Isnin, Mei 10, 2010

Lagi Cerita Judi

Bismillah...


Akhbar Harian Ekspres merupakan akhbar kebangsaan bebas di wilayah timur (Sabah) bertarikh 07 Mei 2010 bersamaan 22 Jamadilawwal 1431H (jumaat) telah memaparkan dengan jelas dan tanpa berselindung yang mana Syarikat SPORT TOTO Sdn Bhd telah memperuntukkan sejumlah dana bagi pembangunan sukan di Malaysia yang bernilai lebih RM10 juta setahun yang disumbangkan kepada Majlis Sukan Negara (MSN).

Apa sudah jadi? perkara ini tidak boleh dibiarkan.. semua pihak kena berusaha agar perkara ini tidak berlaku walaupun usaha kita hanya sedikit sekurang - kurangnya tanggungjawab kita dalam membenteras mungkar dan maksiat ini terus dipergiat.

Bagaimana umat Islam yang berkecimpung di arena sukan? kenyataan ini akan menimbulkan lagi beberapa persoalan yang perlu ditangani segera.

Di mana golongan yang mengatakan negara ini negara Islam tapi perkara mungkar dan maksiat seperti ini sedang berlaku?.....

0 ulasan:

Catat Komen