

Kita Allah Punya, Semua Yang Ada Allah Yang Punya, Mengapa Kita Sombong Memiliki Allah Punya, Bersyukurlah Kepada Allah dan Gunakanlah Nikmat Allah Itu Untuk Khidmat KepadaNya.
IBADAT | GANJARAN | DALIL |
PUASA 6 HARI DARI BULAN SYAWAL | GANJARAN PAHALA BERPUASA SETAHUN | Dari Abu Ayyub r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda:”Barangsiapa berpuasa dalam bulan Ramadhan kemudian mengikutinya dengan enam hari dari bulan Syawwal, maka ia adalah seperti berpuasa setahun penuh.”* (Riwayat Muslim)
|
MENYEMPURNAKAN WUDUK DAN MEMBACA أَشْهَدُ أنْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ الله ، وَأَشْهَد أَنَّ مُحَمَّداً عَبْدُهُ وَرَسُولُهُSELESAI BERWUDUK | DIBUKA LAPAN PINTU SYURGA DAN BOLEH MEMASUKI DARI MANA-MANA PINTU | Dari Umar bin al-Khaththab r.a. dari Nabi s.a.w.,sabdanya: “Tiada seorangpun dari engkau semua yang berwudhu’ lalu ia menyampaikan yakni menyempurnakan wudhu’nya, kemudian mengucapkan: Asyhadu alla ilaha illallah wahdahu la syarika lah, wa asyhadu anna Muhammadan ‘abduhu wa rasuluh, melainkan di-bukakanlah untuknya pintu syurga yang delapan buah banyaknya. la diperbolehkan masuk dari pintu manapun juga yang dikehendaki olehnya.” (Riwayat Muslim) |
SOLAT SUNAT SUBUH 2 RAKAAT | LEBIH BAIK DARI DUNIA DAN ISINYA | Dari Aisyah radhiallahu ‘anha pula dari Nabi s.a.w., sabdanya: “Dua rakaat sunnah fajar – yakni sebelum Subuh – adalah lebih baik nilainya daripada dunia dan apa saja yang ada di dalamnya ini -yakni dunia dan seisinya.” (Riwayat Muslim) |
SOLAT SUBUH DAN ASAR | SYURGA | Dari Abu Musa r.a. bahwasanya Rasulullah s.a.w.bersabda: “Barangsiapa yang bersembahyang shalat bardain – yakni shalat Subuh dan salat Asar, maka ia akan masuk syurga.” (Muttafaq ‘alaih)
|
BERZIKIR SELEPAS SUBUH SEHINGGA TERBIT MATAHARI | IBADAT HAJI DAN UMRAH | Diriwayatkan daripada Anas R.anhu katanya: Sesiapa yang solat subuh secara berjemaah, kemudian dia duduk mengingati Allah sehingga terbit matahari, kemudian dia mengerjakan solat sebanyak dua rakaat, dia akan mendapat pahala seperti pahala haji dan umrah, sempurna. Sempurna. sempurna . |
SOLAT BERJEMAAH | 27 KALI GANDA DARI SOLAT BERSENDIRIAN | Dari Ibnu Umar radhiallahu ‘anhuma bahwasanya kasulullah s.a.w. bersabda: “Shalat jamaah adalah lebih utama dari shalat fadz – yakni sendirian -dengan kelebihan duapuluh tujuh derajat.” (Muttafaq ‘alaih) |
SOLAT ISYAK DAN SUBUH BERJEMAAH | SOLAT ISYAK-PAHALA MENGHIDUPKAN SEPARUH MALAMSOLAT SUBUH-PAHALA MENGHIDUPAKAN SEPENUH MALAM | Dari Usman r.a., katanya: “Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:”Barangsiapa yang mengerjakan shalat Isya’ dengan jamaah, maka seolah-olah ia mendirikan shalat separuh malam dan barangsiapa yang mengerjakan shalat Subuh dengan jamaah, maka seolah-olah ia mendirikan shalat semalam suntuk.” (Riwayat Muslim) |
SOLAT SUNAT RAWATIB-2 RAKAAT SUBUH -2 RAKAAT SEBELUM DAN SELEPAS ZOHOR -2 RAKAAT SEBELUM ASAR -2 RAKAAT SELEPAS MAGHRIB -2 RAKAAT SEBELUM DAN SELEPAS ISYAK | DI BINA UNTUKNYA RUMAH DI SYURGA | Dari Ummul mu’minin yaitu Ummu Habibah yakni Ramlah binti Abu Sufyan radhiallahu ‘anhuma, katanya: “Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:”Tiada seorang hambapun yang Muslim yang bersembahyang karena Allah Ta’ala setiap hari dua belas rakaat sebagai shalat sunnah yang bukan diwajibkan, melainkan Allah akan mendirikan untuknya sebuah rumah dalam syurga, atau: melainkan untuknya akan didiri-kanlah sebuah rumah dalam syurga.” (Riwayat Muslim)
|
MEMBACA AL-QUR’AN | 1 HURUF 10 PAHALA | Dari Ibnu Mas’ud r.a., katanya: “Rasulullah s.a.w. bersabda: “Barangsiapa yang membaca sebuah huruf dari kitabullah -yakni al-Quran, maka ia memperoleh suatu kebaikan, sedang satu kebaikan itu akan dibalas dengan sepuluh kali lipat yang seperti itu. Saya tidak mengatakan bahwa alif lam mim itu satu huruf, tetapi alif adalah satu huruf, lam satu huruf dan mim juga satu huruf.”Diriwayatkan oleh Imam Termidzi dan ia mengatakan bahwa ini adalah Hadis hasan shahih.
|
BERSEDEKAH | 700 KALI GANDA | Bandingan (derma) orang-orang Yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih Yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa Yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurnia-Nya, lagi meliputi ilmu pengetahuan-Nya. Surah al-Baqarah 261 |
MENZIARAHI ORANG SAKIT | TEMPAT PENUAIAN BUAH-BUAHAN DI SYURGA DAN DI DOAKAN OLEH 70 RIBU MALAIKAT | Dari Ali r.a., katanya: “Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:”Tiada seorang Muslimpun yang meninjau saudaranya Muslim -yang sakit – di waktu pagi, melainkan ada tujuhpuluh ribu malaikat yang mendoakan padanya supaya memperoleh kerahmatan Tuhan sampai orang itu berada di waktu petang dan jikalau ia meninjaunya itu di waktu petang, maka ada tujuhpuluh ribu malaikat yang mendoakan padanya supaya ia memperoleh kerahmatan Tuhan sampai orang itu berada di waktu pagi.Juga orang tersebut akan memperoleh tempat buah-buahan yang sudah waktunya dituai di dalam syurga.” Diriwayatkan oleh Imam Termidzi dan ia mengatakan bahwa ini adalah Hadis hasan. Alkharif artinya ialah buah-buahan yang sudah waktunya dituai atau dipetik.
|
SOLAT JENAZAH DAN MENGIRINGI JENAZAH | SATU QIRAT DAN DUA QIRAT.QIRAT BERMAKSUD SATU BUKIT BESAR | Dari Abu Hurairah r.a., katanya: “Rasulullah s.a.w. bersabda:”Barangsiapa yang menyaksikan mayit sehingga ia disembahyangi – yakni ikut menyembahyangi pula, maka ia memperoleh pahala seqirath dan barangsiapa yang menyaksikan sehingga di kubur, maka ia memperoleh pahala dua qirath.” Beliau s.a.w. ditanya: “Seberapakah dua qirath itu?” Beliau s.a.w. menjawab: “Yaitu seperti dua gunung yang besar-besar.” (Muttafaq ‘alaih)
|
SOLAT DI MASJIDIL AQSA | 500 KALI GANDA | Sabda nabi saw:Kelebihan Solat didalam masjdil haram bersamaan dengan 100,000 solat (ditempat lain) , dan solat didalam masjidku ini (Masjid Madinah) bersamaan 1000 solat. Dan solat di masjid al-Aqsa bersamaan 500 solat)) riwayat tabrani |
SOLAT DI MASJID NABAWI | 1000 KALI GANDA | Sabda nabi s.a.w: Satu waktu sembahyang di masjidku adalah lebih baik dari mengerjakan sembahyang sebanyak seribu kali di masjid lain kecuali Masjidil Haram |
SOLAT DI MASJIDIL HARAM | 100000 KALI GANDA | Dari Jabir r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “ Satu sambahyang dimasjidku lebih afdhal daripada seribu sembahyang di masjid-masjid yang lain, kecuali masjidil Haram (dimekah): dan satu sembahyang di masjidil haram pula lebih afdhal daripada seratus ribu sembahyang di masjid-masjid yang lain.” HR Imam Ahmad |
UMRAH DI BULAN RAMADAN | SEPERTI MENGERJAKAN HAJI BERSAMA RASUL SAW | Dari Ibnu Abbas radhiallahu ‘anhuma bahwasanya Nabi s.a.w. bersabda:”Mengerjakan umrah dalam bulan Ramadhan itu menyamai pahalanya dengan sekali haji atau sekali haji beserta saya.” (Muttafaq ‘alaih)
|
HAJI MABRUR | SYURGA | Dari Abu Hurairah r.a. pula bahwasanya Rasulullah s.a.w. bersabda:Haji mabrur maka tidak ada balasan bagi yang melakukannya itu melainkan syurga.” (Muttafaq ‘alaih)
|
MEMBERI SALAM, MEMBERI MAKAN KEPADA ORANG YANG MEMERLUKAN DAN SOLAT DI TENGAH MALAM(TAHAJJUD) | SYURGA | Dari Abdullah bin Salam r.a. bahwasanya Nabi s.a.w. bersabda:”Hai sekalian manusia, ratakanlah salam, berikanlah makanan, bersembahyanglah di waktu malam sedang para manusia sedang tidur, maka engkau semua akan dapat memasuki syurga dengan selamat.” Diriwayatkan oleh-lmam Termidzi dan ia mengatakan bahwa ini adalah Hadis hasan shahih.
|
PUASA | ALLAH YANG MENENTUKANNYA | Diriwayatkan dari Abu Hurairah ra. ia berkata : Telah bersabda Rasulullah saw:“قال الله عز وجل: كل عمل ابن آدم له إلا الصوم فإنه لي وأنا أجزي به ، Setiap amal anak bani Adam adalah untuknya kecuali puasa, ia adalah untukku dan aku yang memberikan pahala dengannya. ( H.R : Al-BukharIyy dan Muslim) |
SOLAT TERAWIH | PENGAMPUNAN DOSA | Diriwayatkan dari Abu Hurairah, ia berkata :Adalah Rasulullah saw. menggalakkan qiyamullail (shalat malam ) di bulan Ramadhan tanpa memerintahkan secara wajib, maka beliau bersabda : Barang siapa yang shalat malam di bulan Ramadhan karena beriman dan mengharapkan pahala dari Allah, maka diampuni baginya dosanya yang telah lalu. ( H.R : Jama’ah ) |
LAILATUL QADAR | LEBIH BAIK DARI SERIBU BULAN | Firman Allah swt:3. malam Lailatul-Qadar lebih baik daripada seribu bulan. Surah al-Qadr
|
PUASA SUNAT HARI ARAFAH | DIAMPUNKAN DOSA TAHUN YANG LALU DAN TAHUN YANG AKAN DATANG | Dari Abu Qatadah r.a., katanya: “Rasulullah s.a.w. ditanya perihal berpuasa pada hari Arafah – yaitu tanggal 9 Zulhijjah. Beliau s.a.w. lalu bersabda: “Puasa pada hari itu dapat menutupi dosa pada tahun yang lampau serta tahun yang akan datang.” (Riwayat Muslim) |
PUASA HARI ASYURA( 10 MUHARRAM) | DIAMPUNKAN DOSA TAHUN YANG LALU | Dari Abu Qatadah r.a. bahwasanya Rasulullah s.a.w. ditanya perihal berpuasa pada hari ‘Asyura – tanggal 10 Muharram, Beliau s.a.w. lalu bersabda: “Puasa pada hari itu dapat menutupi dosa tahun yang lampau.” (Riwayat Muslim) |
MENANGIS KERANA TAKUTKAN ALLAH | DIHARAMKAN MEMASUKI NERAKA | Dari Ibnu Abbas radhiallahu ‘anhuma, katanya: “Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:”Ada dua macam mata yang tidak akan disentuh oleh neraka, iaitu mata yang menangis karena ketakutan kepada Allah dan mata yang pada malam hari menjaga – musuh datang – dalam melakukan peperangan fi-sabilillah.” Diriwayatkan oleh Imam Termidzi dan ia mengatakan bahwa ini adalah Hadis hasan.
|
MEMBINA MASJID | ALLAH BINA UNTUKNYA RUMAH DI SYURGA | مَنْ بَنَى لله مَسْجِدًا بَنَى اللهُ لُه فى الجنة مثلَهُ (رواه مسلم)Maksudnya: “Sesiapa yang membina masjid kerana Allah nescaya Allah akan membina baginya di dalam Syurga (binaan) seumpamanya.” (Hadis riwayat Muslim) |
WASHINGTON – Sebuah satelit milik NASA yang sudah tidak berfungsi di angkasa bakal terhempas ke bumi, tetapi agensi angkasa lepas itu berkata, peluang untuk ia menimpa sesiapa adalah tipis.
Menurut NASA, satelit berusia 20 tahun itu dijangka akan terhempas antara lewat bulan ini dan Oktober serta serpihannya boleh jatuh mana-mana sahaja di enam benua di dunia ini.
Para sainstis NASA meletakan peluang 1 dalam 3,200 untuk serpihan satelit itu menimpa sesiapa.
Mereka menganggarkan sebahagian besar satelit itu akan terbakar hangus sebaik masuk ke sistem atmosfera bumi.
Satelit Upper Atmosphere Research Satellite (UARS) seberat 6 tan itu kehabisan bahan bakar pada 2005 dan akan jatuh tanpa kawalan. Dianggarkan hanya 544 kilogram besi yang akan bertahan ketika ia terhempas.
Satelit ini adalah lebih kecil daripada Stesen Angkasa Mir (seberat 135 tan) yang jatuh ke bumi pada 2001 atau Skylab seberat 100 tan yang terhempas pada 1979.
Stesen Mir jatuh ke Pasifik Selatan manakala Skylab pula jatuh ke Lautan Hindi dan sebahagian daripada serpihannya bertaburan sekitar kawasan Australia Barat.
Disebabkan dua pertiga bumi diliputi air, maka serpihan dari angkasa kerap kali akan jatuh ke dalam kawasan berair.
“Banyak benda yang masuk kembali (re-enter) ke bumi sejak bermulanya zaman angkasa, sehingga kini tidak ada sesiapa pun yang cedera akibat re-entering itu,” kata Ketua Serpihan Orbit NASA, Gene Stansbery.
“Namun itu tidak bermakna kami tidak prihatin,” tambahnya.
NASA menetapkan bahawa peluang untuk mana-mana satelit miliknya menimpa seseorang sebagai lebih daripada 1 dalam 10,000 kemungkinan.
Namun, UARS yang mengkaji tahap kimia dalam udara dilancarkan pada 1991, sebelum kemungkinan di atas dijadikan panduan rasmi.
NASA selalunya akan mengalihkan satelit mati ke orbit ‘perkuburan satelit’ atau memandunya jatuh ke dalam lautan, kata Stansbery.
Namun, jumlah bahan bakar dalam UARS adalah terlalu sedikit menyebabkan ia tidak boleh dikawal langsung untuk dibawa ke orbit perkuburan satelit atau dihalakan ke mana-mana laut.
Kemungkin 1 dalam 3,200 itu bermakna sesiapa sahaja daripada 7 bilion penduduk bumi boleh menjadi mangsa. Bermakna secara pembahagian, peluang untuk seseorang terkenan serpihan adalah 1 dalam 21 trilion sebenarnya.
Serpihan angkasa melebihi 5 tan jarang sampai ke permukaan bumi. Namun, ini merupakan kali ketiga dalam tahun ini sesuatu yang seberat itu dijangka terhempas ke permukaan bumi, menurut astrophysicist Universiti Harvard, Jonathan McDowell.
NASA akan memantau pergerakan satelit itu secara mingguan sebelum setiap hari ketika ia hampir mahu terhempas. (AP).
**************************************************************************
Inilah diantara risiko yang ditanggung hasil tangan-tangan manusia. Maknanya segala perkara yang bakal dibuat, direka, dicipta atau apa-apa lagi... bukan hanya sekadar memikirkan untuk tempoh terdekat sahaja bahkan perlu difikir kesannya samada sebelum, semasa dan selepas sesuatu perkara itu diwujudkan.
IMEJ planet Zuhal yang dirakamkan dari kapal angkasa Cassini-Huygens didedahkan media Barat kelmarin.
WASHINGTON – Satu imej planet Zuhal yang mengagumkan berjaya dirakamkan oleh kapal angkasa lepas Cassini-Huygens, lapor sebuah akhbar kelmarin.
Menurut seorang ahli astronomi, Robin Canup di Institut Penyelidikan Barat Daya di Boulder, Colorado, imej tersebut mengagumkan kerana bahagian malam Zuhal kelihatan bercahaya akibat lantunan cahaya gelang yang terdapat di sekelilingnya.
***************************************************************
SUBHANAALLAH, ALHAMDULILLAH, ALLAHUAKBAR.