Khamis, Oktober 22, 2009

Kenapa Kiblat Salah?


Bismlillah...

Baru - baru ini saya telah mengadakan lawatan kerja bagi membuat semakan arah kiblat di SMK Tansau dekat dengan pekan Putatan.

Dilaporkan bahawa arah kiblat surau di sekolah tersebut tersasar dari arah kiblat yang sebenar. Seorang hamba Allah telah menghubungi saya memaklumkan perkara tersebut. Ini adalah hasil semakan oleh hamba Allah tersebut dengan menggunakan kompas.

Alat Kompas prasmatik bertripod didirikan. Benang ditarik dari mihrab surau diselarikan dengan alat.

Di kesempatan itu, saya juga turut bertanya macam mana caranya dia membuat semakan arah kiblat di surau tersebut. Dia menjelaskan iaitu dengan membawa kompas masuk ke dalam surau yang konkrit itu dan meletakkannya di atas lantai simen.

Ok tak pe, saya terima penjelasan itu dan saya ke lokasi bagi membuat semakan arah kiblat. Setibanya kami di sana, kami telah disambut oleh Ust. Syaaban dan membawa kami ke lokasi dan kami pun menjalankan kerja - kerja penyemakan arah kiblat.

Kedudukan alat tepat dengan benang yang di tarik selari dengan mihrab surau.

Kaedah yang kami gunakan juga menggunakan alat kompas prasmatik bertripod. Semakan dilakukan di luar surau bagi mengelak gangguan tarikan magnetik kompas tersebut. Sudut di mihrab utama adalah sudut semakan kami. Hasil semakan melalui mihrab utama didapati arah kiblat surau tersebut adalah tepat.

Semakan di buat, arah kiblat adalah selari dengan benang yang ditarik dari mihrab surau dan ianya tepat dengan azimuth arah kiblat

Kenapa kiblat salah? persoalan yang sering terdengar dan perlu ada jawapannya daripada mereka yang mahir dengan hal - hal arah kiblat.

Di sini saya nyatakan beberapa foktor kenapa kiblat boleh salah.

1. Semasa pembinaan masjid atau surau dijalankan, pihak pemaju tidak merujuk kepada pihak berwajib mengenai arah kiblat. Main semborono sahaja menentukan arah kiblat. Caranya ikut di mana sahaja matahari terbenam itulah kiblat. Sedangkan kedudukan matahari terbenam berbeza-beza pada setiap waktu. Boleh ikut matahari tapi kena tahu kedudukannya yang bertepatan dengan arah kiblat. Ada cara dan formulanya.

2. Membuat semakan arah kiblat dengan menggunakan kompas magnetik. kena tahu cara dan kaedahnya. Kompas magnetik bermacam - macam jenis dan harga. Ada yang berharga RM5, RM20 lebih-lebih, dan ada juga kompas magnetik harganya mencecah ribuan ringgit. Namun kena tahu cara penggunaannya. Contohnya : anda ingin menyemak arah kiblat sesuatu masjid atau surau yang berkonkrit, maka janganlah semak dengan membawa kompas tersebut masuk ke dalam masjid dan meletakkan pula di atas lantai bersimen. Alamatnya jarum kompas akan terganggu dan akan menunjukkan arah yang salah dari arah kiblat yang sebenar. Jadi mulalah hati berasa curiga bahawa arah kiblat sudah salah. Bukan arah kiblat yang salah tapi kita yang salah disebabkan tak tahu cara penggunaan kompas magnetik yang ada pada kita.

Oleh itu, pantang larang bagi mereka yang menggunakan kompas magnetik dalam membuat semakan arah kiblat ialah :

1. Elakkan daripada menggunakan kompas magnetik dalam bangunan yang berkonkrit.
2. Elakkan juga daripada saliran arus elektrik.
3. Elakkan daripada bahan - bahan yang mempunyai tarikan magnet contoh besi, stil dan sebagainya.

Saranan :

1. Hendaklah membuat semakan arah kiblat dengan menggunakan kompas di luar bangunan masjid atau surau. Bagi masjid atau surau yang bukan konkrit bangunannya bolehlah semak arah kiblat dengan kompas di dalamnya tapi di luar adalah lebih baik.

2. Nak buat bangunan masjid dan surau, jika di Sabah sudah ada garis panduannya cuma kena rujuk kepada pihak berwajib seperti Pejabat Mufti.

Ust. Syaaban

Mudah-mudahan dengan sedikit penjelasan dan perkongsian ilmu ini akan dapat merungkaikan sedikit masalah dalam kita membuat semakan atau penentuan arah kiblat. Arah kiblat adalah salah satu syarat sah solat maka sedikit ilmu falak yang dikongsi ini akan menambahkan lagi keyakinan kita dan memudahkan kita dalam memperhambakan diri kepada Allah SWT.

Waallahu'alam.

0 ulasan:

Catat Komen