Sabtu, April 04, 2009

PM Baru


Bismillah...

Semalam telah bermulanya era baru pemerintahan negara kepada kepimpinan baru tapi dari parti yang sama cuma orangnya sahaja yang berlainan. Apa pun tetap ada perubahan yang sedang berlaku atau akan berlaku.

Dalam perutusan sulung daripada PM baru kita DS Mohd. Najib b. Tun Abd Razak semalam ada beberapa perkara yang telah menarik perhatian kepada seluruh rakyat iaitu :

1. Penarikan balik pemberhentian penerbitan HARAKAH dan SUARA KEADILAN selama 3 bulan.

2. Pembebasan 13 tahanan ISA.

3. Mengkaji Semula Akta ISA.

Nampak gah di atas pengumuman mengenai perkara tersebut. Alhamdulillah dari segi satu sudut nampaknya baik kerana PM baru kita ni telah mengembalikan hak rakyat yang sepatutnya dah lama dikembalikan dan memang kita tak hairan di atas pengumuman tersebut. Sebabnya, apabila PM baru naik mesti ada pembebasan tahanan ISA dibuat. Begitu rupanye ye... PM baru naik tahanan ISA begitu mudah dibebaskan.... kan baik kalau PM berkali - kali tukar lagi ramai tahanan ISA bebas.... he.. he.... Kali ni 13 orang dibebaskan harap - harap lepas ni banyak lagi yang dibebaskan jangan 13 orang keluar lepas tu jumlah yang masuk lagi ramai... bahkan rakyat mengharapkan supaya ISA dihapuskan. Sekiranya ISA dihapuskan, ini menyebabkan saham kepimpinan negara akan naik dan pembangkang pula tak bersusah payah lagi nak kecam pemerintahan. Dah tahu ISA memang tak adil kalau bahasa kasarnya zalimlah...lihatlah dari sudut pandangan apa pun .... sudut akademik! bahkan agama! memang ISA zalim.... jadi pemerintah wajib menghapuskan ISA jangan tunggu rakyat bangkit ( rakyat dah bangkit dah ) menentang ISA kerana sudah menjadi fitrah sesebuah pemerintah yang zalim yang mana secara lumrahnya rakyat akan menentang pemerintah yang berlaku zalim.

Sempena kepimpinan baru ini, eloklah apabila HARAKAH dan SUARA KEADILAN kembali berada di pasaran. Pelik tetiba sahaja dibekukan permit penerbitannya selama 3 bulan tanpa ada sebab. Kalaulah bersebab iaitu boleh mengancam keselamatan negara ... mahkamah kan ada
... berhujjahlah dalam mahkamah siapa yang benar siapa yang salam, barulah gentelman dan adil. Majalah mangga dan yang sejenis dengannya tidak pula disekat bahkan majalah jenis inilah lagi merbahaya bukan setakat negara tak selamat bahkan dunia akhirat hancur. Kalau sekat macam tu je.... rakyat bertambah marah dan benci. Tapi alhamdulillah DS PM baru kita telah melihat situasi yang tidak betul ini maka HARAKAH dan SUARA KEADILAN kembali sedia kala. Nak harap TV1-2 dan TV3 memaparkan berita politik yang adil.... jangan haraplah... yang boleh harap TV - TV tu hanya berita ekonomi, sukan dan ramalan cuaca saja. Kalau berita Politik akan memihak kepada satu pihak... tapi memandangkan rakyat sekarang ini memang dah terpelajar dan canggih manggih maka mereka boleh mendapatkan maklumat dengan pelbagai cara ...blog, laman-laman web dan sebagainya. Maknanya sekat macam mana pun rakyat akan terus mendapatkan maklumat dengan pelbagai cara dan rakyat sekarang tidak mampu lagi untuk di GULA - GULAkan.

Kita doakan agar PM baru ini dapat menunaikan amanah tersebut berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah bersesuaian dengan beliau adalah seorang MUSLIM dan perlu diingat mata RAKYAT menilai lebih - lebih lagi mata PEMBANGKANG dan yang teramat penting ALLAH SWT akan menilai dari sekecil - kecil perkara sehingga sebesar - besar perkara terhadap kepimpinan yang diamanahkan.

Wassalam.



1 ulasan:

mak ameen berkata...

pm baru? tapi saya tetap rasa tak best. kalau dapat benda baru semua orang akan rasa best, tapi kenapa baru yg ni rasa tak best ya???? tok jib kene muhasabah diri knp ramai rakyat rasa tak best bila dia jd pm.yg rasa best tok mah je kot....

Catat Ulasan