Jumaat, April 10, 2009

Kabinet Baru 2009

Bismillah...

Petang kelmarin terjawablah sudah teka teki siapa yang akan menerajui Kabinet PM kita yang baru ini. Beberapa orang menteri sebelum ini turut digugurkan. Menang dalam pemilihan Perhimpunan Agong Umno pun tak kena pilih yang tak menang pula dipilih. Apa pun itu kuasa PM baru untuk menentukan dan melantik siapa yang menerajui Kabinet nya.

Reaksi pelbagai pihak pun telah kita ikuti, daripada penganalisis politik, ahli politik, orang - orang awam dan sebagainya. Mereka semua ini semuanya mempunyai harapan yang diharapkan agar kepimpinan baru melunaskan harapan mereka yang berharap. Ahli perniagaan mengharap agar kerajaan memberikan projek kepada mereka secara adil, guru - guru pula berharap agar PPSMI dihapuskan, Isteri - Isteri dan keluarga tahanan ISA mengharapkan agar suami mereka dibebaskan, golongan agamawan mengharapkan agar kepimpinan baru memberikan komitmen untuk meninggikan syiar Islam dan tegas membasmi kemungkaran dan maksiat, si miskin pula mengharap agar mereka dibela sewajarnya, para peguam syarie kita pula berharap cadangan untuk memantapkan dan merealisasikan hukum Islam keseluruhannya di mahkamah syariah, para mufti mengharap agar segala keputusan fatwa dihormati dan dilaksanakan serta diambil berat para pemimpin walaupun ianya amat pahit untuk diterima oleh para pemimpin.

Harapan..harapan..harapan bagi mereka yang berharap. Itulah harapan RAKYAT yang perlu dilunaskan oleh para pemimpin kerana mereka adalah pilihan rakyat. Jangan mendabik dada menjadi pemimpin kerana anda naik disebabkan rakyat amanahkan. Anda KHIANAT nescaya anda akan diadili PRU13 akan datang lebih - lebih lagi dimahkamah Allah SWT begitu juga pemimpin di semua peringkat.

Agak terkejut juga di atas perlantikan Mej Jen (B) Datuk Jamil Khir Baharom - hal ehwal Islam.. Tak de ribut tak de angin tetibanya dia dilantik. Ikut pemerhatian saya beliau macam tak terlibat je politik - politik ni. Tapi itulah kuasa Allah SWT, kekuasaan merupakan milikNYA dan DIA berkuasa untuk melantik, menghina sesiapa yang dikehendakiNYA. Tahniahlah atas perlantikan Mejar yang sebelum ini saya kenali beliau melalui ceramah - ceramah beliau semenjak saya di Sekolah lagi dan beliau pernah berceramah di sekolah saya di Madrasah An-Nahdzah, Bukit Besar Kedah (dikenali sebagai Pondok Pak Man ) yang dianjurkan oleh persatuan pelajar. Saya pun dah tak ingat tarikh bila beliau ceramah tu...kebetulan pula adik beliau salah seorang tenaga pengajar di Pondok Pak Man yang banyak mentarbiyyah saya mengenai gerakan Islam memudahkan jemputan Ust. Jamil berceramah di sekolah saya.. maklumlah ketika itu di cukup terkenal.

Harapan kita, naiknya menteri yang bertanggung jawab terhadap hal ehwal Islam akan membawa perubahan yang ketara dalam memertabatkan Islam di Malaysia ini. Perkasakan Konsep Amar Ma'ruf Nahi Mungkar ( Tajuk khutbah saya di Masjid Nurul Iman Pasir Putih, Puatatan hari ini ) dengan memperbanyakkan kerja - kerja dakwah, penguatkuasaan terhadap fatwa - fatwa yang telah diputuskan oleh para mufti dalam masa yang sama tegas terhadap perkara mungkar dan maksiat yang semakin menjadi - jadi di negara kita. Ibaratkan para tentera tegas dengan peraturan - peraturan tentera yang telah ditetapkan....maklumlah beliau kan bekas tentera dan mudah - mudahan ketegasan itu digunakan untuk Islam subur mekar di bumi Malaysia ini.

Jangan GAH anda dipilih, tawadhuklah laksanakan amanah dengan penuh amanah, anda di nilai oleh RAKYAT lebih - lebih lagi PEMBANGKANG, ingat ALLAH SWT adalah sebaik- sebaik PENILAI.

Wallahu 'alam.

1 ulasan:

mak ameen berkata...

alhamdulillah..makin hebat tulisan abi.ada peningkatan, tulisan dari hati akan sampai di hati.....teruskan perjuangan! ummi dan ameen akan sentiasa berada di sisi abi utk kita bergandingan dlm perjuangan islam.semoga kasih sayangkita membawa ke syurgaNya.

Catat Ulasan