Khamis, Julai 07, 2011

Ceramah Isra dan Mi'raj


Bismillah...

Bersempena bulan rejab yang tersingkap satu peristiwa anugerah Allah swt kpd hambaNya Muhammad saw iaitu peristiwa Isra' dan Mi'raj yang merupakan salah satu mukjizat nabi saw menguji keimanan dan jauh dari sudut kemampuan aqal untuk menyingkap kerelevannya.

Undangan telah saya penuhi di beberapa lokasi, bermula jemputan daripada Jabatan Perkhidmatan Komputer Negeri Sabah, Ibu Pejabat Polis Kepayan dan Kota Kinabalu. Hikmah dan ibrah daripada kisah peristiwa ini dijelaskan dan terlalu banyak ibrahnya melalui peristiwa ini tetapi saya telah menyentuh ibrah seperti yang dijelaskan oleh Syekh Daud al-Fathoni dalam kitabnya Kifayah alMuhtaj mengenai beberapa perkara yang telah dipertontonkan kepada nabi saw.

SOLAT adalah ibrah terbesar dalam peristiwa ini, oleh itu saya lebih menjelaskan tentang kewajipan solat;

1. Mafhum hadis nabi saw mengenai solat itu adalah penghapus dosa sebagaimana seseorang yang mandi sebanyak 5 kali disungai berhadapan pintu rumahnya.

2. Surah al-Ankabut ayat 45 mafhumnya bahawa intipati bagi mereka yang mengerjakan solat adalah dijauhkan daripada melakukan kejahatan dan kemungkaran.

3. Ibn Mas'ud berkata: barangasiapa yang meninggalkan solat maka tidak ada agama baginya.

4. Abu Darda' berkata ; tiada iman bagi mereka yang tidak solat.

Oleh itu, solat adalah perkara asas bagi orang Islam yang tiada alasan untuk ditinggalkan. Jika hendak melihat kesejahteraan masyarakat dan negara kita maka lihatlah solat mereka... Jika ramai yang tidak solat maka tidak hairanlah jika anda mendengar kes buang bayi, rasuah, zina berleluasa, dan pelbagai lagi masalah sosial di sekeliling kita.

Jom perkasakan solat pastikan anak2 sanak saudara kita mendirikan solat agar kita selamat daripada bala dan bencana sebagai azab daripada sang pencipta.

Waallahualam, barakaAllahu fikum.








1 ulasan:

Al Mahadaya berkata...

Hamba menjunjung titah tuhan membawa kebenaran dan perjuangan menegakkan kerajan tuhan di akhir zaman. Sesungguhnya kebanyakan manusia di dlm kelalaian dan kejahilan. Apabila yg haq ditegakkan maka kebathilan pasti lenyap. mahadaya-asalama.blogspot.com

Catat Komen