Selasa, Februari 22, 2011

Falak : PLKN Kota Belud

Bismillah...


Arahan yang datang tidak sampai 24 jam menghendaki saya berceramah mengenai ilmu falak di PLKN Kota Belud. Jadual asal majlis ini akan diadakan pada 14 Februari 2011 ( Isnin ) namun ianya dicepatkan pada 12 Februari. Saya dimaklumkan pada petang sehari majlis ini bermula.

Tajuk diberikan mengenai dengan ilmu falak. Ilmu falak ini agak umum. Walau bagaimanapun, dalam ceramah tersebut saya cuba menjelaskan dengan ringkas mengenai arah kiblat, cerapan (rukyah) anak bulan dan waktu solat dengan tempoh masa hanya 2 jam. Slide sempat juga saya sediakan.

Ketibaan kami disambut oleh komanden PLKN bersama kakitangan di sana. Saya dipahamkan jumlah keseluruhan pelatih adalah seramai 315 orang yang terdiri daripada pelbagai agama yang datang dari negeri - negeri seluruh Malaysia.

Ceramah bermula di hadapan pelatih - pelatih termasuk para kakitangan yang diketuai Komanden. Ilmu falak diperkenalkan dengan menghuraikan maksud ilmu falak berdasarkan definasi “ Ilmu falak ialah Salah satu cabang ilmu sains tabie yang mengkaji tentang perjalanan badan – badan cekerawala seperti bumi, bulan, matahari dan bintang – bintang “.

Melalui definasi tersebut huraian saya dikaitkan dengan cerapan anak bulan , arah kiblat dan taqwim. Huraian dan penerangan hanya secara umum sebagai pengenalan ilmu falak yang memakan masa hampir 2 jam. Diakhir ceramah saya menayangkan simulasi cerapan bagi menguji pskologi dan mental para pelatih sebagai persediaan seorang pencerap. Sedikit praktikal bersama peralatan yang kami bawa seperti tedeolit dan kompas prasmatik.

Alhamdulillah, 2 jam lebih saya bersama mereka amat menyeronokkan di samping mendengar beberapa kisah dan cerita komanden mengenai PLKN Kota Belud. Di samping itu, promosi untuk kunjungan ke Balai Cerap al-Biruni turut saya jelaskan kepada mereka untuk aktiviti cerapan (rukyah bulanan). Komanden amat berminat untuk mengikuti rukyah hilal rabi'ulakhir akan datang dan mereka akan mengutus surat bagi maksud tersebut. Ahlan wa sahlan...







1 ulasan:

مسافر_اسلام berkata...

Assalammualaikom wtb Ustaz.
Khaifahaluka? Allhamdullah dapat ana ziarah kembali di sini. Ana pun tak berapa faham tentang kerja Tuan, yang mana ana tahu. KIra bulan islam dan tgk anak bulan shj.

InsyaAllah dilain N3 nanti boleh post cerita menarik yang tuan alamai ketika berkeja dan cara tuan mendapatkan taqwim.

JazakaAllah

Catat Ulasan