Jumaat, April 24, 2009

PERMATA ISLAM Di Sabah

Bismillah....

Alhamdulillah kelmarin saya telah dijemput untuk menjadi hakim dalam pertandingan hafazan al-Quran bagi Majlis Ko-Kurikulum Sekolah - Sekolah Agama Jabatan Hal Ehwal Islam Negeri Sabah yang telah diadakan di Sekolah Menengah Agama Toh Puan Hajah Rahmah Sembulan.

Bilik Pertandungan Hafazan

Juru Kira Markah dan Juruacara

Para Hakim

Ini merupakan pengalaman pertama mengikuti majlis ini sebagai hakim bahagian hafazan dan lancar. Mengikut pemerhatian saya, majlis ini merupakan majlis terbaik dalam melahirkan generasi yang celik tentang agama kerana melalui majlis ini maka terserlah bakat - bakat anak Sabah yang saya istilahkan sebagai PERMATA yang cukup berharga. Berbagai acara yang telah dipertandingkan selain Hafazan Al-Quran ada juga pidato dalam bahasa arab, khat, kuiz, nasyid dan sebagainya.

Para Peserta

Apa yang dapat saya perhatikan di bahagian Hafazan, saya rasa amat terharu dan gembira melihat anak - anak yang berumur peringkat sekolah rendah dapat memperdengarkan bacaan dan hafazan yang cukup baik. Walaupun hanya surah - surah lazim sekitar juzu' ke 30 namun anak - anak ini punyai kualiti dari sudut hafazan. Sebenarnya peringkat umur mereka adalah amat bersesuaian untuk menghafaz al-Quran sepertimana imam Syafiee sendiri dapat menghafaz keseluruhan al-Quran ketika umurnya 6 tahun. Bermacam - macam lagu dibawa oleh peserta ada yang ala - ala imam Sudais (imam mekah) dan hampir saya menitiskan air mata apabila mendengar bacaan dari peserta Sandakan yang umurnya mungkin dalam 10 atau 11 tahun membawa lagu ala-ala al-Masyari. Bersebelahan bilik Hafazan terdengar suara anak - anak berpidato dalam bahasa arab yang cukup lantang dan bersemangat. Saya pun ada ketikanya terlalai dengan kelantangan mereka.

PERMATA ini perlukan tarbiyyah yang berterusan

Oleh itu, PERMATA yang dimiliki oleh negeri Sabah sebenarnya ada namun perlu dijaga dan terus digilap (tarbiyyah) agar PERMATA tersebut terus bercaya yang menerangi negeri Sabah bagi mengukuhkan dan memantopkan agama ISLAM di bumi Sabah yang dicintai ini.


Wallahu'alam.

0 ulasan:

Catat Ulasan