Jumaat, Januari 22, 2010

KASINO DI PUTATAN

Bismillah....

Sumber : http://abunuha.wordpress.com


Sebut saja daerah Putatan, terbayang di kepala sebuah daerah yang majoriti penduduknya beragama Islam.

Dari Kg Petagas, ke Kg Ulu, sehingga Kg Ketiau, Kg Serigai, Kg Lembising dan Kg Lok Kawi Baru di hujung. Patah balik Kg Meruntum, Kg Sipanggil, Kg Pasir Putih, Kg Sri Pandan, Kg Linsuk Bersatu, Kg Tg Dumpil, Kg Contoh dan Kg Muhibbah, majoriti penduduknya beragama Islam.

Setiap kampung mempunyai masjid atau suraunya sendiri.

Begitu juga taman-taman perumahannya seperti Taman Pasir Putih, Teluk Villa, Taman Ketiau, Taman Bersatu, Taman Jumbo, Taman Union, Taman Friendship, dan lain-lain majoriti penduduknya beragama Islam.

Bak kata seorang sahabat, Putatan bagaikan jantung umat Islam di sebelah pantai barat.

Selain masjid dan surau yang berselerak dan bergerak aktif, Putatan juga dikaitkan dengan sejarah kewujudan USIA kerana persatuan Islam terawal lahir di sini, iaitu Persatuan Islam Putatan.

Di daerah ini juga bekas TYT pertama, Ketua Menteri ke-3 dan Yang Dipertua USIA pertama dikebumikan. Di sini juga dikebumikan Allahyarham Datuk Awang Sahari bekas Pengarah Dakwah USIA yang terkenal itu.

Di kawasan berhadapan dengan Pasaraya Servay Putatan, berdiri megah sebuah bangunan kasino.

Bangunan berwarna coklat bertulis Airways itu khabarkan akan beroperasi sedikit masa lagi. Baru-baru ini iklan untuk mencari pekerja khususnya sebagai pelayan sudah dibuka. Ini adalah khabar duka buat umat Islam.

Sebenarnya kalau yang tidak perasan, berdekatan simpang empat Putatan itu (simpang masuk ke Giant) memang ada sebuah bangunan lama Airways 2 aras mempunyai ruang untuk mesin slot judi dan cafe.

Maklumat yang saya terima dan selidiki, premis berkenaan akan berpindah ke bangunan baru yang 3 kali ganda lebih besar daripada bangunan lama. Maka itulah mereka memerlukan pekerja yang lebih ramai.

Dalam tinjauan saya ke bangunan lama Airways itu, memang ada dicatatkan larangan berjudi keatas orang Islam tetapi pekerja di sana memaklumkan kepada saya bahawa orang Islam kerap ke sana dan memaksa mereka agar dibenarkan masuk untuk bermain mesin slot judi.

Berdekatan dengan kasino ini, ada beberapa buah masjid dan surau.

Masjid Kg Sipanggil, Masjid Daerah (yang sedang dibina), Masjid Jamek Kg Ulu Putatan, Surau Kg Tebongan, Surau Kg Sailan dan Masjid Kg Ketiau. Rasa saya jika kesemuanya melaungkan azan akan kedengaran hingga ke kawasan kasino ini.

Di Putatan, ada Bangunan Balai Cerap milik Pejabat Mufti. Di Putatan, ramai Yang Berhormat bermastautin di sini. Timbalan Ketua Menteri & ADUN Petagas, Ahli Parlimen Sipitang, ADUN Pantai Manis Papar.

Di Putatan ramai ketua jabatan dan para alim ulama tinggal. Mayor, Mufti, Pengarah SIRIM, Pengarah Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri Sabah. Di Putatan ada UMNO Bahagian, ada PKR Cabang dan PAS Kawasan. Tolonglah.

Dahulu di bangunan lama Airways mungkin tidak ramai tahu dan perasan. Kini ia benar-benar di laluan utama masyarakat hendak membeli belah di bangunan pasaraya Servay dan jalan pintas ke Kg Ulu Putatan.

Putatan majoriti umat Islam, apa perlunya kasino itu yang bakal merosakkan generasi masyarakat?

Kalau umat Islam di Putatan tidak melakukan sebarang usaha untuk menentangnya, atau tiada langsung sekelumit perasaan benci dan marah kepada perkara mungkar, maka terpulanglah kepada Allah untuk memutuskan urusanNya.

Wallahi, saya akan melaksanakan kempen untuk menentangnya.

Tinta albelurani :

Sememangnya darah dalam tubuh ni menggelegak dengan kemunculan pusat maksiat di daerah Putatan. Bukan itu sahaja, malah saya dapati satu lagi pusat maksiat iaitu sebaris dengan jalan masuk ke Bank Simpanan Nasional (BSN) sudah bertapak sekian lama.

Sememangnya Putatan dikenali sebagai kawasan orang Islam namun mudah dibolosi dengan adanya pusat - pusat mungkar dan maksiat sudah pasti ini adalah strategik halus musuh Islam yang akan menghancurkan generasi belia - belia ataupun beliau - beliau Islam di daerah ini. Harap pihak berwajib yang saya yakin rata-ratanya adalah orang Islam sewajibnya menyedari perkara ini dan ambil tindakan sewajarnya.

Sekiranya anda beralasan "ala pusat - pusat maksiat tu hanya untuk orang bukan Islam " adakah anda jamin bahawa orang Islam tidak akan memasukinya. Sudah pasti tiada jaminan untuk itu.

Ayuh! bertindak apa yang perlu agar mereka sedar ( orang yang memusuhi Islam ) bahawa orang Islam tidak semudah itu untuk diperkuda-kudakan.

4 ulasan:

Awanama berkata...

Ya Allah. ingatkan bangunan tu dewan masyarakat bagi perumahan yang berdekatan, kononnya dalam tu ada surau. tak sangka pula kasino. Masyallah. ni kena benteras ni. kalau di biarkan, akan ada pula lagi nanti pub atau kelab malam kat putatan ni. Masyallah...

albelurani berkata...

mungkin ada idea macam mana kita boleh bertindak...

Awanama berkata...

untuk makluman kelab tu namanya je airways tapi berselindung di bawah lesen kelab scuba kota kinabalu.Tapi operate judi.

Awanama berkata...

Kepada sesiapa sahaja yg memberi lesen kepada premis ini, sekiranya dia beragama Islam, InsyaAllah, akan mendapat laknat, didunia dan akhirat... Na'uzubillahi minzdaalik..

Catat Komen