Rabu, Mei 26, 2010

Wacana Pendidikan Fatwa Peringkat Negeri Sabah 2010/1431H

Bismillah...

27 Mei 2010 hari khamis akan berlangsungnya wacana ini yang julung - julung kali diadakan di negeri Sabah khususnya anjuran Pejabat Mufti Negeri Sabah.

Penyertaannya adalah di kalangan kakitangan kerajaan, swasta, badan berkanun, NGO'S, para mahasiswa/wi IPTA Awam dan Swasta, pelajar - pelajar sekolah, guru - guru, para imam, pengerak - pengerak dakwah, AJK Masjid sekitar Kota Kinabalu dan orang perseorangan yang berminat. Setakat ini penyertaan telah mencecah 700 orang lebih peserta menghampiri jumlah sasaran iaitu seramai 900 orang.

Diadakan di Kompleks Tabung Haji, Kota Kinabalu. Turut dirasmikan oleh Mufti Kerajaan Negeri Sabah di samping beberapa pembentangan kertas kerja oleh pembentang dikalangan ahli akademik mengikut kepakaran bersesuaian dengan tajuk yang bakal mereka bentangkan.

Wacana ini dibahagikan 2 slot.

Slot pertama seperti berikut :


Moderator : Al-Fadhil Ust. Sarip Adul,
Pensyarah UMS dan
Ahli Jawtankuasa Majlis Fatwa Negeri Sabah.

Pembentang Kertas Kerja 1 :

Y.Bhg Prof. Madya Dr. Harlina Halizah Siraj,
Pakar Perunding Obstetrik & Ginekologi Jabatan Pendidikan Perubatan Pusat Perubatan, Universiti Kebangsaan Malaysia
.

Tajuk : Isu Kehamilan Luar Nikah : Situasi Terkini dalam Masyarakat dan kesannya pada generasi umat Islam.

Pembentang Kertas Kerja 2 :

Y.Bhg Prof. Madya Datin Dr. Paizah Hj. Ismail, Ahli Jawatankuasa Fatwa MKI
, Tajuk : Hukum Menggugurkan Kandungan.

Slot kedua :

Moderator : Y.Bhg Ust. Bungsu @ Aziz bin Jaafar juga merupakan Ahli Jawatankuasa Majlis Fatwa Negeri Sabah.

Pembentang kertas Kerja 3 :
Y.Bhg Dr. Abd. Hayei Bin Abd. Shukor, Ahli Jawatankuasa Fatwa MKI
,
Tajuk : Amalan Khurafat dan Penggunaan Jin Daam Masyarakat Islam.


Hari ini para urusetia dan ajk pelaksana telah mengadakan lawatan ke lokasi wacana diadakan bagi memastikan segalanya tersedia dengan sesempurnaan yang mungkin.

Mudah-mudahan ianya terlaksana dengan jayanya....insyaAllah.

Imej - imej yang sempat dirakam ketika tinjauan di lokasi :

Perbincanganbersama pegawai daripada Jabatan Komputer Negeri Sabah

Timbalan Mufti Ust. Mohd. Ariffin Ali membincangkan sesuatu bersama pegawai Bahagian Protokol.

Setiausaha kerja wacana ini (Ust. Moktar) tengah menunjukkan sesuatu kepada pegawai JPKN

Mengatur tempat duduk VIP

Wa...ni 3 orang kuat yang turut bertungkus lumus memastikan wacana ini berjalan lancar.

0 ulasan:

Catat Komen