Isnin, Mei 21, 2012

Gerhana Matahari Separa 21 Mei 2012

Bismillah...



[gambar menunjukkan gerhana matahari penuh dapat disaksikan Oleh penduduk di negara China, Taiwan, Jepun dan juga Amerika Syarikat

21,Mei 2012 satu lagi fenomena gerhana matahari separa dapat disaksikan. Beruntungnya apabila gerhana kali ini hanya dapat disaksikan bagi penduduk di Malaysia iaitu di Malaysia Timur ( Sabah dan Sarawak ).

Lokasi terbaik menyaksikan gerhana ini adalah di pantai timur Sabah. Namun bagi mereka yang berada di area Kota Kinabalu, gerhana bermula apabila masuknya waktu syuruk iaitu pada jam 6.00 pagi sehingga jam 6.52 pagi dan hanya mengambil masa selama 52 minit.

Pada tempoh masa tersebut seperti yang disyariatkan oleh islam, umat islam adalah disunatkan mengerjakan solat sunat gerhana matahari (khusuf). Hikmahnya adalah bagi memperingatkan kepada umat Islam agar dapat melihat gerhana ini sebagai tanda kekuasaan Allah SWT.




Dari segi teknikalnya, jika cuaca mengizinkan melalui cerapan yang akan dilaksanakan di Balai Cerap al-Biruni Negeri Sabah, Tg. Dumpil, Putatan, Kota Kinabalu, gerhana tersebut dapat dilihat pada jam 6.17 dengan ketinggian (altitud) matahari mencecah 02 darjah ini disebabkan arah ufuk terbitnya matahari sedikit terhalang oleh Gunung Kinabalu dan bukit bukau.




Amatlah diberi peringatan bahawa, melihat matahari secara terus tanpa ada sebarang filter ( penghalang iaitu alat digunakan utk melihat matahari ) boleh menyebabkan cacat penglihatan.

InsyaAllah, esok diharapkan umat Islam dapat menunaikan solat sunat gerhana walau tidak dapat melihat gerhana tersebut berdasarkan masa yang telah diberitahu seperti di atas.


- albelurani iPad

Location:Balai Cerap al-Biruni Negeri Sabah

0 ulasan:

Catat Komen