baru yang hendak dibina adalah dibuat oleh juruukur berlesen yang dilantik oleh pemohon (kontraktor) berdasarkan beberapa maklumat dengan ketetapan prosedur penentuan arah kiblat sebelum pengesahan diberikan oleh Pejabat Mufti Negeri Sabah.

Bagi semakan arah kiblat untuk masjid / surau yang sedia ada, juruukur tidak diperlukan dan pihak Unit Falak Syarie sendiri yang akan membuat penyemakan tersebut.

Wallahu'alam.

0 ulasan:

Catat Ulasan