Dalam tempoh sebulan sebelum 18hb Disember 2010, saya tinggal keseorangan di Sabah ini memandangkan Isteri bersama anak - anak masih lagi di Kelantan sempena cuti sekolah.
Memang keadaan cukup memboringkan jika tidak ada sebarang aktiviti. Hari ini kuliah PBJJ UKM memasuki pertemuan kedua dan esok adalah hari terakhir sebelum bertemu peperiksaan terakhir bagi semester 7 pada awal bulan Januari tahun hadapan.
Selepas menghadiri majlis kenduri lepas asar tadi saya pergi ke Teluk Villa, Putatan semata - mata untuk mengambil gambar landscape di kala matahari hampir terbenam.
Alhamdulillah, mesej saya di FB mengenai aktiviti petang tadi turut dibaca oleh Saudara Husin. Beliau bersedia untuk turut serta dan memang saya menantikan kedatangannya. Beliau juga seorang yang meminati kamera DSLR dan memang pakar dalam mengambil imej - imej dengan hasilnya yang cantik - cantik.
Alhamdulillah, petang tadi juga saya mendapat ilmu mengenai DSLR. Kebetulan juga kami memiliki jenis dan model kamera yang sama.... Canon 550D. Skill dan cara setting bagaimana mendapatkan imej landscape yang menarik turut saya pelajari. Memang saya teruja dan beliau memang sifu.
Turut hadir bersama ialah saudara Fairuz merupakan jurukamera TV3 yang tinggal di Teluk Villa juga kenalan Saudara Husin. Maknanya petang tadi ada dua perkara kebaikan yang saya perolehi, pertama : saya dapat mempelajari ilmu mengenai DSLR dan mengambil imej yang lebih menarik daripada Sifu Saudara Husin, Kedua : Dapat berkenalan dengan Saudara Fairuz.
InsyaAllah lepas ni dapat keluar bersama - sama lagi dengan Saudara Husin agar dapat banyak lagi ilmu mengenai Canon 550D.