Bismillah....
Bercerita bab HIDAYAH Pengalaman dan situasi yang dialami berkisar tentang HIDAYAH. Alhamdulillah, sememangnya kita mengharapkan HIDAYAH Allah SWT. Kerana HIDAYAHNYA kita memiliki Islam dan Iman yang merupakan sebesar – besar nikmat.
Kuliah PBJJ UKM 14hb Mac 2009 lepas, pensyarah saya ada mengatakan kepada pelajar – pelajar bahawa beruntung berada di negeri Sabah ini kerana medan dakwah terbentang luas terutamanya berdakwah kepada non Muslim. Katanya, kita sibuk berdakwah kepada orang Islam sendiri tetapi kita lupa dakwah kepada non muslim, pendakyah – pendakyah Kristian sibuk memurtadkan dan menarik orang Islam masuk agama mereka. Kesannya, orang Islam akan berkurangan dan mereka akan bertambah.
HIDAYAH sudah menjadi HAK MUTLAK Allah SWT berdasarkan surah al-qasas ayat 56 Maksudnya :
“Sesungguhnya kamu tidak akan dapat memberi petunjuk kepada orang yang kamu kasihi, tetapi Allah memberi petunjuk kepada orang yang dikehendaki-Nya, dan Allah lebih mengetahui orang-orang yang mau menerima petunjuk”.
Ada orang yang masuk Islam disebabkan mereka melihat orang Islam bersin lalu mengucapkan Alhamdulillah, tertarik dengan ucapan salam, melihat keindahan akhlak yang ditunjukkan oleh orang Islam, keindahan laungan azan yang didengari, keindahan alunan ayat – ayat al-Quran yang dibaca, kepetahan para pendakwah berhujjah, kajian secara mendalam mengenai Islam dan bermacam – macam sebab lagi.
Di mana posisi kita sebenarnya? Adakah hanya mendengar orang masuk Islam di tangan orang Islam yang lain. Adakah itu hanya memadai dan tidak mahu sesuatu yang lebih dari itu untuk sama – sama berperanan dalam berdakwah sedangkan peranan dan tanggungjawab itu adalah kepada mereka yang bergelar MUSLIM. Marilah kita berlumba – lumba untuk menjalankan peranan ini agar kita menjadi penyebab seseorang itu kenal Islam.
Oleh itu, Jika dilihat sebab seseorang itu masuk Islam di atas, semuanya menunjukkan bahawa itulah seni dakwah kita secara LISAN atau HAL ( DAKWAH BI AL-LISAN AW BI AL-HAL ) dengan IZIN ALLAH SWT. Jadilah DA’I yang hebat agar mampu berhadapan dengan MAD’U yang bermacam ragam berdasarkan METOD DAKWAH acuan Rasulullah SAW . HIDAYAH milikNYA tapi jadilah kita penyebab untuk seseorang itu memiliki HIDAYAH ALLAH SWT. Allah SWT tidak Tanya hasil dakwah kita tapi Allah SWT akan Tanya adakah kita jalankan kerja – kerja dakwah ? atau sudahkah kita berdoa agar orang lain diberikan HIDAYAH ALLAH SWT ? kita sibuk berdakwah tapi kekadang kita lupa berdoa.
MOGA ALLAH SWT BERIKAN KEKUATAN KEPADA KITA UNTUK TERUS BUAT KERJA – KERJA DAKWAH…. AMEEN YA RABB.
Wallahu ‘alam.

0 ulasan:
Catat Ulasan