Sabtu, Mei 22, 2010

Awan

Bismillah...

Apabila melintasi sebuah taman perumahan dalam perjalanan balik dari pejabat, saya terpegun melihat keadaan awan yang cukup menakjubkan.

Kepulan dan tompokan awan di celah -celahnya terpancar sinar mentari membuatkan hati berkata SUBHANAALLAH, ALHAMDULILLAH, ALLAHUAKBAR.

Begitulah kehebatan Allah yang maha Agong, jika kita melihat akan segala ciptaannya nescaya kita akan teruja dengan kehebatan Allah SWT.

Jika dilihat dari segi ilmu falak, bab awan ini juga ada diperkatakan kerana semasa aktiviti cerapan terutamanya aktiviti cerapan hilal (anak bulan) maka ahli - ahli rukyah akan sentiasa memerhati ufuk dan melihat formasi awan yang terbentuk.

Keberhasilan sesuatu cerapan juga bergantung dengan keadaan ufuk di antaranya faktor pembentukan awan. Awan terbahagi kepada beberapa bahagian seperti berikut (1) :

1. Awan Rendah

- terdiri dari awan Stratokumulus, awan Nimbostratus dan awan Stratus.
- terletak kurang daripada 3000 meter dari muka bumi.
- Awan Stratokumulus kelihatan kasar.
- Awan Nimbostratus gelap dan mempunyai lapisan-lapisan jelas dan dikenali juga sebagai awan hujan
- Awan Stratus sangat rendah, tebal dan berwarna kelabu.

2. Awan Sederhana Tinggi

- tediri dari awan Altokumulus dan Altostratus.
- letaknya antara 3000 hingga 6000 meter dari muka bumi
- Awan Altokumulus berkepul-kepul, tidak rata dan berlapis.Awan itu menandakan keadaan cuaca yang baik.
- Awan Altostratus lebih padat, berwarna kelabu dan kelihatan seperti air.

3. Awan Tinggi

- terdiri dari awan Sirus, Sirokumulus dan Sirostratus
- Awan Sirus kelihatan seperti kapas tipis dan awan ini menunjukkan cuaca agak cerah.
- Awan Sirokumulus kelihatan seperti sisik ikan.
- Awan Sirostratus ialah awan putih yang tipis

4. Awan yang Tinggi ke Atas

- terdiri dari awan Kumulus dan awan Kumulonimbus.
- letaknya kira-kira 6000 hingga 9000 meter dari muka bumi.
- Awan Kumulus terbentuk kelompok-kelompok bulat
- Awan Kumulonimbus berbentuk kelompok-kelompok besar. Kelompok-kelompok yang berwarna putih dan hitam ini mempunyai bentuk dan rupa yang beranekaragam. Awan membawa hujan yang disertai dengan kilat dan petir.

Jika diperhatikan imej yang sempat saya rakamkan ini maka awan tersebut bolehlah diketogerikan sebagai awan yang tinggi ke atas iaitu satu pandangan jarak dekat awan Kumulus Kongestus atau stratokumulus yang sedang berkembang aktif pada lewat pagi dan awal petang disebabkan pemanasan permukaan tanah dan perolakan. Awan-awan itu kelihatan seperti ‘popcorns’ dengan tepian nyata(clear outline).

Warnanya putih pada puncak kerana semua gelombang sinar suria dipantulkan pada kadar yang sama. Warna gelap itu disebabkan oleh penembusan terhad sinar suria dan juga kadar serapan yang bertambah terhadap gelombang selebihnya kerana titisan air besar.

Dengan kandungan kelembapan dan penaikan udara mencukupi, awan-awan ini tumbuh tinggi dan menghasilkan hujan panas. Dalam keadaan ketidakstabilan udara yang mendalam, ribut petir berlaku pada waktu petang atau lewat petang (2).






Pembentukan pelangi :




Sumber :

(1) http://oeank.multiply.com/journal/item/12
(2) http://sklaloh.kelantan.edu.my/awan2.htm


0 ulasan:

Catat Ulasan