Khamis, Oktober 08, 2009

Banjir dan Kemalangan

Bismillah...

Banjir

07hb September 2009 (rabu) saya punyai tugasan rasmi untuk pergi ke daerah Matunggong dan Kota Belud. Jarak dari Kota Kinabalu ke derah Matunggong kira - kira 130KM.

Jalan Tebobon dinaiki air

Saya bertolak ke Matunggong bersama rakan di Unit Falak Syarie Pejabat Mufti Negeri Sabah Ust. Mohd Salam dan Pilot kami Sdr Sulaiman menaiki kereta Ford 4x4 jam 9.30 pagi. Kami melalui jalan lama iaitu jalan Tebobon dan Telipok. Malangnya jalan tersebut dinaiki air dan banyak kenderaan - kenderaan kecil tidak dapat melalui jalan tersebut.

Kesesakan berlaku di trafik light puterajaya, telipok

Kemudian kami berpatah balik dan cuba melalui jalan Indah Permai menuju Jalan Sulaman. Rupa-rupanya jalan berhadapan dengan Stesen Janakuasa Melawa juga dinaiki air dan kenderaan - kenderaan kecil berpaking di tepi jalan. Alhamdulillah, kami bernasib baik kerana menggunakan kenderaan besar dapat melalui jalan tersebut untuk meneruskan perjalanan bagi kerja - kerja penentuan arah kiblat sebuah masjid baru di Kg. Pomonsukan, Matunggong dan semakan arah kiblat di Masjid Al-Hikmah, Kg. Pintasan, Kota Belud.

Jalan Melawa di naiki air

Pagi tadi melalui Buliten 7.30 TV3, apa yang terjadi kelmarin adalah kesan daripada ribut parma yang melanda di Filipin. Menyebabkan hujan berserta angin turun bermula malam kelmarin sehingga pagi di sekitar pantai barat Sabah iaitu di Kota Kinabalu, Putatan dan Papar. Tidak ada kemalangan jiwa dilaporkan dan hanya satu laporan mengenai kerosakan rumah kesan ribut tersebut di daerah Papar.

Kemalangan

Dalam perjalanan saya menuju ke Pejabat pada pagi ini, satu kemalangan telah berlaku di jalan Kota Kinabalu - Putatan. Kemalangan tersebut terjadi berdekatan dengan stesen keretapi Tg. Aru.


Membabitkan sebuah kereta Proton SAGA dan sebuah Produa VIVA. Saya kurang pasti sama ada kejadian ini berlaku ketika kereta - kerata tersebut menghala ke Putatan atau ke Kota Kinabalu.


Keadaan kenderaan tersebut pula kelihatan remuk di bahagian hadapan. Harap - harap tidak ada kemalangan jiwa. Kesan kemalangan tersebut maka berlakunya kesesakan lalu lintas menuju ke arah Putatan.


2 bentuk musibah di atas yang sering berlaku ke atas manusia. Cuma membezakan bila, kenapa, lokasi dan kesan ianya berlaku. Apa yang berlaku ini adalah peringatan untuk kita sebagai manusia supaya kerap-keraplah bermuhasabah. Jadinya banjir, mungkin disebabkan rakusnya pihak yang mengejar keuntungan dengan projek - projek besar sehingga soal- soal perparitan di abaikan atau tidak mengambil berat tentang pembinaan saliran air di tempat yang sering berlakunya banjir. Jadinya juga kemalangan, mungkin pemandu nak tunjuk hero dengan tidak menghiraukan undang - undang dan peraturan di jalanraya. Contohnya, memandu perlahan di lorong memotong. Ini juga menyebabkan pemandu lain naik angin. Jadi sama - samalah kita hitung diri setiap apa yang berlaku agar kita terselamat daripada musibah-musibah yang tak tau bila ianya akan muncul.

Wallahu'alam.

0 ulasan:

Catat Ulasan