Isnin, April 06, 2009

Muara Tom Yam

Bismillah...

Selesai sahaja saya berceramah di Ibu Pejabat Polis Kepayan Kota Kinabalu khamis lalu 2hb April saya telah dihubungi oleh sahabat saya Ust. Muhasibi menjemput ke restoran Muara Tom Yam berhadapan dengan Restoran Sinar Mustika Putatan.

Saudara Azmi - tuan kedai (tengah) rakan bloger abu nuha ( kanan ) - aik tangkap gambar nak masukkan ke blog ke...

Saya pun tertanya - tanya dan memikirkan bila masa pula ada restoran Muara Tom Yam di kawasan tu.... rupa - rupanya restoran rashid telahpun di ambil alih dan digantikan ke restoran Muara Tom Yam. Malam tu, tuan kedai saudara azmi orang kimanis isterinya orang ganu kite (terengganu) telah menganjurkan solat hajat sempena pembukaan restoran tersebut. Di samping itu sahabat - sahabat pengamal perubatan Islam diketuai Ust Nik Anuar turut memagar kawasan kedai agar dijauhi gangguan sihir yang cuba dilakukan oleh pihak - pihak tidak bertanggungjawab.

Sahabat - sahabat yang turut hadir (kelihatan syekh tobibi ust. sobri tengah memikirkan sesuatu)

Alhamdulillah, menu jamuannya yang disediakan sedap - sedap belako. Tom Yam, Ikan Masak 3 rasa, sayuran dan ayam. Yang masak bukan orang lain tapi saudara azmi sendiri (tuan kedai). Cayalah.... memang sedap. Rasa macam nak gi makan lagi.. Sekarang tak buka lagi dan restoran tersebut masih di baik pulih..... tunggu dan akan dibuka sedikit masa lagi dan restoran tersebut akan dibuka dengan suasana yang lain dari restoran lain.

0 ulasan:

Catat Ulasan