Selasa, April 07, 2009

Hari Mengundi PRK

Bismillah....

2 bukit 1 batang .... itulah ungkapan yang sedang dipopularkan di media seluruh malaysia dalam suasana sekarang. Al-maklum bahawa hari ini merupakan hari kemuncak bagi pengundi - pengundi di Bukit Gantang, Perak.. Bukit Selambau, Kedah dan Batang Air, Sarawak.






VS






Sudah pastinya pilihan raya kecil ini paling hangat berbanding sebelumnya. Yang pastinya kawasan menjadi tumpuan iaitu di Bukit Gantang, Perak. Setelah isu rampasan kuasa dan setengah orang kata peralihan kuasa disebabkan hilangnya 3 ADUN dan akhirnya ADUN - ADUN tersebut melompat .... melompat ni pun banyak istilah juga... ada lompat SPRING... lompat KATAK dan sebagainya. Soal - soal lompat ni pun dibahaskan juga oleh para ilmuan kita.. ada yang kata tidak dibolehkan sekiranya melompat kepada parti yang lebih TERUK.. dibolehkan sekiranya MELOMPAT daripada parti yang TERUK kepada parti BAIK. Macam mana pula kalau kedua - dua parti tu yang TERUK.. maka lompatlah ke parti yang KURANG MUDHARATNYA. Ala pendek cerita selagi berpolitik tak ikut dan berdasarkan AL-QURAN DAN AS-SUNNAH maka politik tersebut akan terus bercelaru dan wakil-wakilnya tidak ada jati diri dan mudah dijual beli. MANA BOLEH ISLAM DIPOLITIKKAN!... he.. he.. ungkapan inilah yang sering dihamburkan oleh puak - puak yang tak faham Islam dan pemikirannya pula telah dirasuk oleh pahaman sekular.

Oleh itu, Islam tidak boleh dipisahkan dengan politik begitu juga politik itu mestilah berpaksikan acuan Islam. Carilah formula politik lain dari Islam maka akan jumpa lagi 1001 masalah dalam politik yang mencelarukan dan menghuru harakan kepada ahli-ahlinya dan pendokong - pendokongnya. Orang Islam amat beruntung kerana Nabi SAW tinggalkan 2 khazanah yang maha agong iaitu AL-QURAN DAN AS-SUNNAH untuk dijadikan panduan dan dijamin tidak akan sesat dalam melayari bahtera kehidupan di dunia ini serta akan menikmati kebahagian di akhirat. TAPI MALANGNYA orang Islam jadi celaru disebabkan tak ikut dan meminggirkan 2 khazanah tinggallan Nabi SAW tersebut.

Kita harapkan PRK di 3 tempat pada hari ini akan memihak kepada ISLAM dan juga mereka - mereka yang dekat dan menerima ISLAM.

Allahuakbar .... Allahuakbar... Allahukabar.....

Dah solat hajat untuk kemengan Islam? kalau belum jom laksanakan sekarang.

0 ulasan:

Catat Ulasan