Sabtu, Februari 13, 2010

Nur Nazifah - Ust. Qahiru

Bismillah...

Satu lagi anugerah Allah SWT berikan kepada sahabat seusrah Ust. Qahiru apabila beliau dikurniakan anak yang ke - 4 pada 23 Januari 2010 lalu.

Seminggu selepas itu beliau menjemput ke rumah acara tahnik atau belah mulut (istilah kelantan) anaknya. Sempena itu juga ahli usrah berusrah dirumahnya.

Sebenarnya entri ini ingin dimuatkan setelah selesai majlis tersebut tapi apakan daya banyak halangan ditambah lagi dengan cubaan kesihatan yang tidak mengizinkan.

Apa pun albelurani sekeluarga mengucapkan tahniah dan mudah-mudahan anak ini menjadi anak yang solehah.

Saya sertakan gambar untuk tatapan juga untuk Ust. Qahiru :





Kiblat - Masjid Kg. Tenambak, Kuala Penyu



Bismillah...


Pada 02 Februari 2010 /17 Safar 1431H (selasa) yang lalu saya telah bermusafir ke daerah Kuala Penyu yang jaraknya tidak kurang 100KM dari Kota Kinabalu.

Tujuan adalah menentusahkan arah kiblat Masjid baru yang dibina di Kg. Tenambak mungkin jaraknya dalam 4KM dari pekan Kuala Penyu.

Kehadiran kami disambut oleh imam Qariah di sana dan pihak pemohon pula hadir setelah hampir sejam setengah menunggu. Kelihatan masjid yang baru dibina hampir 70% telah siap.

Lokasi masjid yang baru dibina ini adalah berhampiran dengan masjid yang sedia ada dan juga sebuah sekolah Kebangsaan dikampung tersebut.

Masjid lama

Seperti yang dimaklumkan oleh imam qariah bahawa mojiriti penduduk di sini adalah beragama Islam. Aktiviti yang dijalankan di masjid tersebut juga aktif namun ada juga rungutan daripada imam qariah bahawa kehadiran untuk solat fardhu kurang memuaskan.


Arah kiblat bagi masjid baru tersebut didapati tepat sepertimana pihak pemohon telah mengikuti garis panduan yang telah sediakan.

Koordinat masjid tersebut adalah Latitud : 36' 9.3" dan Longitud : 115˚ 35' 5.22". Azimut arah kiblat ke mekah adalah 290˚ 42' 31.9".

Dikhabarkan juga kos pembinaan masjid tersebut sebanyak RM 401,298.00 yang dibangunkan oleh Kontraktor ZR Enterprise.

Mudah-mudahan masjid yang dibina dengan kos sebanyak itu berbaloi dengan kemantapan aktiviti yang bakal dilaksanakan oleh AJK Masjid dan kehadiran jemaah ke masjid tersebut.

Jumaat, Februari 12, 2010

LIWAT - Dr. Yusof Al-Qardhawi

Bismillah...

Tertarik saya dengan kenyataan ini :

" Anwar juga berkata kes perbicaraan liwat ke atasnya itu turut mendapat perhatian pemimpin ulama dunia, Dr Yusoff Qardawi yang telah menelefonnya berhubung perkara itu.

"Dia suruh saya bangkit dari tidur dan duduk di sejadah. Saya tanya kenapa, beliau jawab 10,000 orang pada masa itu dalam satu perhimpunan majlis zikir yang sedang berdoa untuk saudara," katanya lagi ".

( Sumber : http://www.malaysiakini.com/news/124312 )


Kekadang kita buntu mencari jalan penyelesaian dalam situasi nyawa, harta, maruah, keluarga dan segala-galanya terancam dan dizalimi. Namun segala-galanya juga itulah fitrah bagi mereka inginkan kebenaran dan keadilan ditegakkan.

Tersentuh diri ini apabila seorang ulama menasihati sedemikian. Sudah pasti orang yang mengalami situasi itu lagi berat bebannya berbanding selainnya. Ibarat orang sakit yang menanggung beban kesakitannya berbanding orang yang datang berziarah dan mengubatinya.

Moga bermanfaat dan kembalilah kepada Allah Rabbul Jalil.

Isnin, Februari 01, 2010

MENGUBAT DEMAM PANAS

Bismillah...

MENGUBAT DEMAM PANAS petikan daripada kitab 101 doa hadis sahih terbitan Telaga Biru dn Bhd

بسمِ اللـًّهِ الْكِبـيْرِ ، نَعُوذُ باللَّـهِ الْعَظِيـْمِ مِنْ شَرِّ عِرقٍ نَعَّارٍ ،
وَمِنْ شَرِّ حَرِّ النَّـارِ


Maksudnya : “Dengan nama Allah yang maha Besar, kami memohon perlindungan dengan Allah yang Maha Agung dari kejahatan urat dan kejahatan kepanasan api ” .

Keterangan & Petua Beramal

Menurut al-Imam Al-Zahabi, Ibn Abbas r.huma berkata bahawa Nabi s.a.w mengajar doa ini agar dibacakan bila ditimpa demam panas.

Menurut sebuah hadith yang dikemukakan dalam sahih Al-Bukhari dan Muslim, Asma` r.ha telah menuangkan air kepada seorang perempuan yang ditimpa demam.Beliau telah mengatakan bahawa Nabi s.a.w telah bersabda : “ Sejukkanlah dia dengan air”.

Dipetik dari FB Ust. Zahazan

Moga bermanfaat.

KETUAT - petua

Bismillah..

Mengikut sumber di sini Ketuat merupakan sejenis penyakit kulit yang mana kawasan yang dijangkiti akan timbul dan menjadi keras. Ketuat adalah disebabkan virus dan mampu menjangkiti orang lain sekiranya dibiarkan berlarutan.

Ketuat adalah disebabkan oleh virus Human Papilloma (HPV). Ketuat boleh merebak melalui sentuhan. Mana-mana bahagian kulit yang dijangkiti akan bengkak, menjadi kasar dan keras. Kawasan yang sering dijangkiti adalah tangan, jari,dan kaki. Mereka yang mempunyai masalah kurang daya tahan diri seperti mengidap HIV atau sistem pertahanan kulit yang lemah seperti ekzema, atau tidak menjaga kebersihan diri lebih mudah dijangkiti jangkitan ketuat.

Jika mengikut pengalaman saya dan mungkin juga boleh diistilahkan sebagai cara rawatan tradisional adalah :

1. Ambil seulas bawang putih sederhana besarnya dan hiris ditengahnya.

2. kemudian gosokkan di tempat tumbuhnya ketuat. Digosokkan sehingga keluar darah dan jangan berhenti sehinggahlah ia tertanggal. kalau takut darah, gosokklah sambil tutup mata.

3. InsyaAllah, ketuat itu tertanggal sekali dengan akarnya dan ia tidak akan tumbuh semula. Kalau tumbuh pun di tempat lain.

Hebatnya bawang putih yang Allah SWT jadikan. Bukan setakat digunakan untuk dimakan bahkan ia juga boleh digunakan sebagai penawar.

Cubalah, itupun bagi mereka yang ditumbuhi ketuat, kalau tak ada sampai-sampaikan kepada mereka yang berkenaan. oooo... mereka yang ditumbuhi bisul pun boleh cuba kaedah ini.

Selamat mencuba moga bermanfaat.

Lelaki, Kucing & Ahli sufi

Bismillah...

Telah datang seorang ahli sufi di hadapan rumah seorang lelaki. Ahli sufi itu terkejut apabila mendapati lelaki itu sedang memukul seekor kucing. Ahli sufi bertanya kepada lelaki tersebut "kenapa kamu pukul kucing yg lemah ini??"

Jawab lelaki tersebut "aku telah menjumpainya di sebuah lorong ketika ia dalam keadaan yg tersangat lemah dan kesejukan, kemudian aku mengambilnya dan memberinya makanan serta minuman. Aku pelihara sehingga ia benar-benar sihat, tetapi apabila sihat, ia membuang najis di merata tempat di rumahku"

Kemudian berkatalah ahli sufi "Ini sebenarnya peringatan & tamsilan antara kita dgn Allah. Dia telah memelihara kita sejak dari kecil yang tersangat lemah dan dhaif, lalu Allah beri kita makan, pakaian dan segala-galanya tetapi setelah begitu banyak kebaikan dan nikmat Allah yg kita kecapi, kita derhaka kepadaNYA. Lihatlah betapa baiknya dan rahmatnya Allah, walaupun kita derhaka kepadaNYA, Dia masih belum menyiksa atau memukul kita dengan azabNYA."

Kemudian beredarlah ahli sufi dan beristighfarlah lelaki tersebut kerana mengenangkan dosa-dosanya terhadap Allah. Jika ia lambat diperingatkan oleh ahli sufi itu, sudah tentu dipertanggungjawabkan atas kesalahannya di mahkamah Allah kelak kerana percubaan mendera kucingnya......

Moralnya :

1. Bersyukurlah segala pemberian atau apa yang ada yang Allah SWT kurniakan.

2. Sayangilah makhluk Allah yang lain agar Allah juga menyayangi kita.

3. Sekuat mana pun kita hakikatnya kita adalah yang lemah di sisi Allah SWT. Maka tidak sewajarnya kita mendabik dada samaada di hadapan sesama makhluk apatah lagi di depan KHALIQ (pencipta).

Sekadar peringatan moga bermanfaat.

Waallahua'alam.

Sabtu, Januari 30, 2010

Planet Marikh

Bismillah...


Planet Marikh mengiringi bulan perigee. Anda akan dapat lihat sebuah objek seperti bintang yang amat cerah berwarna oren-kemerahan menyinari langit di kawasan langit tersebut berhampiran dengan bulan.

Itulah planet Marikh, planet ke-4 di dalam sistem suria kita dan berada pada kedudukan Istiqbal dengan Bumi.

Istiqbal merupakan satu keadaan di mana planet-planet yang berada di dalam orbit yang lebih jauh daripada Bumi, berada pada kedudukan sederet relatif kepada Bumi dan Matahari. Di dalam kes ini, Marikh-Bumi-Matahari akan berada pada satu garisan yang hampir lurus. Ini bermaknanya, sebaik sahaja matahari terbenam, Marikh akan terbit.

Pusingan planet Marikh (atau juga dikenali sebagai planet Merah) bagi setiap kedudukan istiqbal ialah setiap 26 bulan.

Ketika ini, Marikh akan berada paling hampir dengan Bumi, dan kita akan dapat melihat ciri-ciri permukaannya dengan begitu jelas dan mudah.

Namun, disebabkan orbit Marikh dan Bumi tidak seragam jauhnya daripada Matahari, maka jarak Marikh-Bumi bagi setiap kejadian istiqbal berbeza-beza. Jika anda masih ingat, tahun 2003 yang mana ketika itu Marikh berada pada jarak yang paling hampir dengan Bumi jika dibandingkan dengan kedudukan istiqbal yang lain.

Kali ini, Marikh tidaklah berada amat hampir tetapi mencukupi untuknya bersinar dengan cerah dan menarik perhatian kita. Kiraan falak menunjukkan kecerahan hampir menyamai kecerahan bintang paling cerah di langit, iaitu bintang Sirius.

Oleh itu, jangan lepaskan peluang untuk menorobos Marikh di sepanjang bulan Januari dan Februari ini!

Sumber :

Jom Menorobos Bulan

Bismillah...

sebelum ini saya ada khabarkan mengenai dengan fenomena bulan perigee yang mana kedudukan bulan lebih hampir dengan bumi dan kesannya cahaya bulan terang benderang daripada biasa.

Keadaan ini pula diindahkan lagi dengan kecerahan planet marikh yang menghampiri sang bulan. Subhanaallah, alhamdulillah, Allahuakbar.

Hari ini 14 Safar 1431H/30 Januari 2010 bulan sedang mengembang sudah pasti fenomena ini jelas kelihatan jika cuaca baik. Ayuh menorobos bulan dan marikh moga hati kita melihatnya dengan membesarkan Allah SWT.

Jom menorobos...

Jumaat, Januari 29, 2010

Minyak Kelantan

Bismillah...


Sungguh hairan dengan senario pemerintahan di Kelantan dan saya yakin tidak sama dengan negeri - negeri lain.

Dikhabarkan satu majlis, dimulakan dengan solat maghrib berjemaah dan solat isyak kemudian solat hajat yang diimami sendiri oleh menteri besarnya bersempena dengan tuntutan royalti minyak oleh Kerajaan Kelantan. Di pentas ini juga bekas Pengerusi Petronas, Tengku Razaleigh Hamzah turut berceramah. Berita lanjut klik di sini.

Kehadiran rakyat kelantan yang begitu ramai untuk mengetahui apa cerita sebenarnya royalti minyak yang dituntut oleh Kerajaan kelantan daripada Kerajaan Pusat yang sememangnya itu adalah hak kelantan.

Mereka hadir dengan rela hati tanpa ada disediakan bas atau pengangkutan free atau sebarang ganjaran berbentuk wang di atas kehadiran mereka itu. Bahkan berjayanya pimpinan Tok Guru mentarbiyyah rakyat Kelantan dengan membawa rakyat Kelantan bergantung harap dengan Allah SWT apa jua bentuk tekanan, penafian hak rakyat Kelantan dan sebagainya.

Segala-galanya mereka kembalikan urusan kepada Allah SWT dengan cara pemimpin serta rakyat jelata menadah tangan memohon bantuan Allah SWT. Walau apa pun bentuk tekanan, fitnah dan penafian hak bagi rakyat Kelantan oleh pihak - pihak tertentu, Kelantan tetap berdiri teguh di bawah naungan Allah SWT kerana Pemimpin dan rakyat jelatanya takut akan Allah SWT dalam memenuhi syarat Pemimpin dan Rakyat yang BERIMAN dan BERTAQWA kepada Allah SWT.

وَلَوْ أَنَّ أَهْلَ الْقُرَى آَمَنُوا وَاتَّقَوْا لَفَتَحْنَا عَلَيْهِمْ بَرَكَاتٍ مِنَ السَّمَاءِ وَالْأَرْضِ وَلَكِنْ كَذَّبُوا فَأَخَذْنَاهُمْ بِمَا كَانُوا يَكْسِبُونَ

" Jikalau sekiranya penduduk - penduduk negeri itu BERIMAN dan BERTAQWA, pastilah kami akan melimpahkan kepada mereka berkat dari langit dan bumi, tetapi mereka mendustakan (ayat-ayat kami) itu, maka kami seksa mereka disebabkan perbuatannya".
(al-a'araf ayat 96 )

Waallahua'alam.

Bulan PERIGEE

Bismillah...


Hari ini 29 Januari 2010 ( jumaat ) bersamaan 13 Safar 1431H mungkin anda dapat saksikan bagaimana bulan berbentuk PERIGEE.

Apa yang dimaksudkan bulan perigee ? bulan perigee bermaksud ia pada jarak yang paling hampir dengan bumi di dalam orbit sebulannya.

Oleh itu, jangan rasa pelik jika Bulan Purnama yang kelihatan malam ini nampak macam besar sikit, kerana ia memang pun agak besar, iaitu 14% lebih besar dan 30% lebih terang!

Bonus bagi kita semua, Marikh akan berada hampir dengan Bulan, dan kebetulan juga ia berada di posisi Istqibalnya untuk tahun 2010.

Amat menarik kerana ia boleh dikatakan sebagai fenomena 2 dalam 1, di dalam satu malam/tarikh yang sama.

Satu lagi tanda kebesaran Allah SWT. Oleh itu, tengok - tengoklah ke langit malam ini jika cuaca baik dengan munculnya bulan sama ada dengan mata kasar atau dengan menggunakan peralatan seperti teleskop dan berzikirlah agar kita lebih hampir kepadaNYA.

Rujukan :

http://www.falak-online.net/portalfalak/content/28/1/2010/bulan-perigee-lagi-marikh-pun-nak-ikut-sekali