Sabtu, September 25, 2010

Kiblat di Tambunan

Bismillah...

Bermulalah musafir saya ke beberapa daerah bagi gerak kerja menentukan arah kiblat. Jadual telah disusun dan memulakan langkah pada 23hb September 2010 (Rabu) ke daerah tambunan bagi menentusahkan 2 buah lokasi iaitu :

1. Hospital Daerah Tambunan :

Hospital daerah ini terletak sebelum pekan Tambunan jika melalui jalan gunung emas. Bangunannya tidaklah terlalu besar dan saya beranggapan ianya lebih kurang seperti Hospital daerah Beluran.

Hospital ini adalah hospital pertama yang memohon untuk ditentukan kiblat setelah pihak pejabat kami menerima surat daripada Kementerian Kesihatan bahawa semua hospital - hospital di negeri Sabah ditentukan kiblat.

Saya telah disambut oleh beberapa orang staf hospital tersebut. Segala keperluan sepertimana yang telah saya maklumkan telah tersedia.

Pemerhatian awal apabila saya sampai ke lokasi hospital ini adalah kedudukan orentasi bangunan hospital kerana ini juga salah satu faktor bagi saya untuk menentukan kaedah yang sesuai dalam penentuan kiblat.

Alhamdulillah, kedudukan orentasi bangunan adalah selari dan sama. Kaedah yang saya gunakan iaitu dengan menggunakan kedudukan azimuth matahari atau lebih dikenali sebagai kedudukan terbitnya matahari.

Perhitungan telah dibuat dan alat penanda telah diukur untuk digunakan bagi menandakan arah kiblat agar stiker kiblat dapat dilekat dengan tepat berdasarkan bering arah kiblat.

Hampir keseluruhan bangunan hospital tersebut ditentukan kiblatnya seperti surau, wad lelaki dan perempuan, bilik makmal, kaunter ubat, wad hemodylysis, ruang menunggu dan sebagainya dan secara keseluruhannya adalah sebanyak 26 tempat di hospital tersebut.

Mungkin ada yang tertanya kenapa wad atau ruang menunggu pun ditentukan kiblatnya. Ini adalah permintaan mereka dan ada baiknya kerana sekurang - kurang tertegak juga syiar di hospital tersebut.


Terima kasih kepada staf yang memberikan kerjasama dan layanan yang baik kepada kami.

2. Mosalla Al-Taqwa, Puncak Damai :

Lokasinya terletak di gunung Emas iaitu perjalanan antara daerah Penampang dan Tambunan. Mosalla tersebut bersebelahan dengan Restoran Azam tetapi restoran tersebut telah ditutup dan akan diambil alih oleh orang lain.

Mosalla tersebut adalah tempat persinggahan untuk menunaikan solat bagi mereka yang melalui jalan Kota Kinabalu ke Tambunan. Saya pernah solat sebelum ini yang mana mosalla ini masih lagi bangunan kayu berbanding sekarang yang telah berkonkrit sepenunhya dan cantik.

Permohonan kami terima daripada pengurusan Restoran Azam, Puncak Damai iaitu sahabat saya al-Fadhil Ust. Ahadin. Walaupun restoran tersebut telah ditutup namun beliau dan beberapa orang lagi adalah pemegang amanah kewujudan mosalla tersebut.

Kiblat Mosalla tersebut telah ditentukan kiblatnya dan penanda atau stiker kiblat telah dipasang di atas syiling Mosalla ini. Jika anda singgah ke Mosalla ini dan mendapati tanda arah kiblat ada di atas lantai maknanya tanda tersebut adalah salah dan anda kena ikut arah seperti yang telah ditanda dan dilekatkan di syiling Mosalla tersebut.




Alhamdulillah, musafir saya ke Tambunan untuk kerja - kerja penentuan arah kiblat berjalan lancar dan musafir berikutnya adalah ke daerah Sipitang.


Isnin, September 20, 2010

Kiblat Rumah Ust. Sobri At-Tobibi

Bismillah...


Malam ni menerima jemputan daripada Ust. Sobri untuk beraya di rumahnya di Teluk Villa, Putatan.

Dalam pertemuan suasana aidilfitri bersama dengan sahabat - sahabat yang lain, beliau turut bertanya arah kiblat di rumahnya. Saya cuba download google earth melalui laptopnya namun tidak berjaya. Namun saya berjanji akan menunjukkan arahnya dengan mengguna pakai kaedah yang sesuai.

Alhamdulillah, saya telah siapkan gambar beserta penanda arah kiblat di lokasi rumahnya dan anda boleh melihat gambar rajah dan penerangannya.

Terima kasih kepada Ust. Sobri sekeluarga kerana jamuan malam ini dan ini satu rahmah kepada kami kerana isteri tak payah masak dan malam ini juga dapat menjamu selera free... syukur... he.. he.. Mudah - mudahan rezeki bertambah dan dipermudahkan segala urusan.

Ahad, September 19, 2010

Ulama & Umara'

Bismillah...

Sebelum pemahsyuran Tuanku Faris sebagai Sultan Kelantan yang baru saya pernah dan sememangnya mengikut perkembangan Tuanku semenjak Tuanku memangku sebagai Sultan Kelantan.

Ada beberapa sifat Tuanku yang saya kagumi antaranya sifat sederhana, menghormati ulama dan sentiasa berada bersama rakyat.

Buktinya apabila selesai solat Jumaat di Masjid Muhammadi, Tuanku bersalaman dengan para jamaah dan dalam masa yang sama terserlah imej sederhana Tuanku serta tanda hormatnya kepada Ulama.


Anda boleh perhatikan artikal di bawah beserta beberapa photo yang dirakamkan dan beberapa imej disini.

APABILA TUANKU SULTAN MELETAKKAN ULAMA' DI TEMPAT YANG SEPATUTNYA

Semoga negeri Kelantan bertambah makmur di bawah pimpinan Sultan Muhammad Faris Petra aminn..


Photo 1: Tuanku Faris berada dihadapan sebelah kanan Tuan Guru Menteri Besar ketika para makmum mula bersalaman dengan Tuanku dan para pimpinan Kerajaan Negeri Kelantan sebaik selesai solat sunat selepas solat Jumaat...


Photo 2: Menyedari Tuan Guru Menteri Besar berada agak terkebelakang, dengan segera Tuanku Faris memanggil Tuan Guru Menteri Besar agar bersama dengan Baginda dihadapan agar mudah para makmum bersalaman dengan mereka... "Tok Guru mari dok sebeloh kito sini", kata Tuanku Faris kepada Tuan Guru Menteri Besar...

*Tuan Guru pada mulanya memberi laluan kepada Tuanku Faris kerana menghormati Baginda Sultan.


Photo 3: Tuanku Faris memberikan laluan kepada Tuan Guru Menteri Besar supaya berada bersama Baginda di hadapan...


Photo 4: "Sebeloh ni Tok Guru", kata Tuanku Faris kepada Tuan Guru Menteri Besar sambil Baginda Tuanku Faris dan yang lainnya mempersilakan Tuan Guru kehadapan...


Photo 5: Gabungan 3 posisi penting dalam pentadbiran Negeri Kelantan...

Gabungan terbaik yang wajib dijadikan contoh di Negara Malaysia... Sultan yang berjiwa rakyat & mementingkan agama dalam urusan harian dan juga Ulama yang menjadikan Al-Qur'an dan Sunnah sebagai rujukan dalam pentadbiran Negeri dan kehidupan harian...


Photo 6: Para makmum beratur mengikut giliran untuk beramah mesra dengan 3 orang penting dalam Negeri Kelantan...

Sabtu, September 18, 2010

Ingat Mati

Bismillah...

Balik raya di kampung daerah Beluran baru - baru ini maka berhimpunlah adik beradik saya yang jarang - jarang bersua muka melainkan hari - hari sebegini.

Abang sulung telah mempunyai 2 orang cahaya mata, adik seorang cahaya mata dan adik yang bekerja di Masjid Negara seorang cahaya mata yang tidak dapat balik beraya bersama dan saya baru 2 cahaya mata. Jumlah keseluruhan cucu kepada ayahanda dan bonda setakat ini seramai 5 orang.

Dalam keriuhan rumah dengan hanya 4 orang cucu, saya tertarik dengan abe long (Ameen - anak sulung saya ) bersama abang sepupunya mengadap TV menonton rancangan adik2 ku ketika adik Qayyum mempersembahkan sebuah lagu mengenai INGAT MATI, mereka berdua menyanyi bersama sekuat - kuat hati.

Selepas itu, sering saya mendengar Abe Long menyanyi lagu itu, kekadang sambil dia bermain dengan patung ultramannya senyap - senyap dia mendendangkannya. Antara lirik yang abe long ingat dengan loghat umurnya 2 tahun 10 bulan :

" INGAT MATI INGAT SAKIT INGATLAH SAAT KAU SULIT, INGAT INGAT HIDUP CUMA SATU KALI, BERAPA DOSA KAU BUAT , BERAPA KALI MAKSIAT, INGAT INGAT SOBAT (SAHABAT) INGATLAH AKHIRAT, CEPAT UCAP ASTAGFIRULLAHAL'AZIM. "

Sebelum perjalanan balik ke Kota Kinabalu sempat saya rakamkan lagu ini ketika mendengarnya di http://www.cahayafm.net/. Sehingga kini baru saya tahu lagu ini adalah lagu dari kumpulan WALI BAND berjudul TAUBAT MAKSIAT daripada Indonesia apabila saya mencarinya di YOUTUBE . Liriknya baik sebagai peringatan kita tentang MATI.



Khamis, September 16, 2010

Bas SIDA terbalik

Bismillah...


Kelmarin 15 September 2010 (rabu), ketika dalam perjalanan balik ke Kota Kinabalu dari Beluran telah berlaku satu kemalangan di antara jalan Ranau dan Kundasang.


Bas Ekspress SIDA telah tersasar ke longkang tepi jalan utama dan hampir terbalik dalam perjalanan dari Kota Kinabalu ke Sandakan. Kemungkinan kemalangan ini melibatkan 2 buah kenderaan, sebuah kenderaan jenis HONDA turut remuk dan bas ekspress SIDA tersebut.


Waallahua'alam, saya pun tidak tahu samada kemalangan ini ada yang kehilangan nyawa kerana saya hanya melintasi tanpa berhenti di tempat lokasi kemalangan memandangkan jalan sesak dan jalan hanya dua lorong sahaja.

Mudah-mudahan semuanya selamat.

Selasa, September 14, 2010

Salah atau Betul Ayat ini

Bismillah...


Berjalan - jalan disekitar pekan Beluran dan terperasan saya ayat di papan tanda yang terpampang besar belok ke jalan Masjid dan bangunan Majlis Daerah Beluran yang mendatangkan tanda tanya kepada saya, adakah ayat ini betul atau salah? boleh rujuk gambar di atas.

Saya bukanlah pakar bahasa tapi bunyi ayat tersebut macam ada yang tak kena. Saya telah upload gambar ini ke FB saya (albelurani wal falaki) mungkin ada yang dapat memberi komen mengenai ayat di papan tanda tersebut.

Kalau anda ada pandangan bolehlah tinggalkan pandangan anda di ruang komen blog ini. Syukran wa jazakumullah khairal jaza'.

Pendedahan

Bismillah...

Baru - baru ini gempar dengan iklan aidilfitri yang ditayangkan oleh TV3. Bantahan oleh pelbagai pihak yang membawa permohonan maaf dan iklan tersebut dihentikan serta merta oleh pihak TV3 kerana boleh mendatangkan syirik dan kesan - kesan negatif kepada umat Islam.

Pendedahan disebalik pembikinan iklan tersebut kini berlegar di internit. Ada manfaatnya jika kita membaca pendedahan tersebut agar kita dapat mengelak ianya berlaku buat kali kedua.

Sila baca pendedahan ini dan sumbernya di sini :

Rahsia Di Sebalik Iklan TV3, Kebetulan atau Sengaja - PERHATIKAN SEMUA PENDEDAHAN INI

oleh Amirul Amin pada pada 13hb September 2010 pukul 4.38 ptg

Rahsia Di Sebalik Iklan TV3, Kebetulan atau Sengaja?

Iklan-iklan Aidilfitri yang dipaparkan oleh sebuah saluran televisyen terkemuka Malaysia, TV3 setiap kali mendapat sambutan hangat dan komen yng memberangsangkan oleh para penonton dari segi kualiti dan mesej yang disampaikan selain daripada iklan yang dikeluarkan oleh Petronas.

Hinggakan ada yang tertunggu-tunggu di kaca televisyen setiap kali musim perayaan hampir tiba semata-mata untuk menunggu iklan-iklan ini disiarkan. Namun Iklan Aidilfitri 2010 tampil dengan membawakan 1001 kelainan. Apakah yang lainnya?

Baca lagi untuk huraian yang panjang lebar.

Scene 1 – Budak Lelaki Melayu sedang menilik-nilik sebuah buku bergambar di malam yang gelap dalam sebuah pondok buruk beratapkan rumbia dengan bertemankan sebiji mentol. Terdapat sebuah sangkar burung yang tergantung di sebelah kanan tingk…ap yang terbuka.

1.Budak Lelaki Melayu – Orang Melayu

2.Buku – Bible

3.Pondok Buruk Beratap Rumbia – Kemiskinan

4.Malam Yang Gelap – Islam yang mundur

5.Mentol Lampu – Pencerahan (Illumination) – Lucifer@Iblis

6.Sangkar Burung – Simbol manusia yang terkurung dan terkongkong dengan ajaran ISLAM

7.Tingkap Terbuka – Jalan keluar dari kemiskinan dan kemunduran


Scene 2 – Close up sehelai mukasurat yang mempunyai gambar sebuah beca bewarna merah dengan berlatarbelakangkan sebuah pokok Krismas dan North Star (Bintang Utara), menutup sehelai muka surat lain bertulisan JAWI yang diterbalikkan (inverted).

1.Mukasurat Bergambar – Bible (Christianity)

2.Mukasurat Jawi terbalik – Al-Quran yang dihinakan

3.Beca Merah – Samaran untuk kenderaan Santa Claus

4.North Star – Bintang Kelahiran Horus (Dajjal)

Pokok Krismas – Simbol Paganism

Scene 3 – Keluarnya bintang-bintang kecil beraura yang membawa cahaya dari gambar beca. Budak Melayu delighted (kagum dan gembira). Bintang-bintang berterbangan keluar dari tingkap rumah buruk lalu membentuk sebuah beca merah berlampu lip-lap dengan seorang lelaki separuh abad yang memakai songkok (bukan ketayap) putih dan berambut putih. Lelaki separuh abad mempelawa budak Melayu untuk bersama-sama menaiki beca merah dan seterusnya meninggalkan pondok buruk.

1.Bintang-bintang kecil beraura – Keajaiban, kekayaan, kemahsyuran, kemodenan etc.

2.Lelaki Rambut Putih Dan Bersongkok Putih – POPE – Ketua Agama Kristian

3.Pelawaan Menaiki Beca – Pelawaan Masuk Kristian

Scene 4 – Budak Lelaki Melayu dengan seorang Budak Perempuan Melayu masuk ke dalam beca dan terus duduk bersandar. (Scene ini memaparkan kejayaan memurtadkan (merosakkan) Bangsa Melayu)

1.Budak Lelaki Dan Budak Perempuan Melayu – Bangsa Melayu.

Scene 5 – Beca terbang ke Pulau Pinang, Teluk Intan, dan Kuala Lumpur. Tempat-tempat ini bercahaya dan bersinar (illuminated) dengan kehadiran beca merah.

1.Pulau Pinang – Tempat Illuminati mula bertapak (Francis Light)

2.Teluk Intan, Hilir P…erak (Anson) – Ada Illuminati Lodge kat sini. Rotary club pun bersepah.

3.Kuala Lumpur – Malaysian Illuminati punya capital.

Scene 6 – Tiba-tiba ada satu pasangan tambahan budak lelaki/perempuan melayu dalam beca.

1.Pasangan Melayu Extra – Murtad dan kerosakan makin berkembang dan mendapat sambutan

Scene 7 – Beca berhenti depan unit kondo. Satu pasangan budak Melayu lagi diorang pickup. Budak Melayu Kampung gembira sampai bercahaya-cahaya mukanya.

1. Kondo – Bandar/Middle Class. Budak kampung dah diterima oleh orang bandar. Masuk Kristian adalah cool, urban, modern dsbnya.

Cuba perhatikan, mengapa perlu ada awan yang ‘menyalib’ setiap menara masjid ini? Kebetulan jugakah ini? Atau memang di setiap menara-menara mana-mana masjid terdapat awan seperti ini?

Apa sebab perlu dipaparkan teratai dalam iklan Aidilfitri sedangkan banyak lagi bunga yang boleh disiarkan. Teratai ini mempunyai bahan yang menyala (pelita) di tengahnya seolah-olah teratai Buddha ketika melakukan upacara keagamaan mereka.


Rasanya semua sudah makruf tentang bintang 6 bucu yang terpapar bukan? Masya Allah.. Anda punya akal, nilailah kesemua ini dengan akal bijak anda..

Mungkinkah semua ini adalah kebetulan? Banyakkan membaca tentang agenda kafir laknatullah terhadap umat Islam memandangkan iklan ini berkaitan dengan perayaan umat Islam. Ingatlah, Allah berfirman dalam al-Quran: “Tidak akan pernah redha orang2 Yahudi dan Nasrani kerhadap kamu sehingga kamu menuruti telunjuk mereka” (2:120).

AMIRUL AMIN

Ahad, September 12, 2010

Salam Iedilfitri


Rabu, September 08, 2010

ISU...Bila Raya?

Bismillah...

Beberapa hari lagi ramadhan akan meninggalkan kita dan Aidilfitri pula kunjung tiba. Maka timbullah beberapa spikulasi mengenai tarikh hari raya, ada yang cuba memberi jawapan bahawa raya jatuh hari khamis dan ada yang cakap jatuh pada hari jumaat.

Ketua Pengarah JAKIM sendiri telah memberikan ulasan mengenai kaedah penetapan awal syawal dengan mengguna pakai kaedah rukyah dan hisab berdasarkan kriteria Imkanurukyah (kebolehnampakkan) mengikut matla' negara kita.

Tidak perlu saya mengulas kaedah ini sebab saya sudah pernah mengulasnya pada tahun lepas. Tetapi saya tertarik artikal sifu falak saya di blognya mengenai isu ini seperti berikut :

Menjelang puasa, tidak sehebat menjelang raya. Namun antara yang tidak kurang hebatnya, soalan 'bila tarikh hari raya?'. Menambahkan perisa, resepi dari Arab Saudi turut ditambah dalam resepi sedia ada, menjadikan rasanya bercampur aduk, menambahkan kehairanan di kalangan kita. Untuk mejelaskan ini, tidak dapat tidak pada fikir saya, perlulah dimulakan dari beberapa perkara asas dahulu, sebelum menuju isu sebenar di sini.


1. Anak Bulan
. Istilah dalam bahasa melayu untuk menunjukkan fasa cahaya bulan yang kecil. Bukan bulan beranak. Seperti anak sungai dan anak tekak, konsepnya hampir sama. Dalam bahasa Arab,' هلال'. Al Quran merujuk hilal sebagai 'miqat', iaitu petunjuk waktu/masa, petanda perubahan masa. Dalam sistem takwim, petanda pertukaran bulan hijriyah. Kemunculan/kewujudan hilal sebagai sebab/wajaran untuk memulakan bulan baru, atau sebaliknya. Satu bulan sama ada 29 atau 30 hari, menjadikan hari ke 29 adalah tarikh untuk memastikan ada/tiada tanda (hilal) tersebut. Ketiadaan hilal pada hari ke 29 tidak bermaksud bulan tersebut tiada hilal, bahkan hilal wujud pada hari berikutnya (hari ke 30) tetapi ia tidak bermakna untuk penentuan, kerana tiada hari ke 31.

2. Terbit terbenam
. Inilah konsep yang perlu difahami dengan jelas. Ada soalan - 'bolehkah berlaku hilal terbit selepas Isyak, atau tengah malam? Atau mungkinkah ia terbit lebih awal.. sebelum Maghrib lagi?' - menunjukkan tiadanya pengetahuan asas tentang terbit terbenam objek langit, terutama bulan dan matahari. Apa lagi soalan - 'jika Malaysia maghrib lebih awal dari Saudi, kenapa Saudi boleh nampak hilal sedangkan kita tidak?' - turut menyerlahkan salah faham ini.

Fenomena terbit terbenam adalah
kesan pemerhatian dari permukaan bumi sahaja. Putaran bumi pada paksinya 24 jam satu pusingan bersamaan '1 hari suria', menyebabkan terbit terbenam ini berlaku. Putaran arah lawan jam, dari barat ke timur, menyebabkan penduduk planet bumi melihat objek langit (termasuk bulan dan matahari) terbit dari timur, dan terbenam ke barat. Itu pandangan dari bumi. Bagaimana jika pandangan dari angkasa jauh?

3. Sistem orbit
. Sistem orbit atau pergerakan objek angkasa seperti bumi, bulan dan matahari. Al Quran menyebut semuanya bergerak (yasbahun) pada orbit masing-masing. Matahari juga mengorbit pusat galaksi. Kita tinggalkan bahagian ini. Kita bincang sistem suria sahaja, bulan pusing bumi, bumi pusing matahari, cukup. Bagaimana? Bulan pusing bumi, arah lawan jam. Bumi pada masa yang sama, pusing matahari, juga arah lawan jam. Apa yang berlaku adalah, bumi mengheret bulan bersama ketika pusing matahari. Lihat rajah di bawah.


Credit:wikipedia

4. Kenampakan Hilal. Semasa semua pusingan itu sedang berlaku, bulan dilihat pada fasa berbeza setiap hari dari pandangan bumi. Hilal adalah fasa antara new moon (disebut ijtimak) dengan crescent dalam rajah di atas. Perubahan saiz fasa cahaya hilal adalah bersamaan dengan perubahan posisi bulan pada orbitnya. Semakin lebar jarak dari ijtimak, semakin besar fasa cahaya hilal.

Bermakna,
semakin lambat maghrib di permukaan bumi, semakin besarlah hilal yang dilihatnya (soalan di atas kerana memahaminya secara terbalik). Secara asasnya, hitungan awal boleh dilakukan dengan mengetahui detik waktu ijtimak, dibandingkan dengan waktu maghrib tempat masing-masing.

Berdasarkan rajah di atas,
ijtimak hanya boleh berlaku sekali sahaja pada satu longitud bumi. Jika waktu ijtimak terlalu hampir dengan maghrib, bulan belum cukup lebar jaraknya, malah masih terlalu halus fasa cahayanya, untuk membolehkan ia kelihatan dari bumi. Di sinilah kenapa jika Malaysia tidak boleh kelihatan hilal, Arab Saudi mungkin boleh, kerana maghribnya lewat 5 jam dari Malaysia. Contoh, ijtimak berlaku jam 6 petang waktu Malaysia. Ketika itu Arab masih 1 tengahari. Ketika maghrib di Malaysia 7 malam, tempohnya baharu 1 jam. Terlalu singkat. Bila maghrib di Saudi, ketika itu Malaysia 12 malam, tempoh ijtimak ke ghurub saudi sudah 6 jam. Bulan sudah menjarak sedikit pada orbitnya. Hilal mungkin wujud. Apa lagi Saudi menggunakan kaedah WUJUD HILAL - suatu kaedah menentukan bulan baru berdasarkan bulan ada atas ufuk, tanpa mengambilkira boleh dilihat atau tidak - kaedah hisab hakiki. Berbeza dengan IMKANURRUKYAH - kaedah menentukan bulan baru berdasarkan bulan ADA DAN BOLEH DILIHAT. Merujuk hadis (صوموا لروءيته) kaedah kedua lebih dekat kehendak syarak.

5. Hitungan falak
. Ini juga perlu difahami. Rukyah dilakukan untuk membentuk model kenampakan. Membina syarat. Syarat untuk menjustifikasikan hilal ada atau tidak, boleh kelihatan atau tidak. Apa jua hasilnya, sehingga ketepatan hitungan sudah mencapai tahap mustahil pada adatnya untuk silap, bukan bermakna kita hebat menjangka/mengira, tetapi perlu merenung, betapa hebatnya bulan dan matahari, termasuk bumi, gergasi di langit, mentaati perintah Allah swt, tidak mungkir dalam orbitnya sejak ribuan tahun, untuk berada pada tempatnya pada masa yang tepat. Tidak seperti manusia kan?

Tahap mana ketepatan itu? Ketepatan relatif. Bulan dan bumi, juga matahari berubah dalam orbitnya, mengecil atau melebar, menurut masa yang ditetapkan. Penemuan itulah menyebabkan hitungan zaman silam, tidak boleh digunakan lagi hari ini, tetapi dimurnikan dengan kemaskini penemuan semasa, menjadikan hitungan baharu lebih tepat. Jika difikirkan sebaliknya, hitungan masa kini, tidak boleh digunakan untuk menghitung fenomena masa silam. Saling memerlukan. Ini juga menyebabkan proses pemerhatian langit (rukyah) tidak boleh berhenti, kerana alam tidak berhenti berubah. Penemuan semasa, sesuai untuk jangkaan 10 - 20 tahun sahaja. Justeru untuk tahun seterusnya, kajian diteruskan. Anda juga boleh turut serta. Peluang terbuka. Minat perlu ada. Jom!


Bila raya?


Credit:moonsighting.com

Menurut hitungan, hilal tidak wujud pada petang Rabu 29 Ramadhan 1431, justeru menurut hitungan juga, Khamis akan menjadi hari ke 30 Ramadhan. Walau apa pun, pengesahan hanya melalui perisytiharan pada Rabu malam Khamis itu melalui media. Itu kuasa pemutus. Kalau tak nak ikut, diam sahaja. Kalau bising, itu boleh jadi fitnah. Boleh dihukum takzir.

WalLahu A'alaam.


Selamat Hari Raya, Maaf Zahir Batin.


Jumaat, September 03, 2010

Majlis Rukyah Hilal Syawal 1431H

Amalan Rasulullah SWT di Akhir Ramadhan

Bismillah...

Menurut beberapa hadith yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim yang memetik penerangan Saiyidatina Aisyah RA katanya: Di antara pengkhususan ibadat yang dilakukan oleh Rasulullah SAW ialah:

Pertama: Menghidupkan malam iaitu sekurang-kurangnya melaksanakan solat Isya’ dan Subuh secara berjemaah di samping mengamalkan ibadat-ibadat yang lain seperti membaca al-Quran dan memperbanyakkan doa kepada Allah SWT.

Kedua: Bangun bersama ahli keluarga untuk turut membuat pengisian beribadat kepada Allah SWT

Ketiga: Mengikat kain iaitu merujuk kepada amalan Rasulullah SAW tidur berasingan dengan isteri pada 10 malam terakhir untuk memberi tumpuan beribadat kepada Allah SWT.

Keempat : Rasulullah SAW mandi di antara Maghrib dan Isya’ dan berpakaian indah serta berharum-haruman sepanjang 10 malam terakhir itu.

Kelima: Rasululullah SAW melakukan iktikaf di masjid. Beliau memasuki masjid sebelum waktu Maghrib. Beriktikaf bererti berada sesaat atau sepanjang malam di masjid untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT. Pada waktu beriktikaf Rasulullah SAW memutuskan hubungan dengan manusia dan aktiviti lain bagi memenuhi hati bermunajat, berzikir dan berdoa kepada Allah SWT.

* Dipetik daripada Teks Khutbah keluaran JAKIM bertarikh 03 September 2010.